Showing posts with label Hi-Tea. Show all posts
Showing posts with label Hi-Tea. Show all posts

Wednesday, April 15, 2015

Hi Tea With XES

Hi Korang,

Last week sempat gak attend event XES ni sebab cuti kan. 


Jauh jugak The Place One City ni ek tapi gigih jugak aku sampai, nasib baik pi dengan foodblogger famous so tak de lah rasa kelam kabut sket hehehehhe. Sebenarnya dah lambat sampai tapi belum start pun.




Sementara nak tunggu event start, ktorang boleh buat lukisan karikatur artis iaitu Firdaus dan Napie. Memang cantik artwork diaorang tapi aku tak sempat nak buat pun coz sibuk berborak dengan bebudak blogger ni kan.



Tujuan Hitea ni di adakan adalah untuk meraikan pemenang bagi contest ‘Be Stylish with XES’ hari tuh alah masa CNY tulah. Aku pun ikut bertanding jugak tapi malas nak ajak-ajak korang LIKE kan, lagipun suka-suka je so its ok lah.

So pemenangnya adalah

Ms Jane Chua


Beliau menerima RM888 cash prize dan RM1,388 worth of products (cash vouchers). XES juga menyediakan 10 sets of RM188.00 (cash voucher) dan cute pink toy, sebagai reward kepada 10 lucky fans yang akan dipilih oleh pemenang nanti.


Sebelum balik tu ada hiburan ala-ala live band tau daripada busking group ‘Heart to Human’. Hah melalaklah ktorang menyanyi sesame kan, lagipun lagu-lagu yang diorang bawak up to date tuh. Hehehhe


Anyway thanks to XES coz sudi jemput ktorang ke event santai ni ek. Walaupun simple tapi marbeles tau.

Tuesday, September 3, 2013

Maybelline The Rocket Volum' Express Mascara Event

Hi Korang,

Lama tak pi event BEAUTY kan, yelah orang tak berape cantik memang payah nak dapat jemputan ke event kecantikan ni.



Abis je kerja aku kat CIDB hari tuh, aku terus je fly ke Mid Valley. Takut terlambat, terus je sambar taxi dan pergi. Nasib baik jalan tak jem dan uncle tu memang sangat cekap, sekejapan terus je Mid Valley sebab tu aku cakap terbang. Laju cam lipas kudung gamaknya.





Launching kali ni di buat di Galactic Laser Tag kat tingkat 3 area North Court ni. Masa aku sampai belum ramai orang lagi, so amik gambo lah dulu. Tapi apakan daya semua gambar jadi biru disebabkan keadaan lampu yang ala-ala disko tu lah.



Sementara tunggu media lain sampai, aku di approach oleh Mona, one of the Maybelline team. Dia ajak aku join contest Maybelline Rocket Mascara ni, untung-untung dapat terbang ke New York katanya. Aku pun bercamwhore bagai walaupun gelap dan malap kat dalam tuh. Once dah upload, terus dia hadiahkan aku Maybelline compact powder yang sangat cute. Ini special dari Thailand ni, kat Malaysia tak de wokeh.




Ok event dimulakan dengan cam biasa kata-kata aluan dari one of Maybelline punya orang kuat dan seterusnya ada briefing sket mengenai mascara rocket ni. 



Memang bagus coz berusnya yang flexible membolehkan kita menggunakannya tanpa comot.




Elfira Loy pun ada tau memeriahkan majlis, yelah DUTA MAYBELLINE kan mestilah senantiasa ada, cam ne plak aku boleh terlupa kan. Beliau pun turut berkongsi mengenai maskara ni. Sangat bersesuaian bagi mereka yang on the go. Sekali calit terus cantik.



Terima kasih pada Connie dan Maybelline team yang sudi menjemput www.ciklilyputih.com ke launching ni. Walaupun tak dapat nak bercamwhore dengan Elfira Loy tapi tak per coz dapat banyak beauty product yang best-best.


