Hi Korang,
Eh citer pasal Ramadhan buffet ni memang tak akan pernah abis dalam diary blog www.ciklilyputih.com. Bab makan ni memang elemen yang terpenting sekali, sebab korang memang suka tengok gambar makanan yang sedap-sedap dan menyelerakan.
Betul tak?
Ermm
Ok kali ni aku nak bawak korang ke In Colonial Restaurant di The Intermark Kuala Lumpur. Actually ini kali kedua aku ke mari. Kalau nak tahu pengalaman pertama aku meh baca kat entry makan besar ni.
Mesti korang salah paham tentang konsep restoran ni. Nama tampak macam western tapi sebenarnya ianya menghidang menu masak chinese fushion. Hah unik kan!
So sempena bulan ramadhan yang akan tiba tak lama lagi, pihak In Colonial Restaurant juga ada menyediakan hidangan buffet ramadhan untuk pertama kalinya.
Ok itu baru appetizer kan, yelah orang kata pembuka selera.
Sekarang kita tengok hidangan utama plak
Eh ada satu lagi menu baru yang aku rasa bakal menambat perut korang akan dilancarkan pada 15th Julai 2014 iaitu
Aglio Scallops(南欧鲜贝)
Per portion is 5 pcs price : RM65
Aku sempat rasa Aglio Scallops ni, memang sangat besar portionya. Terbaik kalau di makan panas-panas.
Ok desert plak
Sket je untuk hari tuh tapi bulan ramadhan nanti haruslah ada pelbagai jenis pemanis mulut.
Untuk buffet Ramadhan 2014 ni, ianya bermula dari 30hb Jun 2014 – 27hb Julai 2014 dari 6.30petang hingga 10.00 malam.
Harga buffet ramadhan 2014 di In Colonial Restaurant ni adalah
RM 88++ untuk dewasa
RM 48++ untuk kanak-kanak (5-12 tahun)
Kalau beli voucher sekarang, cuma RM70nett sahaja tau (valid till 30 June 2014). Kan bagus tuh.
Untuk tempahan sila hubungi, 03-2856 9033 atau email ke dining@incolonial.com.my
Ok ok , jom check it out
In Colonial Restaurant
Lot G13, Ground Floor,
The Intermark, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur
Tel: 03-2856-9033
Email : incolonialkl@gmail.com
Walaupun menu nampak cam kurang sedikit daripada sesetengah tempat tapi korang akan rasa puas hati sebab makanannya sedap-sedap belaka.
Ini aku tak tipu, memang dah terbukti sebab aku dah makan…
Selamat menjamu selera korang di tengahari ni nanti ek