Showing posts with label ILDivo coming to Malaysia. Show all posts
Showing posts with label ILDivo coming to Malaysia. Show all posts

Wednesday, March 26, 2014

IL DIVO Musical Affair Memang Terbaik


Hi Korang,

Aku jarang pi tengok concert yang membabitkan international artist ni.

Selain daripada tiketnya yang mahal dan aku tak berapa minat artist yang datang tuh tak kiralah apa negara pun.


Bila Genting offer 2 tiket VIP ke IL Divo ni aku jadi cam tergatal nak pi plak. Yelah ko, aku memang minat diorang ni dari dulu, dengan suara soprano yang boleh membolehkan meremang bulu roma kan.

Kali ni paksa Mr Big, walaupun aku tau dia memang langsung tak minat music sebegini. Agaknya bini dia asyik duk membebel je suruh amik cuti lah, itu lah inilah. Dia ikutkan jugak. 

Lepas solat Jumaat, ktorang terus gerak ke Genting.

Kereta tak banyak naik, dengan cuaca jerebu lagi ermm cuak-cuak jugak aku dibuatnya. Sampai atas boleh plak kabus tebal dan sejuk. Dahlah aku ni dengan short je bagai, alah redah je lah. 


Check in First World dah tak susah, dah ada kiosk belambak-lambak, booking bilik guna iHolidays memang senang. Masuk bilik, letak beg rehat kejap then terus je merayap jalan-jalan di Genting ni, singgah minum jap and then terus je pi collect tiket kat lobby Arena All Stars.

Dalam kul 8pm cam baru bergerak dari bilik ke Arena All Stars. Ramainya orang tapi tiket dah bernombor so oklah tak berebut tempat. Ktorang dapat seat PS2 RM390. Ermm jadi lah. Dalam 10 minit cam tu, konsert pun start.


Kumpulan yang dianggotai oleh Sebastien Izambard, Carlos Marin, David Miller dan Urs Buhler rasanya ketua pelantun vokal IL Divo ini kebiasaannya membawakan lagu-lagu latar dalam teater serta muzikal dari Barat.







Walaupun IL Divo ni penyanyinya agak berumur tapi bila part nyanyi memang terbaik. Suara awesome. Bila lagu yang diorang bawak tu cam biasa dengar je, semua orang turut serta nyanyi then bile time lagu latin tu hah ko ternganga dibuatnya coz tak paham kan. 




Antara lagu popular ILDivo yang dipersembahkan bertajuk Tonight, Some Enchanted Evening dan Somewhere Over The Rainbow.

Bila nak abis tuh, audience cam tak nak je bangun dan suruh diroang nyanyi lagi, ermm betul-betul ko diorg keluar sekali lagi dan perform 2 lagu iaitu My Way dan Time To Say Goodbye. 

Rasa sangat beruntung lah dapat menonton konsert terbaik ni ek

muka gembira lepas tengok concert

lets supper


Thanks Genting for this special invite.

Ermm still terbayang-bayang lagi...

p/s : gambor tak cantik coz seat nampak cam dekat tapi jauh sebenarnya coz bukan dapat pass media ye..



Thursday, January 9, 2014

IL DIVO Akan Datang Ke Resort World Genting, Malaysia

Hi Korang,

Siapa yang tak kenal dengan kumpulan penyanyi dari luar negara ini.

IL Divo adalah kumpulan Crossover klasik pertama di industri muzik antarabangsa yang mencapai kejayaan besar dan menjual lebih 26 juta album di seluruh dunia.

ini bukan IL Divo, ini Vogi the buzz group ek. dengan orang kuat Genting ni tau

La tak kenal ke? ermm meh aku citer sket. Kumpulan IL Divo ini di anggotai oleh 4 orang penyanyi yang cukup mencairkan hati aku iaitu Sabastien Izambard, Carlos Marin, David Miller dan Urs Buhler. Mereka ini akan beraksi di Arena of Stars, Resorts World Genting, Genting Highlands pada 14hb dan 15hb Mac 2014.



Konsert 'A Musical Affair' ini disokong oleh Malaysia Major Events, jabatan daripada Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) di bawah naungan Malaysia's Ministry of Tourism and Culture



Aku sempat ke press conference bagi konsert ni hari tu di Maison Francaise, Changkat Kia Peng. Cantik ooo tempat ni, suke sangatlah.


Berucap pada majlis itu, Mr Kevin Tann berkata ' We are very excited that IL DIVO is coming to Resorts World Genting. The group is famous for their songs and group performances. Resorts World Genting is honored to have them perform their first Broadway Album called 'A Musical Affair' here at the Resort'.


Album ini adalah himpunan lagu-lagu yang diilhamkan oleh Broadway menunjukkan seperti Phantom of Opera, Carousel dan West Side Story dan ciri-ciri rakan duet cemerlang Barbra Streisand, Kristin Chenoweth , Nicole Scherzinger , Heather Headly dan Michael Ball. Tidak perlu dikatakan, konsert mereka di Resorts World Genting akan menampilkan beberapa lagu-lagu seperti Memory , Can You Feel The Love Tonight, Bring Him Home, Tonight, Some Enchanted Evening dan banyak lagi.


Mr Tony Nagamaiah, General Manager Malaysia Major Events (previously MyCEB)

with sponsor and partners

Tiket konsert mula di jual dari 02/01/2014 onwards pada harga bermula RM980, RM790, RM590, RM390, RM280 dan RM180.

Bagi pemegang Genting Rewards Card, members akan mendapat 10% diskaun potongan harga tiket.

Nak tau lebih lanjut, meh call 03-2718 1118 atau lawati www.rwgenting.com


Aku? ermm haruslah dapat special tiket ye daripada Team Genting. Hehehehe memang tak sabar nak pi lah nak

Korang-korang yang mana kaki-kaki music classical ke, broadway ke meh lah ke konsert ni ek