Showing posts with label Hi-Tea Party. Show all posts
Showing posts with label Hi-Tea Party. Show all posts

Wednesday, June 27, 2012

Afternoon Hi-Tea Party With WWW.RabiatulAdawiyah.Com


Hi Korang,

Weekend lepas sebelum ke Astro On The Go Party kat The Pool KL, aku ke My Bazaar Scott Garden untuk merai Hi-Tea dengan ex-roomate aku for Genting event siapa lagi kalau tak www.rabiatuladawiyah.com kan. Rupanya dia lagi lama blogging dari aku tau, 9 tahun tu hebatlah kawan.

Dahla first time ktorg ke Scott Garden ni, korang tau lah Mr Big kan. Kalau tempat2 pelik2 ni dia cam grumpy sket nak pi takut sesat lah, tempat tak best itu lah ini lah, memacam aku nak jawab. Nasib baik senang plak ke sini dari umah aku.


Sesampai je tuan tanah pun baru sampai gak, tengah elok susun makanan kan. Terus aku jadi lapar, yelah lunch pun belum lagi kan. Meleleh air liur dibuatnya kejap tau.

Majoriti yang datang bagi sokongan semua yang aku kenal cuma ada a few je muka baru so apalagi tak reti-reti nak buat networking ke


Ok tuan punya www.rabiatuladawiyah.com bagi ucapan. Langsung tak yah berprotokol, sempoi giler. Ktorg duk bantai gelak je kan. Then ktorg dapat goodies bag, ada memacam dalam tuh siap ktorg tukau2 lagi kan memang dasar tak tau malu betul. Nasib baik majlis geng sendiri, kalau majlis orang lain memang dah kena hentam kan. Ruby, ko jangan nak marah ek nanti lekas tua baru tau.

Ok its makan time, aku memang ambil untuk aku je coz Mr Big pandai bawa diri kalau pi majlis orang ni. Tak yah aku nak hidangkan ke amikkan, semua dia buat sendiri so sempatlah aku bergossip2 dengan geng2 blogger yang lain kan. 


Rendang ayam mak Ruby memang sedap, bertambah aku makan oo sampai ada ramai orang ingat dia berniaga kat situ kan. Memacam ada sandwich, cucur udang, nasi impit kuah kacang, karipap.

Abis makan, shopping time lah. Hah, ramai terus hilang time nie. Mana taknya mata semua kat baju, aksesori yang tergantung2 kat situ kan. Siap shopping maruku sekali ok. Bloggers anak dara yang kekurus ni bukan main lagi beli baju tak hingga. Maklumlah dapat voucher RM10 dari goodies bag tu.


Aku tak beli apa pun. Beli spek hello kitty dengan cincin2 yang comel sesangat. Sampai Mr Big cakap dah macam budak sekolah pun ade bila dia tengok aku pakai spek tu kan.khakhakhaka

Ktorg antara yang last2 balik temankan dia kemas2 kan.


Anyway terima kasih kepada Ruby yang sudi menjemput ktorg ke Hi- Tea yang comey nau ni. Simple tapi meriah sangat.

All the best kepada Ruby dan keep on blogging ye!



Tuesday, June 12, 2012

Afternoon Hi-Tea and Fashion Workshop with Crocs Official Stylist Calvin Cheong


Hi Korang,

Aku dapat invitation Hi-Tea dan fashion workshop ni daripada kawan blogger aku Kelly Chin. Yelah Ms Kelly Chin Lay Lee ni wakil Malaysia dalam ‘New Crocs New You’ iaitu Crocs Malaysia makeover contest.


Kelly dah pun memenangi sessi ‘personal styling’ dengan fasHion stylist Calvin Cheong dan shopping spre worth RM15,000. Banyak tu kan. Jeles I ok.


So untuk celebrate kemenangan kecil dia tu, so dia jemputlah ktorg blogger ni ke Afternoon Hi-Tea party di T Forty Two (Bistro 42) kat Bangsar Village II. Cantik tempatnya cozy je dan sangat inggeris.  


MC for event tu Shirleen Low merupakan PR for Crocs dan beliau memperkenalkan Kelly dan Calvin Cheong selaku fashion stylist yang akan berkongsi tips mengenai style dan fashion terkini dengan Crocs. Memang sangat menarik

My afternoon tea, tenGok 2 brown suGar ye

Foodies... I love it!


Alah tak ramai pun lebih kurang 7-8 ladies bloggers gitu very itimate session. Ktorg dihidangkan dengan segala jenis food for Hi-Tea. Ada scones, macaroons, cakes, sandwich, butterscotch dan juga tea and coffee. Memang sedap-sedap lah.

Simple je

Ladiesnya

Ini pun sesuai untuk weekend

So sambil makan-makan, ktorg di persembahkan dengan ‘Kelly’s Catwalk’.  So sambil Kelly memperagakan fashion-fashion baju dan kasut Crocs ni sambil itu jugak Calvin Cheong menerangkan apa yang patut dan tidak patut di pakai mengikut sesuatu fashion yang di peragakan.

TenGok pakai topi pun cantik gak

Ikat depan pun, lawa juGak la

Dah nama pun perempuan kan, ktorg memang tak lepaskan peluang untuk bertanyakan itu dan ini mengenai cara pemakaian outfit yang betul. Apa yang sesuai dan apa yang tidak. Banyak jugaklah ilmu yang aku pelajari mengenai fashion sekarang ni. Kadang-kadang kita tengok tu sesuai but sebenarnya tak sesuai langsung dengan kita kan.


Sempat juga aku cuba kasut-kasut Crocs for Summer/Spring 2012 Collection ni. Memang cantik2 lah. Rasanya memang nak angkat satu, sesuai dengan aku yang aktif ni kan.

Sekarang ni Kelly akan mewakli Malaysia untuk peringkat regional untuk memenangi  hadiah ultimate makeover bernilai US$8,000. Banyak tu kan, bukan tu je grand prize itu akan dapat tiket penerbangan return untuk 2 orang ke mana-mana bandar pilihan pemenang seperti China, South Korea, Japan, Taiwan, Hong Kong, Singapore, Thailand, Indonesia, Philippines, Malaysia, Australia, India or South Africa. Best kan.


Nak bagi Kelly menang, senanG je cuma dengan mengundi di ncny.crocsasia.com kat situ boleh tau mengenai voting system dan siapa dah mendahului ye. So apa lagi, jom kita vote reramai untuk Kelly ye.


Anyway many thanks to Kelly, Calvin Cheong dan Shirleen and teams for this special Hi-Tea. Memang best dan dapat tambah ilmu lagi mengenai fashion. So tak de lah aku jadi mangsa fashion lepas ni kan.


Kalau nak tengok Crocs punya collection ni boleh layari di www.crocs.com.my untuk lebih details ye. Aku pun nak view jap lagi coz aku dapat voucher untuk sepasang kasut FREE dari Crocs ni as door gift. Best tuh kan… heheheheh

CLP Notes : Sakit mata Mr Big coz aku dapat kasut Crocs baru kan sebab dia pun minat dengan dengan Crocs ni