Showing posts with label Hari Malaysia 2016. Show all posts
Showing posts with label Hari Malaysia 2016. Show all posts

Monday, September 19, 2016

Perlawanan Amal Hari Malaysia 2016 | Harimau Malaysia vs Dugong All Stars

Hi Korang,

Jumaat lepas kan cuti Hari Malaysia 2016.

So tak de apa buat, kitaorang sempat attend perlawanan amal di antara Pasukan Harimau Malaysia menentang Dugong All Stars yang bertempat di Stadium Paroi Negeri Sembilan.


Ermm sebab Senawang dengan Bangi tu tak jauh so pi jelah.

Ingatkan tak de ramai sangat orang ya ampun rupanya lebih 20 ribu orang hadir tau. Yelah tiket yang berharga RM5 habis 15 ribu dan itu belum termasuk yang redeem tiket online secara percuma, kanak-kanak masuk free uiskk memang ramai sungguh.


Yelah pasukan bola sepak negara lawan dengan selebriti of courselah ramai orang datang, aku pun datang sebab nak tengok team Harimau Malaysia je hhuahauhauaha yelah diaorang ni kan otai so haruslah nak face to face. 

Mr Big memang sukalah pi event cam ni sebab dia boleh turun padang ambil gambar secara dekat, pendek kata ‘all access’ kan. Aku cuma duduk kat bilik media je tengok bola dari situ huahauua. 


List pemain kemain lagi ek, team Dugong All Stars sampai 40 pemain. Main gilir-gilir katanya, sama jugak dengan pasukan Harimau Malaysia. Dah nama pun perlawanan amal so tak delah strict sangat rulesnya.


Both team main dengan chillax je demi menghiburkan penonton yang hadir.

Korang tengok ni beberapa keping gambar yang Mr Big ambil.
















p/s : pixels gambo jadi kecik sebab nak masuk dalam blog, so nampak cam blur gituh lah ek sket. mintak maaf

Actually lebih 200 keping dia ambil tapi letak sket cukuplah kan, tapi kalau nak tengok sangat korang boleh ke fanpage https://www.facebook.com/SRO-photography untuk tengok gambar yang lelain ek


Keputusan berpihak kepada pasukan Harimau Malaysia 3:1 eh otai mestilah menang kan hehehehhe

Sangat-sangat seronok tau!

Kan aku cakap dia memang suka event cam ni, seronok ambil gambar sampai langsung terlupa kat bini dia yang sorang ni. Aku jumpa dia balik lepas press conference, maknanya dari start masuk padang sampai abis event.


Terima kasih kepada Astro Arena kerana menjemput kitaorang ke event ni, lama tak tengok bola kat stadium sekali sekala best jugak ek.

Itulah jelah yang kitaorang buat masa cuti panjang weekend lepas ek...