Showing posts with label Ipoh. Show all posts
Showing posts with label Ipoh. Show all posts

Saturday, October 14, 2017

M Motel Meru, Ipoh – Dekat Dengan MAPS Park.

Hi Korang,

Tau tak yang Movie Animation Park Studios (MAPS) yang kat Ipoh tuh sangat-sangat berdekatan dengan M Motel Meru, Ipoh ni?

Itulah kak lily pun baru tau ni hah!


M Motel Meru adalah di antara hotel bajet yang sesuai di rekomenkan kepada korang yang bakal tiba di Ipoh . Terutama sekali jika MAPS Park antara list wajib pergi (MAPS Park iaitu taman tema animasi pertama di Asia) . 

Lokasi yang strategik dan behampiran dengan MAPS Park. Nak cari barang-barang seperti pakaian , makanan, minuman atau barang asas seperti berus gigi, sabun, ubat gigi atau sebagainya tak perlu risau kerana pasaraya Mydin berdekatan saja dengan hotel ini. Selain itu terdapat pelbagai deretan kedai atau restoran untuk anda menjamu selera. 


Satu yang ingin kak lily highlightkan di sini “Jangan di lihat pada luaran saja , lihat juga pda dalaman ”

Kenapa akak lily cakap cam tuh ? 

Walaupun diluar bangunan M Motel Meru berwarna pink dan kelihatan seperti motel sebenarnya tidak. Luaran sahaja sepertoi motel tetapi fasiliti yang disediakan seperti berada di hotel . 

Jom tengok bilik -biliknyaBilik M Motel Meru , Ipoh 




Setiap bilik yang ada menyediakan fasiliti yang basic untuk kegunaan seperti meja yang dilengkapi dengan cerek elektrik, cawan, teh dan kopi, TV pun LCD kan , dilengkapi dengan aircond gak tau.


Peti ais wajib ada sebab takut tengah lapar nak minum air sejuk ke boleh ajer. Comel pula mini fridge letak di bawah meja nie


Bilik di sini ada katil single, twin mahupun Queen bed. Ada juga 2-3 unit yang mempunyai connecting door. 


Toiletnya memang terbaik . Warna putih dan sedikit corak hitam menceriakan . Simple but cantik. Sejuk mata memandang. jangan tengok kecil camnie tak ada heater, ada tau.


Harga bilik kat sini serendah RM39 satu malam hingga paling mahal RM99 sahaja. Kak lily syorkan korang booking / tempah dulu sebelum datang sebab takut karang penuh pula. Lupa nak inform yamg hotel ini tiada lif dan jangan risau dia 2 tingkat ajer so untuk korang yang budget boleh saja menginap di sini. 


Untuk informasi dan promosi terkini tentang M Motel Meru layari

Facebook M Motel Meru : www.facebook.com/mmotelatmeru/

Alamat Motel : 

M Meru Motel,
Jalan Meru Utama A2, 
No. 18 & 20, 
Ipoh Perak

Google Map: M Motel at Meru

Telefon: 013-4143 488








Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Tuesday, October 8, 2013

Lost World Of Tambun Theme Park Sangat Awesome

Hi Korang,

Kita sambung lagi citer pasal trip dengan The Butterfly Project hari tuh ke Tambun. Selagi citer ni tak abis selagi tu lah aku menulis kan.

Now kita nak citer pasal Theme Park.


Theme park dalam Lost World of Tambun ni memang awesome lah. Aku sendiri tak menyangka yang memacam menda ada dalam taman tema di negeri Perak ni.




Ada 5 park iaitu Water Park, Amusement Park, Tiger Valley, Petting Zoo, Tin Valley. Untuk Hot Springs & Spa tu kita citer lain entry ek.



Water Park
Masa ktorang memula sampai tu, masuk-masuk je dah water park. Mak oi bukan main ramai orang mandi manda, alah cuti hari minggu kan haruslah ramai. Ada Jungle Wave Pool, Sandy Bay (tempat yang berpasir pantai), Adventure River, Cliff Racer, Tube Raiders dan Kids Explorabay. Sewa je pelampung RM15 sehari dan main sepuasnya. Walaupun dah petang time tuh, sempat celup badan berendam kejap dalam air.