Next time, aku mesti berebut dengan media lain untuk bergambar dengan dia. Alah suka-suka je nak bagi korang jelessss....


Ok tunggu entry lain, pasal aku review maskara roket ni ek.


Thursday, March 7, 2013

COWAY B-Day Hi-Tea Party

Hi Korang,

Aku terlupa nak citer event ni

Jom kita flashback kejap ke bulan lepas.


Aku dapat invitation ni dari Real Women Real Voices, alah yang sponsor aku COWAY Bidet selama sebulan tuh. Event cakap invitees untuk ladies je, so Mr Big teman aku sampai Acme Bar dan kemudian dia terus ke KLCC. Tak kan nak join plak kan. Ishkkk segan wokeh!


So my partner is Farah. Sebab orang lain semuanya busy bagai, aku ajak dia pi, then dia cakap ok je coz nothing to do kat umah. Ktorg sampai before 2pm cam tu, chop tempat dan borak dan borak dan borak…

Event start lambat, I knew it!


Sebab tu diorg sediakan a plain drawings and varisty type of colour pencil for us to kill the time!. Betul ko memang sangat lambat. So main kaler-kaler je.


Dah nama pun event pompuan, seharusnya citer pasal orang pompuan jelah. 


Citer pasal experience sharing toilet with men, funny storries about toilet, ada game kising-kising the artist dan memacam lagi.


Sambil tuh, makan-makan haruslah ada kan. Dah nama pun COWAY Hi-Tea. Tak kan adanya mee hoon bagai ye, kesemuanya pastries je lah.


Oh ye ke, setiap game ktorg akan diberikan markah in ice-cream sticks. Alah sket je team ktorg dapat coz lambat angkat tangan. Tapi yang paling ralat tuh tak menang satu voucher pun.

Alah tak per lah, kasi chance orang lain plak la. Nak sedapkan hati konon.


Event abis dalam kul 5pm cam tu and sebelum balik tuh, ktorg bergambo sakan lah uols.


Thanks to COWAY and Real Women Real Voices yang sudi jemput aku ke event ni, best gak dan jugak thanks to Farah coz suri jadi my partner ni crime.


Kalau korang nak baca lagi pasal event ni, klik kat link bawah ni tau. Diorg ni citer lagi details pasal games tuh.






Memintaklah lepas ni, RWRV ni sudi jemput aku lagi kan. Aku memang suka event2, party2 cam ni..

Hilang stress wokeh, di samping dapat kawan baru..




Wednesday, May 16, 2012

Aku Nak Raikan Hari Ibu Di Hi-Tea Bersama Ning Baizura


Hi Korang,

Aku tau lah Hari Ibu dah pun lepas kan, ermm Hari Sabtu hari tuh but apa salahnya kalau korang celebrate sekali lagi. Itu aku ingat nak celebrate gak ni, maklumlah last week tak sempat nak kemana-mana pun coz duk sibuk dengan orang kat hospital kan.

So this week, rasanya aku nak join lah Hi-Tea Bersama Ning Baizura and Band kat The Royale Bintang The Curve.



Bukan setakat Ning Baizura je malah ada Maulana AF8 dan juga ada Azrul Raja Lawak sebagai pengacara untuk majlis ni. Mestilah lagi meriah punya, si Azrul tu kan kaki lawak confirm tergelak2  masa event tu nanti.

Sambil berhibur dengan Ning Baizura tu nanti, ada lucky draw tau. 10 orang ibu bertuah (memintaklah mak aku dapatkan) akan berpeluang menang macam-macam hadiah di antaranya percutian di Tasik Kenyir Resort, Ipad, voucher dan memacam lagi lah. Tak ke best tu nanti.

So apa macam, korang nak join sekaki tak Hi-Tea ni?

Kalau nak boleh dapatkan tiket di TicketHotline, harga tiket bermula dari RM180, RM280 dan RM500. Nak tau lebih details lagi meh klik kat www.tickethotline.com.my

Jom ar korang, best nie.

CLP notes : mintak2 dapat amik gambo dengan Ning Baizura ek