Hi Korang,
See I told you, akak ko ni akan sambung lagi citer buffet Ramadan 2020 yang tak akan habis dalam bulan in kan hahaaha.. yer uolls banyak nau invite nyer nieh tapi sebelum musim PKP ni lah kan. Sekarang kan semua kena kuarantin.
Satu lagi buffet Ramadan di hotel yang kak lily cadangkan adalah Hotel Armada Petaling Jaya, kerana lokasinya yang mudah untuk ke sana hanya bersebelahan dengan Lebuhraya Persekutuan kawasan Petaling Jaya sahaja.
Dengan berkonsepkan 'Citarasa Kampungku' tahun ini hotel Armada, korang akan rasa menu berbuka mereka seperti mana berbuka di kampung sendiri. Dengar cerita ada lebih daripada 100 jenis juadah pilihan semasa bulan Ramadan nanti.
Menu pembuka selera tradisi seperti Kerabu Mangga, Kerabu Nenas, Kerabu Kaki Ayam dan Kerabu Udang. Juga ada Cincalok, Lemang, Pasembor dan Aneka Jeruk.ditambah sedap lagi dengan pelbagai jenis Sambal klasik, yang jarang ditawarkan di mana-mana bufet Ramadan lain.
Menu utama yang menjadi perhatian ramai bila buka puasa kat sini adalah Sambal Udang Petai, Ketam Masak Gulai Siam, Ayam Berempah, Ikan Pari Masak Asam Pedas (Kawah), Daging Masak Hitam, Paru-paru Goreng Berlada, Rendang Itik, Sup Tulang Rusuk, Ikan Sembilang Panggang, Pucku Paku Goreng Belacan dan kegemaran sepanjang masa adalah Siput Sedut Masak Cili Padi.
Pencuci mulut dari pelbagai jenis Kuih Melayu dan hidangan istimewa pemanis seperti Pengat Nangka dengan Sago, Ais Cendol dengan Pulut, Bubur Gandum dan Bubur Kacang Hijau. Last kena ada minuman tempatan seperti Air Bandung, Air Sirap Selaseh atau Teh Tarik.
Banyak juga menu pilihan kak lily sampai tak tau nak makan yang mana satu hehehe..
Kalau korang buat tempahan awal sekarang sehingga 19 April 2020 nanti korang buleh dapat tawaran harga serendah RM75.00 untuk seorang dewasa. Kalau tidak harga normal untuk bufet Ramadan kat sini adalah RM90.00 seorang dewasa dan RM45.00 seorang kanak-kanak (6 hingga 12 tahun). 'Citarasa Kampungku' bufet Ramadhan ini akan bermula dari 24 April hingga 22 Mei 2020 nanti.
my tablemate ari tuh hah
Juga mereka ada menyediakan menu Sahur dari 3 pagi hingga 5 pagi dengan harga RM20 seorang. So bermalam kat hotel boleh berbuka puasa dan juga bersahur sekali memang cukup lengkap.
Untuk tempahan, korang boleh hubungi 03-7954 6888 ext 4557.
Jom kita ke
Utara Coffee House
Armada Hotel Petaling Jaya
Lot 4, Lorong Utara C, Section S2,
Petaling Jaya, Selangor
Tel : 03-7954 6888
Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :
Facebook :
Ok ini baru beberapa tempat buka puasa yang kak lily tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau.
Untuk nak tau lebih lanjut mengenai food review tahun 2020, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2020 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.