Amusement Park
Park ni kanak-kanak suker lah coz especially untuk diorang. Tapi ktorang yang tak berapa bebudak ni pun boleh main jugak. Ada Adventure Express, Giddy Galleon, Dragon Flight, Perak Parade, Storm Rider dan Lupe's Adventure.
Petang tu ktorang main Dragon Flight, terbang sungguh tapi rileks lah. Kemudian main Storm Rider, nasib baik tak terkeluar muntah kan coz kapal tu berpusing 180 darjah. Yang best sekali main roller coaster, sampai 3 kali main. Langsung tak takutlah. hehehehe




Tiger Valley
Walaupun termiss Tiger show kat sini tapi masa tresure hunt tu sempat gak aku snap beebrapa gambo harimau-harimau ni. Ada Putra dan Azian. Memang sangat dekat, kalah Zoo Negara tau.
Tiger Feeding Show
Daily : 3.00pm dan 4.00pm











Petting Zoo
Park yang paling menyeronokkan coz tempat ni paling interaktif sekali. Kita boleh pegang haiwan-haiwan yang comel ni. Ada Rakun nama Acucu, comey benau. Hulur makan je sapu. Ktorang dapat main dengan species burung yang warna-warni kat sini. Ishk geram. Ada gak ular tapi aku tak pegang pun coz aku kan penggeli orangnya. Boleh tangkap ikan, bagi monyet makan. Syiok!
DAILY PETTING ZOO ACTIVITIES AND SHOWS
Raccoon Feeding Show : 12.00 noon
Tortoise Feeding Show  : 2.00 pm
Wild Feeding Show       : 3.30 pm





Tin Valley
Ini merupakan sesuatu yang unik di dalam theme park dalam Malaysia ni. Tin Valley kira macam educational place untuk kita mengetahui cara mendulang bijih timah. Maklumlah Perak kan terkenal dengan bijih timah dan kapal koreknya. Kemudian, ada pakcik kat sini yang akan mengajar kita cara-cara mendulang. Best wei, sempat gak aku tengok demo ni.


Abis je mendulang, ktorang pi minum kat Dulang Tea House.






Lepak-lepak bawah gua lagi. Kalau minum petang kat sini memang terbaik. Diorang hidangkan kopi Ipoh yang special bersama telur 1/2 masak, biskut bantal dan roti bakar. Ya ampun, sangat-sangat melazatkan. Sambil mencuci mata menikmati keindahan alam sambil chil-chil minum kopi kan.





Lepas tu, dalam Lost World Of Tambun ni ada Ipoh Street uols. Kat sini ada pelbagai jenis gerai yang menjual makanan/buahan tempatan Ipoh macam tau foo fa, limau bali, apa lagi ek lupa plak. Sangat rileks


Pendek kata, satu theme park yang unik sekali. Selain dapat enjoy dapat gak ilmu pengetahuan mengenai sejarah Perak.


Ok nak ke sini, meh check it out sket

Lost World Of Tambun Theme Park
No.1 , Persiaran Lagun Sunway 1,, Sunway City Ipoh,, 31150 Ipoh, Perak
Phone: 05-542 8888

Hours:
Monday               11:00 am – 11:00 pm
Tuesday               Closed
Wednesday        11:00 am – 11:00 pm
Thursday             11:00 am – 11:00 pm
Friday    11:00 am – 11:00 pm
Saturday              11:00 am – 11:00 pm
Sunday 11:00 am – 11:00 pm

Ticket Entrance Fee

RM48.00 per adult (all park)
RM41.00 per kids (all park)
FREE for kids below 90cm height


Ermm rasa-rasanya memang nak pi lagi ke sini coz tak puas mandi manda hari tuh. Nak tengok tiger lagi, nak naik swan lagi. Semualah nak main.

Terima kasih kepada

Picture credit to Henry Lee and The Lost World of Tambun  

Friday, October 4, 2013

REVIEW | Lost World Hotel, Tambun


Hi Korang,


Ok meh kita sambung sket lagi mengenai trip dengan The Butterfly Project ke Lost World of Tambun hari tuh.


Ktorang dapat bermalam di Lost World Hotel. Alah seberang jalan je dengan theme park ni. 


Aku satu sebilik dengan Miza Everdeen. Ktorang dapat Classical Room. Masa je gambar dalam website, sebijik sama. Lantainya pakai tile je, tak de carpet. Best gak lah, nampak lagi bersih dan kemas. 


2 katil single, tapi aku rasa super single lah coz besar. Selesa dan lembut plak tuh. Sedap je baring.





Toilet nampak cam kecil tapi luas sebenar je, cuma tak de bathtub. Kalau ada mau aku duk berendam dalam tu. 





Basic facilities mesti ada, toiletries, beverages. Kalau nak iron, request je kat housekeeping nanti diorang hantarkan ke bilik.

Ok kan Lost World Hotel ni..


Kalau nak harga murah boleh check it out kat website diorang dan memana travel agent online ye. Mesti boleh dapat harga murah punya lah.