Showing posts with label Ion Park. Show all posts
Showing posts with label Ion Park. Show all posts

Wednesday, March 11, 2020

Semalam di G-LUXE By Gloria Genting Highlands

Hi Korang, 


Minggu lepas memang hectic sangat wei. Dengan kerja lagi, kerja housekeeping kat umah lagi, dengan event lagi #matilanak oi.. hehehhehehhee


Tapi dalam hectic-hectic tuh sempat jugak berehat di G-LUXE hotel di Ion Park, Genting Highlands ni ek. Ermm Nampak masa terluang then terus grab hah kan.


Ini pertama kali kak lily jejakkan kaki ke Genting Highlands setelah 2 tahun tak kemari ni ek, banyak betul perubahan dan yang penting banyak giler bangunan tinggi-tinggi bagai kan, dah macam kat oversea plak tapi sejuk tetap sejuk!!


So sempena Viper Challenge last week, dapatlah kak lily menginap di salah sebuah bilik di G-Luxe Hotel ni. Ya ampun cantik bebenau biliknya, ala-ala studio apartment yang ada living room, bilik satu dan bilik air.







Kalau korang nak tau, pada 11 November 2019 G-Luxe Hotel ini dibuka di bawah naungan Ion Delemen Properties Sdn Bhd dan Gloria Hotels and Resort yang mana G-Luxe Hotel ini merupakan hotel butik pertama mereka di Malaysia, dan yang pertama seumpamanya di Genting Highlands.

cantik lobi G-Luxe Hotel ni ek

Hotel butik bertaraf 5-bintang ini yang terletak 6000 kaki di atas paras laut adalah kemuncak kemewahan. reka bentuk dalaman yang menggabungkan gaya Barat dan rasa Asia dengan sempurna melengkapkan lagi infrastruktur.


swimming pool air suam yer, seriously kak lily dah rasa dah

gym 24jam, tak boleh tido meh bersenam

sauna pun hado gak

Pihak pengurusan telah menyusun 248 bilik suite, kolam renang dalaman yang dipanaskan, jakuzi dipanaskan tertutup, gimnasium 24-jam yang terkini, kelab kanak-kanak 24-jam, kemudahan mesyuarat yang fleksibel dan pengunjung gastronomi untuk memenuhi keperluan para tetamu.

Kembali Kitchen

Hugo's

Tavern In Sky

Home's Kitchen - tempat ktorang bersarapan

Beberapa restoran yang korang boleh nikmati masakan lazat di restoran MidTown ataupun inginkan menu makanan bercitarasa antarabangsa korang boleh dapatkan Tavern di Sky, Hugo's, Kembali dan Home.



Dengan pemandangan Panorama Titiwangsa yang tiada tandingannya, G-Luxe oleh Gloria Genting Highlands menawarkan kemudahan tanpa kompromi. Hotel ini dilindungi indah dengan bukit-bukit semulajadi di atas gunung semasa berada hanya 10 minit pemanduan dari Genting Highlands City of Entertainment di mana perkhidmatan teksi 24-jam, perkhidmatan kereta Grab dan perkhidmatan shuttle percuma berjadual disediakan. Oleh itu menjadikannya percutian yang ideal untuk retret yang tenang, pencari kembara dan peminat membeli-belah.


Oh ya parking juga disediakan dan ianya PERCUMA sajor, bertingkat-tingkat dan melambak-lambak parkingnya, boleh main pilih-pilih lagi tau.

Jom kite ke :

G-Luxe By Gloria
1, Jalan Ion Delemen, 
Ion Park,
69000 Genting Highlands, Pahang 



Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Website : 

Facebook : 

Instagram : 



#grandiondelemen
#gloriaresidences
#NCT
#Gluxe
#gentinghighlands
#malaysiahotel
#dinetopia
#finedining
#fairytalescafe