Showing posts with label JPO. Show all posts
Showing posts with label JPO. Show all posts

Saturday, February 9, 2013

Road Trip Again!

Hi Korang,

4 hari cuti tuh

Haruslah keluar dari KL ni. Rehatkan minda katanya.


Kali ni road trip ke selatan plak. My Waja tinggal jaga rumah. Lagipun kena kasi dia rehat gak. Hari-hari berjalan kan.
                                                         
Tak sure lagi mana arah tuju but yang pasti kena pi umah orang kawin dulu then baru leh plan ahead. Kalau penat drive berhenti cari hotel tido. 


So happy holiday korang!

Chow!




Friday, February 10, 2012

Singgah Sebentar Di Johor Premium Outlets (JPO)

Hi Korang,

Macammana aku leh lambat post pasal citer sedangkan dah pi 3 kali ke Johor Premium Outlets masa bulan disember hari tuh. 


Johor Premium Outlets ni merupakan tempat shopping yang branded-branded dan glem2 gitu. Kesemuanya di jual dengan harga yang boleh tahan murah gak lah. 


Yang paling ramai orang masuk butik Coach, Burberry, Adidas, Charles & Keith. Some setengah butik tu, kene beratur tau nak masuk dan ada quota untuk sekali masuk.


Ada satu butik aku masuk, butik Fossil. Hah ko handbagnya boleh tahan murah dari RM1200 turun ke RM400 tak ke murah tu kan. Aku bukannya beli pun, sekadar cuti mata je. Brand local pun ada gak macam Padini, Voir, Bonia, Carlo Rino, Scholl.


Don't worry kalau duit abis, coz ada Maybank yang besau kat entrance JPO ni. So kalau tak cukup je pi cucuk kat dinding2 yang dah disediakan tu ek. Sebelah balai polis je.


Kalau lapo, jangan bimbang food court jugak di sediakan. Pelbagai makanan ada. Dari masakan kampung sampai ke masakan omputih, korea, jepun pun ado. Sedap jugak. Lama aku lepak kat situ makan hotdog besau dengan BBQ Korean style. Lazat sungguh.


Aku memang tak de beli apa pun but aku mengidam nak beli camera lomo-lomo tuh. Harga tak berape mahal but nak kene survey kedai gambo yang provide facilities untuk camera lomo-lomo ni. Until now tengah survey lagi. Takut-takut beli kang tak guna plak kan.

Model yang dah lama tak catwalk, sebab tu gemuk kahkahak

So korang yang nak kawin ke, nak beli barang hantaran branded, yang kaki barang branded ke meh lah datang sini. Cuba buat comparison harga dengan outlet biasa. Rasanya meman murah kot. Aku cuma singgah Charles & Keith je tengok kasut. Cantik2 ooo.


Nak pi ke Johor Premium Outlet? Hah senang je

Jalan Premium Outlets
Indahpura 81000 Kulaijaya
Johor Darul Takzim
Malaysia


Direction :-
Alah senang je dari Kuala Lumpur → Lebuhraya Utara Selatan → Lebuhraya Hubungan Kedua Malaysia Singapura → Exit 253 → Exit 304 → Exit 302A → Johor Premium Outlets (JPO) 

CLP notes : Kalau ada duit semua boleh beli ek..Tapi bila dah ada duit sayang nak guna duit tu kan