Showing posts with label Harga Tiket Outdoor Genting Highland. Show all posts
Showing posts with label Harga Tiket Outdoor Genting Highland. Show all posts

Thursday, September 6, 2012

Seronoknya Bercuti Di Genting Highlands Lagi

Hi Korang,

Hari tuh aku dah cerita pasal memacam aktiviti boleh dibuat ketika bercuti di Genting Highlands, boleh refer kat ENTRY ni ye. Now aku nak sambung lagi apa lagi yang seronok dibuat di atas puncak Genting ni.

Sabo jap, nak perah idea ni



Selain dari berjimba kat Outdoor dan Indoor Theme Park, ada gak aktiviti lain yang korang boleh buat seperti main salji di The New Snow World, cuba terapung badan di Sky Venture, terbang macam Superman di Flying Coaster, main bowling, archery, tengok show Ripley’s Believe It Or Not!, main video game, lepak kat Q-Center dan Cyberworld.


Banyak kan, ermm tak puas lagi dengan apa yang ada. Ishk korang ni memang tau.


Boleh try naik cable car ke kaki bukit Genting. Best ooo, perjalanannya not bad boleh tengok seluruh Genting Highlands dari dalam cable car ni. Bila dah turun bawah tuh, boleh ke Strawberry Farm, Orchid Farm dan Mushroom Farm di Awana. Semuanya terletak satu tempat so senang sket nak berjalan kan.


Dah penat-penat tu, boleh lah berehat sebentar di Swee Cave Temple. Salah satu tempat yang dapat merehatkan minda dari segala kekusutan. Sejuk dan nyaman je bila berada di sini.

Macam mana? Syiok kan

Itulah aku pun memula ingatkan kat atas puncak tu ada pelbagai aktiviti rupanya kat bawah ni best gak. Rasanya kalau ade weekends yang free boleh jugak aku ke Genting Highlands untuk berehat di hujung minggu.

So korang pun dah boleh start plan untuk pi bercuti bawak anak-anak ni kan. Senang bila dah plan, nak save budget pun tak susah.


Aku maybe nak main Spinner, Solero Shoot dan Corksrew lah, sesaje nak tengok jantung aku ni still kuat lagi ke tidak ek.

Segalanya ada di Genting Highlands..

Pics : Credit to Google

Tuesday, May 8, 2012

Nuffnang Bloggers Away Day at Genting Highland Theme Park


Hi Korang,

Last week khamis, cuti lagi coz nak pi outing dengan bebudak Nuffnang bloggers ni. Nasib baik bos tak bising tapi kene ganti keje Sabtunya. Oklah janji happy win-win situation kan.


Cam biasa berkumpul kat Wisma Genting coz Team Genting yang nak banjer ktorg bergembira ni. Ramai gak blogger baru jumpa dan kenal. Diorg bebaik sesangat huahuahauhaua. Kali ni bas on time so kul 9.30am naik bas then sampai pintu depan Genting Highland Theme Park ni sejam kemudian.


Ms KC (wakil dari Genting) selaku tuan rumah kat Theme Park ni trus suruh ktorg masuk. Serius Express Lane ok. Siap ada orang pakaikan gelang lagi. Genting Highland sekarang ni dah tak sejuk sangat but a bit windy. Nasib baik pakai baju 2 lapis kira boleh menampung lah kesejukan kan.

View kat Outdoor Theme Park



First ride is Bumper Boat. Memang nak sangat naik apakan daya, berat tak mengizinkan so tengok jelah orang2 kurus naik je huhuhuhu. Yang tak boleh naik tu ktorg di ajak ke Solero Shot. Dah nama pun adrenaline rush kan, so mestilah main game ni. Aku? Have no guts dengan tetiba rasa jantungku hilang plak. Bagi chance geng2 muda naik. Mak tengok je dari bawah dengan Ruby dan Ryan siap jerit2 lagi tanda semangat.




2nd ride baru lah aku join. Alah main Fun Krat je. Go-Kart lah tu. Dengar briefing sket then terus naik dalam masa 5 minit. Tekan pedal minyak sekuat hati namun duk tang tu jugak.Yelah go-kart mane leh bawah lelaju lah.

Sangat real gambo nie kan.. suker i

Main plak Private Ship. Tengok orang main cam best je kan so paksa semua orang main kecuali Ryan coz dia tukang amik gambo ktorg. Thara pun ktorg paksa main. Masa time slow tu still ok lagi but bila ship tu dah berbuai tinggi hah amek ko kecut perut dibuatnya.



Sambung main Spinner plak. Alah diorg kata cam naik buaian je. Aku pun ok jelah nok. Buaian sangat! Seram sejuk bila buaian tu berpusing sampai atas sampai takut nak tengok bawak. Aku siap jerit2 lagi nak mintak turun, sangat kebudak-budakan kan.


Nak rehat sekejap sambil tunggu geng lelain, ktorg lepak naik kuda pusing plak. Yang je rileks je layan je. Naik kuda yang boleh gerak2. Hebat tu kan. Sempat gak bercamwhoring bagai.

Dah kenyang



Ok lunch time. Ktorg makan seafood lagi. Memang Team Genting ni suka nau bagi ktorg makan seafood kan. Hopefully kadar asid dalam badan ni tak naik lah ye. Yang bab makan ni citer kat entry lain lah, panjang sangat lah.




Nak rehatkan perut akibat makan yang maha banyak, ktorg jejalan kat Dinasourland. Hajat hati nak naik boat ride tu tapi akibat que yang panjang lupakan je hasrat dihati. So memanjat lah pi tengok apa ada atas bukit Dinasourland ni. Ada 2 ekor dinasour beso yang boleh bercakap dan bergerak2. Layan view Genting Highland dari jambatan gantung kat bukit ni. Ternyata amat indah cuma tak sejuk je.




Ok masuk kat Indoor Theme Park plak. But now kita ke Sky Venture Adventure. Hah ko boleh je aku terbang dengan badan yang berat dengan lemak ni kan. Sesampai je kena register dulu dan ikut segal procedure yang diberikan. Alah aku citer nanti lah ek but yang penting I fly without wings tau. Siap dapat sijil lagi. Ko hadoh?


Ok yang nie last, ktorg pi tengok 4D Theater. Citer Haunted Mines. Is actually tengok wayang 4D. Kalau 3D guna spek kan but 4D Movie siap dengan action sekali korang leh rasa. Memang betul2 dalam movies tu lah siap ada rasa air, rasa angin, kerusi gerak2 sambil layan movie dengan spek 3D. Sampai penah nak jerit lah kan.

View dalam Indoor Theme Park



Sebelum balik ktorg dapat dinner kat Coffee Terence kat Genting Hotel ni. Ya ampun, terlampau banyak makanan yang sedap dan favourite aku. Lazat tak terhingga. Segala je mak neka seafoos termasuk 3 keping Osyter aku bedal. Dimsum yang sedap ermm memacam lah.


Naik bas trus melayan mata, ingatkan boleh tidur tak gak diorg nie bantai ajak beborak. So bayangkan lah berborak tadi mata pejam, boleh? Akibat penat dan kekenyangan yang amat.


Anyway thanks to Resort World Genting yang sudi ajak ktorg bergembira lagi di salah satu theme park yang awesome kat Malaysia ni dan tak lupa juga kat mama Thara (Nuffies) yang sudi jaga ktorg yang ala-ala bebudak degil tapi comey nie..


Till next time.. chow

Gegambo cilok dari FB Ruby dan Uzair. Jangan marah ye korang.

Sket gambo dari Samsung Digital Camera DV300F