Showing posts with label Izara Aishah. Show all posts
Showing posts with label Izara Aishah. Show all posts

Friday, July 4, 2014

Sesi Meet & Greet Dengan Pelakon Filem SEJOLI

Hi Korang,

Sebagai one of the duta kecik je BRAND’S InnerShine ni, dapatlah kira aku join event beramah mesra dengan artis ni.

Wei kemain lagi sket statement ye, poyo bebenau.

Hari tu sebelum puasa, dapat jugakla aku join event simple tapi meriah ni tau.


Bukan aku sorang lah, ada 30 orang pemenang bertuah Peraduan InnerShine SEJOLI dapat bertemu dan beramah mesra dengan bintang-bintang Sejoli kesayaan diorang iaitu Maya Karin, Bront Palare dan Izara Aishah yang juga duta kepada produk InnerShine.


Majlis di adakan di restoran Mango Chili, Nexus Bangsar South.

Memang sangat seronok sebab para peminat ni dapat chillax dengan artis kesayangan mereka ni secara santai sekali di samping berpeluang untuk berlakon bersama ketika sesi aktiviti ‘Lakonan Sebabak Sejoli’.


Selain daripada itu, para peminat juga telah diuji daya ingatan mereka dengan pelbagai soalan trivia berkaitan filem romantik komedi itu.

izara aishah duta innershine

maya karin

bront palare

Minuman kecantikan terkenal InnerShine telah bekerjasama dengan filem romantik komedi yang diarahkan oleh pengarah terkenal iaitu Osman Ali, juga turut menampilkan pelakon terkenal yang lain seperti Remy Ishak.


InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu dirumus khas untuk menyegarkan tubuh dan kulit dengan antioksidan yang tinggi, penting untuk melindungi kulit serta mempertingkatkan penghadaman dan penyahtoksin bagi memperoleh wajah yang berseri.


Menerusi kandungan serat yang begitu tinggi, pati prun istimewa InnerShine® terus dipertingkatkan dengan Camu Camu – sumber botani Vitamin C yang paling kuat – dan Maltodextrin Resistan, sejenis larutan serat pemakanan tambahan kepada serat prun bagi melancarkan sistem penghadaman dan membantu badan menyahtoksik secara semula jadi.

InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu boleh didapati di pasar raya besar, pasar raya dan farmasi di seluruh negara. Produk ini dijual pada harga RM30.50 untuk pek 42ml x 6 botol dan RM57.90 untuk pek 42ml x 12 botol.

Untuk maklumat terkini mengenai produk atau promosi, hubungi Talian Khidmat Pelanggan BRAND’S di 1-300-228-300, layari laman web www.innershine.com.my atau InnerShine Club di Facebook.


Aku walaupun bukan pemenang, sibuk nak main jawab-jawab soalan ni. Sudahnya menang gak hadiah kan. Hehehehe suker kejap.

retis dan artis bergabung dalam selfie ek... hehehhehe

Sangat-sangat best event ni tapi aku kena balik cepat coz ada hal kat umah plak time tuh.

Thank you InnerShine...