Showing posts with label Healthy Food. Show all posts
Showing posts with label Healthy Food. Show all posts
Wednesday, February 19, 2014
Wednesday, April 24, 2013
Ikan Pari Dan Ulam Raja
Hi Korang,
2-3 hari ni momentum untuk menulis entry agak kurang sket.
Walaupun dah berehat panjang but still blur-blur jugak. Memang penat sungguh menjadi malay lifestyle blogger ni. Nampak cam santai but hakikatnya ermm…
So nampaknya traffic visitor minggu ni akan jatuh merudum lah kan. Okla kasi chance orang lain tingkatkan traffic blog plak kan.
Tapi bab makan memang tak boleh merudum ye, kalau tak turun lemak-lemak aku yang liat bergengtayangan kat keliling pinggang ni.
Jadi lunch hari ni
Tu dia..
Ikan pari masak asam pedas di makan bersama dengan ulam raja dan sambal belacan.Wow memang sangat terbaik. Pedas + pedas = sangat pedas !
Simple tapi marbeles..
Selamat makan korang!
Tetiba mood blogging datang balik yeah, mari sambung menulis..
Ditulis Oleh
Cik Lily Putih
Labels:
cheap lunch
,
Food
,
food blogger
,
Healthy Food
,
local food
,
malay lifestyle blogger
,
pari asam pedas
at
2:05 PM
4 comments
:
Thursday, February 28, 2013
Memang Terapi Tempat Ni
Hi Korang,
Sekali sekala jejalan di hospital ni seronok gak ek
apsal berjoget lak ni
Mana tak nya, sepanjang jalan nak ke wad tu macam-macam ilmu yang dapat aku pelajari.
Tak caya? tengok ni
Simptom low blood sugar
simptom stroke
punca diabetes
jom belajar hilangkan stress
belajar cara bernafas dengan betul
tips kuruskan badan
Betul kan?
Ye ko. Serious ni
Daripada tak tau pasal simptom penyakit bahaya ni, terus jadi pandai.
Tup-tup terasa insaf seketika ek pasal kesihatan, itulah bila time makan tak ingat kan.
Moh bersenam meh!
Ditulis Oleh
Cik Lily Putih
Labels:
Healthy Food
,
Hospital HuKM
,
penyakit berbaHaya
,
THOUGHT
at
12:00 AM
5 comments
:
Tuesday, February 19, 2013
PAN MEE Bagus Untuk Orang Nak Kurus
Hi Korang,
Chinese food memang jadi kegemaran aku
Yelah, nak masak sendiri bukannya pandai kan, tak sedap lagi ade lah.
So baik ktorg pi makan kat kedai,senang abis citer
Baru-baru ni masa ktorg jejalan area Pertama Complex ni, teringat kat mama coz dia selalu cakap MEE TEPUNG kat food court ni sedap.
First time aku dengar mee tepung, so aku bayangkan bancuh tepung macam bancuh adunan cekodok kan. Ishkk mengarutlah. Jawabnya ajak Mr Big pi cari kedai mee ni.
Sampai depan kedai, siap tanya dulu makcik yang jual tuh. Mee tepung tu mee apa? So makcik tu cakap itu PAN MEE, memang meenya di buat dari tepung gandum dan dibentukkan macam mee.
Oooo ok dah faham, its time to CUBA..
Macam mee sup je but sup ikan bilis. Langsung tak de ayam, cuma ada cendawan shitake dan daun apa ntah yang macam ala cemperai. Lupa plak aku tanya makcik tu lah.
Bila aku rasa memang ye pun sedap, supnya memang totally rasa ikan bilis dan sayuran memang bersatulah. Mee tepung tu tak rasa tepung pun, rasa cam mee hoon gituh. Makcik tu cakap boleh je tukar ikan bilis tu pada rencah lain tapi tak original lah kan.
