Hi Korang,
Siapa kaki minum, air yang ada pearl pearl ni, meh sini angkat tangan lekas!!!
Eh, k lily haruslah minat wwei, lebih-lebih lagi air-air yang refreshing cam tuh ada ada ais banyak, perasa masam-masam sket dan pearl yang banyak hahahaha cam no tak gemuk kan..
Pic dari : Facebook Chatime
Selalu pi minum kat CHATIME ke TEALIVE ??
Hah confius kan!!
Yelah dulu-dulu kalau air yang ada pearl-pearl ni dah tentu-tentu CHATIME kan, sekarang ni datangnya pulak TEALIVE. Memula kak lily ingat satu syarikat yang sama la rupa-rupanya 2 entiti yang berbeza ek. Tapi kalau sekali pandang, sama kan sama kan.
Errm korang setuju tak? Haruslah setuju ek
So terus kak lily terfikir, jadi selama ini akak lily minum yang mana satu ni? Aduiyai bengang jugak rasanya. Yelah warna lebih kurang sama, apa jenis minuman pun lebih kurang sama, akak lily pun ok jelah ermm salah rupanya ek.
Senang-senang je kak lily kena TIPU, eh ntah-ntah korang pun sama ek rasa TERTIPU jugakkan. Tak baik sungguhlah di tipu sebegini, rasa nak keluarkan balik air yang di diminum tuh dah tak boleh kan jawabnya ambil ikhtibar jelah atas kejadian ni.
Mana kak lily tau?
Allo akak lily ni kan kaki sekodeng kat internet. Selak punya selak so ternampaklah artikel dari Utusan Online dan Oh Media ni. Terus rasa terperanjatlah kan.
Akak TERTIPU diknon, akak TERTIPU tau..
Korang kalau nak baca pasal, sini kak lily kongsikan cerita pasal Kisah Antara Chatime Dan Tealive ya ampun cam tu jalan ceritanya.
“Separuh pembeli sangat keliru dan ada yang menganggap Chatime dan Tealive adalah syarikat yang sama atau Chatime telah ditukar nama sebagai Tealive. Jadi kami ingin memperjelaskan Chatime dan Tealive adalah dua syarikat yang berbeza dan syarikat tidak pernah menukar nama kepada Tealive,” kata Pengarah Urusan Kumpulan Chatime Malaysia, Aliza Ali dalam satu temu ramah dengan Astro AWANI di sini hari ini.
Dunia korporat ni kita bukan tau sangat kan, so kita telan bulat-bulat cerita yang kita dengar dan salahkan sebelah pihak tapi bila segalanya di bongkar baru kita tau kebenarannya.
Chatime Menerima Status Halal Dari JAKIM
Tahniah Chatime!
WIDAYU LATIFF (tengah) menerima sijil halal untuk produk Chatime daripada Dr. Sirajuddin Suhaimee (kiri) sambil disaksikan Aliza Ali di Divisyen Hab Halal JAKIM, Putrajaya, semalam. Info dari http://m.utusan.com.my/
Kalau korang nak tau yang selama ini Chatime adalah premis yang menjual minuman yang halal di mana bahan yang digunakan mereka mempunyai Halal Certified yang mana dijamin halal oleh badan yang di sahkan oleh JAKIM.
Dan jenama Chatime baru sahaja menerima status HALAL daripada JAKIM gak tau.
Dan jenama Chatime baru sahaja menerima status HALAL daripada JAKIM gak tau.
Apa maknanye?
Sekaligus ini membolehkan Chatime terus diberikan kepercayaan 100% oleh rakyat Malaysia terutamanya untuk yang beragama Islam untuk terus menikmati pelbagai jenis minuman di Chatime tanpa sebarang kompromi.
Dah-dah pas ni kak lily takkan terconfius lagi ek...