Showing posts with label JWEL ice cream. Show all posts
Showing posts with label JWEL ice cream. Show all posts

Wednesday, May 13, 2015

Nikmati ‘COMPLIMENTARY’ AisKrim Di JWEL Ice Cream RoadShow Sekarang

Hi Korang,


Aku pernah citer pasal ais krim JWEL ni dulu kan? La dah lupa ke.. meh BACA SINI ek.


Ais krim ni memang special sket macam ala-ala esklusif gituh packagingnya walaupun sebenarnya harganya murah. Tapi pada korang tak pernah rasa lagi ais krim JWEL ni, aku ada berita baik untuk korang tau…


Sekarang ni JWEL Ice Cream sedang rancak mengadakan roadshow bagi memperkenalkan ais krim ni kepada kita semua di sekitar Kuala Lumpur. So masa roadshow ni, korang boleh rasai sendiri kesedapan ais krim JWEL yang pelbagai perisa ni.



Hari isnin lepas, masa lunch aku sempat ke roadshow yang di adakan di UKM, Bangi. Alah dekat je dengan umah aku kan so singgahlah kejap.


Tengoklah betapa meriahnya roadshow ni, student-student ni sukalah dapat ‘complimentary’ ais krim.




Cuma bergambar di JWEL throne, upload kat facebook dan share dengan hashtag #JWEL dan #ILoveJwel dan dapat ais krim yang special ni.





Rata-rata ramai yang memuji aiskrim JWEL ni, yelah lain daripada yang lain dengan rasa yang istimewa seperti ada black forest, tiramisu, double chocolate, caramel dan vanilla. 

Hah excited nak pi gak la tu kan.


caramel JWEL ice cream

nampak tinggal batang ais krim sajorr

Meh aku listkan senarai tempat-tempat yang roadshow ni bakal di adakan

1. UKM - 11 May 2015

2. Berjaya University College of Hospitality - 12 May 2015

3. UniKL - 13 May 2015

4. International Medical University (IMU) - 14 May 2015

5. Bangunan MARA - 15 May 2015

6. Menara Celcom - 18 May 2015

7. Ktar - 19 May 2015

8. Institut Profesional Baitulmal - 20 May 2015

9. Lincoln Kelana Jaya - 21 May 2015

10. Plaza Month Kiara - 22 May 2015

11. Menara The Star, Phileo Damansara II - 25 May 2015

12. CyberMed - 26 May 2015

13. UCSI - 27 May 2015

14. Monash - 28 May 2015

15. KDU Glemanrie* - 1 June 2015

16. KDU Damansara Jaya Campus - 2 June 2015

Remarks:
* = locations subject to change. Kindly refer to JWEL-MY facebook page

queen diva bersama dayangnya

nampak tak ke'diva'annya lepas makan JWEL ice cream

Korang singgah je ke tempat-tempat di atas tu mengikut tarikh yang di tetapkan so dapatkan makan aiskrim di raja ni. Kalau nak sure lagi, check it out di fanpages ais krim JWEL ek


Untuk info lanjut mari ke

Website: www.jwel.my
Instagram: @JWELmy

Jomlah singgah kan, dapat jugak release tension dengan makan aiskrim yang enak ni.






Sunday, January 11, 2015

Makan AisKrim Diraja JWEL Dari F&N

Hi Korang,

Sape tak suker aiskrim memang ngekk lah kan.


Sama macam coklat gak, rasa hidup tak sempurna kalau tak dapat makan kan. Alah bukannya hari-hari makan sekali sekala sajorr

Ni aku nak citer kisah aiskrim orang kaya ni, ewah kayalah sangat. Bukanlah, ais krim JWEL ni terdiri daripada barisan lima bangsawan yang mewakili pengalaman aiskrim yang lazat.

Kisah di sebalik JWEL, Empayar Aiskrim


Sini aku perkenalkan Decadent Duke of Vanilla, Curvaceous Countess of Tiramisu, Delectable Duchess of Double Chocolate, Extravagant Earl of Caramel dan Brazen Baron of Dark Forest. Setiap bangsawan aiskrim mempunyai keunikan dan personality yang tersendiri.

Seperti mana-mana empayar yang hebat, JWEL mempunyai latar belakang yang menarik. Kisah watak-watak diceritakan secara jelas pada pembungkusan aiskrim, setiap pembalut mempunyai sebuah mahkota emas, tajuk pencipta dan motif-motif yang menjadi petunjuk kepada perisa serta asal usulnya

Hah amik ko kemain lagi sejarah aiskrim JWEL ni.


Sebab aiskrim ni sampai kat office maka seharusnya aku kongsi je dengan bebudak office ni. Tapi sebelum makan, kena bergambar dulu hahahahha..


Terus mengeces lah air liur tu kan memasing bila tengok gegambar ni. Ishkk dah pi beli sendiri ek.

Aiskrim JWEL ni boleh didapati pada harga RM3.50 sebatang atau RM13.80 untuk pek 4 batang di hypermarket dan pasar ray di seluruh negara. Kedai mamak pun ada jual gak aiskrim ni, tapi kedai makan kat umah aku ni la kan.