Showing posts with label Hj Ismail Group. Show all posts
Showing posts with label Hj Ismail Group. Show all posts

Tuesday, April 8, 2014

Teringat Pada Laksa Belut Langkawi



Hi Korang,

Memangla aku baru je abis lunch ni. Ari ni makan ayam semata je.

Hari-hari ayam, rasanya sampai muka pun dah macam ayam dah cuma tak berkokok je pepagi. 

Ermm tengah syiok-syiok menaip ni, teringat plak kat laksa belut yang aku makan hari tuh masa cuti-cuti Malaysia ke Langkawi.

Aku memang tak tulis pun pasal shopping trip ktorang sekeluarga ke Langkawi coz sama je setiap tahun, kira dah macam ballik kampung je. Shopping, shopping dan shopping je dalam kepala otak. Sebab tu gambo pun sket benau.

Mak aku punya marah bila aku cakap nak makan laksa belut. Dia cakap dah tak de menda lain lagi ke nak makan. La omak ni, cuma sporting sket. Dia cakap ko tak geli ke, dah macam ular tu kan. 

hehehehhe omak omak cam tu lah kan.


Masa diorang duk sibuk naik Cable Car kat Gunung Mat Cincang tuh, aku dengan cousin aku sedap-sedap pi sapdek kat gerai-gerai luar kawasan parking tu kan. Benda pertama yang aku cari haruslah Laksa Belut tuh. Tanya 2-3 gerai semua jual laksa biasa je, cuma kedai yang last sekali jual Laksa Belut. 

Apa lagi order, then terus duduk.


Ermm rasanya sama je cam laksa biasa, cuma di tambah belut je. Tak delah jelek mana pun. Taste wise sedap but tak de lah special. Cuma perkataan belut tu yang menambahkan kesedapan lagi. Isi ikannya kenyal sket. 


So lepas ni bila orang tanya, pernah makan Laksa Belut, jawabnya haruslah dah kan. Kira makanan ni ala eksotik jugak ek.

Laksa je wei, bukan ulau la.... heheheheh





Saturday, March 17, 2012

Barangan Yang Harus Di Beli Ketika Bercuti Di Langkawi

Hi Korang,

Kan aku citer harituh aku sekeluarga pi bercuti ke Langkawi dan Padang Besar kan. So adalah shopping mopping untuk diri sendiri dan jugak untuk umah.

Aku rasa kalau korang pi Langkawi pun memang inilah barang-barang yang tak harus di lepaskan begitu sahaja time shopping kan.

Periuk belanga

Cutlery Set dan Spice punya tempat

Travel Bag. Cantik tak? Comey kan

Barangan Gamat

Toto Dari Padang Besar

Coklat


Ada lagi barang lain yang aku beli macam baju, kain batik, seluar, kasut, keychain, fridge magnet dan memacam lagi lah. Malas nak amik gambo coz semua dah simpan.

Hah, aku pasti ramai yang setuju dengan barang2 yang aku beli kan. Semuanya berguna walaupun kebanyakan barang2 ni aku dah ada. Orang kata sekadar nak tambahkan koleksi je. 

Total harga barang yang di beli? ermm tak sampai RM1K pun. Lebih kurang RM600 je. Sket je aku belanja kan. Beli yang mana suka je.

So korang yang kaki shopping, kalau hendak ke Langkawi sila simpan duit sebanyak mungkin sebab memacam benda yang unik ada kat Langkawi ni tapi tak de kat KL tau dan yang penting ianya sangat murah.

CLP notes : Nyesal tak kumpul duit, kalau tak lagi banyak aku shopping lah.