Kalau korang google, ada few resipi terangkan cam ne nak buat pan mee ni tapi aku malas nak letak lah sebab kalau korang baca je tak best gak kan coz tak de gambo. Hehehehhehe…
Memang aku rekomen pada sesiapa yang nak kurus atau dalam berDIET, sesuai beno gamaknya lah. Semangkuk baru RM4.50 cukup murah.
Musim hujan ni, kalau pekena pan mee ni best jugak ek.Ishk mana plak aku nak cari pan mee dalam area safari ni kan.
Ditulis Oleh
Cik Lily Putih
Labels:
chinese food
,
diet
,
Food
,
Food Review
,
Healthy Food
,
homemade mee
,
resipi pan mee
at
12:00 PM
11 comments
:
Tuesday, April 3, 2012
SAFA Restaurant @De Palma Hotel Ampang
Hi Korang,
Nowdays dah jadi trend kot banyak restaurant berkonsep Middle East membanjiri KL ni. Merata-rata tempat aku perasan banyak dah restoran makanan timur tengah ni.
Aku cuba? Tak pernah lagi. So hari tuh, my friend Ivy dan Vincent ajak ktorg pi makan kat SAFA Restaurant De Palma Hotel Ampang ni.
Memula ingatkan dalam hotel but rupanya di luar dekat dengan lobby De Palma Hotel ni. Ooo open concept rupanya, tak de air cond but banyak kipas besar dan ceiling fan kat dalam restaurant ni. Simple je deconya tak serabut pun. Siap ada screen tv beso dan shisha yang pelbagai flavor untuk si kaki shisha.
Dah nama pun restaurant makanan middle east haruslah kesemuanya dari sana kan. Meh tengok antara menu yang dihidangkan di sini.
Lamb Mandy - RM23
Chicken Mandy - RM20
Shaffron Rice
Koobide Kebab & Chicken Kebab
Yang ni plak di makan dengan roti pita yang disediakan sekali.
Tabbouleh
Hummus
Kashk O Badenjan
Green Salads
Zarsh
Ada jugak menu-menu lain seperti barley soup, Tbsi Eggplant, Ladies Fingers with Lamb dan pelbagai lagi. Ada juga makanan berala western tapi di jadikan middle east style. Hah cam gerek kan. Ok next time nanti aku cuba.
Tuan punya SAFA Restaurant ni En Jaafar yang berasal dari Timur Tengah dan dah 20 tahun stay kat sini membuka restaurant ni 2 tahun lepas. Chefnya di ambil dari Egypt. Katanya kenalah ada sentuhan asli dari Timur Tengah baru rasa kesedapan tu kan.
Kalau korang tak buffet, jangan bimbang ala-carte pun ada. Baik Iranian dish mahupun seafood kan. Kalau nak buat function ke nak order catering ke pun boleh jugak. Bagi aku harga lebih kurang dengan restaurant middle east yang lain malah lebih kurang sket rasanya.
Rasa cam nak cuba, meh lah ke sini.
Safa Middle East Restaurant
De Palma Hotel, Jalan Selaman 1/2,
Palm Square Ampang Point, Jalan Ampang,
68000 Ampang, Kuala Lumpur, Malaysia
GPS : N03 09.421' E101 45.154'
Business Hour : 5pm - 1am
Tel : +6012 256 7571 / +6017 263 8426 / +6010-219 1464
Website : http://www.depalmahotel.com/
FB : De Palma Hotel / Safa Restaurant
Korang boleh parking dalam area De Palma Hotel tu dan dapat 60% diskaun untuk parking dan some more ada WiFi sekali.
CLP notes : Sekali sekala rasa makanan orang luar apa salahnya, mana tau kene dengan tekak kan. Why not?
Ditulis Oleh
Cik Lily Putih
Labels:
De Palma Hotel Ampang
,
Food Review
,
Healthy Food
,
Iranian Food
,
Lamb Mandy
,
Middle East Cuisine
,
SAFA Restaurant
at
12:44 PM
16 comments
: