Showing posts with label Hand Drip Coffee. Show all posts
Showing posts with label Hand Drip Coffee. Show all posts

Tuesday, October 15, 2019

HOSHINO COFFE Di EMPIRE Shopping Gallery Subang Jaya.

Hi Korang,


Bila sebut tentang kopi je semuanya nak tag kak lily kan kan kan??

Ye akak memang hantu kopi tapi tak berapa lah expert mengenai kopi ni, basic line tuh hado so fahamlah sket mengenai kopi, bji kopi dating dari mana bagai kan hehehe itu je ler


Bila ada someone DM di Instagram tanya kak lily pernah cuba HOSHINO COFFEE ni ermm terus diam sejenak, eh ada kedai kopi baru ni apsal akak tak tau plak ek. Nama pun ala- ala Jepun ni, dalam hari bercakap ermm kopi dari Jepun ni so haruslah jangan lepaskan peluang untuk mencuba. 



macam kat Jepun tak

Kebetulan petang tuh abis kerja kat area Subang ni so singgahlah akak ke Empire Shopping Gallery. Lama plak dah datang kemari banyak betul kedai makan sedap-sedap lah. HOSHINO Coffee ni terletak di bahagian LG dan berdekatan dengan escalator. 

nampak menunya dah siap display, memang tempting kan

Kira macam turun sket dah boleh nampak dah, cantik betul kedai ni ala-ala berada di Jepun plak walaupun kak lily tak pernah jejak kaki ke Jepun kan setakat tengok kat dalam tv pun hehehe but I know memang ala-ala Japanese concept.

Kalau korang nak tau yang HOSHINO COFFEE ni telah wujud sejak dari tahun 2011 lagi, di mana cawangan pertama HOSHINO COFFEE adalah di Saitama Prefecture, Jepun sehingga ke hari ni HOSHINO COFFEE telah mempunyai lebih dari 180 cawangan di Jepun dan telahpun berkembang di negara-negara Asia iaitu Singapura, Korea Selatan, China dan termasuklah Malaysia. Memang ketinggalan zaman sungguhlah ahkak ko sorang ni kan.

Untuk peminat kopi mestilah yang pertama sekali diorang akan cuba haruslah KOPI kan!!


Di HOSHINO COFFEE ni kopinya di brew segar, bahan utama iaitu biji kopi yang mereka import ini di ‘grind’ sendiri setiap hari bagi menambahkan lagi kesedapan kepada kopi yang dihidangkan kepada para pelanggan. 

harum betul masa ni, rasa segar je kopi ni tau

Kesedapan yang terletak di dalam setiap cawan kopi di HOSHINO COFFEE ini adalah campuran biji-biji kopi yang di ambil daripada pelbagai negara, campurannya haruslah kak lily tak tau itu mestilah rahsia hehehehe

HOSHINO COFFEE menghidangkan ‘HAND-DRIP’ Coffee tau


Ini special ni, kak lily pun first time tengok ni tau. Nampak cam senang je barista ni buat tapi kalau takde training payah jugaklah. Kira experience barista je yang buat blend kopi ni kan


“Hoshino” Blend Coffee – RM 14.20

Sangat-sangat enak dan segar je bila pertama kali kak lily bau ye, ianya terhasil dari biji kopi Arabica yang dipanggang dengan teliti dan melalui proses ‘hand-drip’ yang sungguh unik. 


Kak lily minum begitu saja tanpa gula, tanpa susu barulah terasa akan keenakkannya. Ianya tak begitu strong level aciditynya, mild dan delicate je bila di minum. Minum perlahan-lahan barulah terasa nikmat. 

Cerita pasal kopi je dah kemain panjang kan, oklah kak lily kongsikan jugak menu-menu unik dan sedap yang dihidangkan di HOSHINO COFFEE ni kan.

Jadi kak lily kongsi kan pencuci mulut dulu ek, kita twistlah sket kan hehehehe


Pot-Baked Soufflé (Vanilla Soufflé) - RM 17.50

Selalunya kak lily makan soufflé ni letak dalam mangkuk biasa je tapi yang ini di dalam periuk comel yang boleh di bakar ek. Siap dengan sos kastad lagi, Bila sampai je kena makan ni dulu sebab memang kena makan panas-panas barulah enak.


Lembut dan sedap tak de bau telur sangat pun, makan sekali dengan sos kastadnya lagi enak dong!!

Boleh pilih nak Vanilla Souffle atau Matcha Souffle, eh sos coklat pun hado gak lah.


Soufflé Style Pancake (Maple Syrup atau Honey Syrup) – RM 16.40

Lagi satu nikmat yang tak boleh di dustakan hehhhe. Pencuci mulut Souffle dalam bentuk pancake. Untuk menu ni once bila kita order then baru ianya di bakar so memang kena makan panas-panas jugak. 


Dicurah pilihan sirap samaada maple tau madu hehehe, seriously time ni memang rasa tak sabar nak makan sebab tempting betul lah. Panas-panas plak pancake ni di hidang plak tuh.

Nak order single boleh ataupun double pancake, makan ramai-ramai memang syiok ooo


French Toast – RM 19.70

Lain macam French Toast di HOSHINO COFFEE ni ek, cara ‘food presentation’nya kemain hebat sekali. French toast ni adalah dihidangkan bersama gula dan juga krim, sangat lembut dan sedap di makan. Portionnya banyak jugak lah. Just nice untuk di kongsi ramai nampak macam berebut-rebut sket hehehe



Itu menu pencuci mulut ek, ok ni kak lily kongsikan plak menu-menu makanan yang korang boleh cuba jugak tau, tak kira siang mahupun malam. Manalah tau korang malas nak balik keje petang sebab jem so nak melepak ni tengok ni.


“Hoshino” Spaghetti with Eggplant, Shimeji, Chicken Bacon & Sausage – RM 21.90

Korang ni kalau nama pelik-pelik mesti cam geli-geli nak makan kan kan kan. Menu ni sedap wei sampai menjadi hidangan ’best-seller‘ yer. Ini bukan hidangan vegetarian tau, sebab ada chicken bacon, korang kalau nampak sayur je ingat vegetarian ceh. Portion hidangan sangat besar yang mana boleh makan berdua tau dengan tersayang hehehe


Salmon Spaghetti with Wasabi Cream Sauce – RM 29.60

Yeah salmon I like!!

Hidangan yang sangat-sangat berkrim tapi tidak memualkan. Mungkin sebab adanya wasabi di atas salmon tuh kan hehehehe By the way, kuahnya tuh di campurkan sekali dengan wasabi sauce bukan kat salmon jer tau. Boleh licin sepinggan ni sebab kuahnya sedap. 


Pescatora Seafood Spaghetti with Tomato Sauce – RM 29.60

Nak kata pedas tapi langsung tidak!! Kanak-kanak mesti suka sebab rasa tomato hehehe. Nampak kandungan seafoodnya kemain banyak ek. Kak lily suka sebab udangnya dah di kopek hehehe pemalas betul ek 


“Omu Rice” & Chicken Teriyaki with Salad – RM 26.30

Ada jugak hidangan nasi di HOSHINO COFFEE ni ek, tapi nasinya terlindung dek telur tuh hehehe nampak takde tapi adalah. Di hidangkan sekali dengan chicken teriyaki plak lagilah bertambah sedap di makan, memang berselera habis lah makan hidangan ni. Hidangan nasi yang simple tapi mengenyangkan.

Ya ampun ada lagi ni yang akak nak share dengan korang ni ek, ok janji ini last sekali tau.

Fruit Tea (Hot or Ice) – RM 19.70

Untuk mereka yang kurang gemarkan kopi so ada pilihan minuman untuk korang jugak ye. 

Hot Fruit Tea

Cold Fruit Tea

Ini dia Fruit Tea, ya ampun sedap wei memang terasa buah-buahannya. Campuran buah-buahannya sangat-sangat variety sebab tuh ianya enak di minum. Ada pilihan panas mahupun sejuk. Bagi kak lily pilihan panas kak lily suka lagi dari sejuk sebab rasanya yang lebih pekat dan enak. 

Dari segi harga pulak, bagi kak lily tak delah mahal sangat pun, sama je dengan harga makanan di café-café lain jugak, tambahan pulak portionnya yang besar dan boleh di kongsi bersama-sama dengan yang tersayang hehehehehe

Jom Kita Ke :

HOSHINO COFFEE
Aras LG, 
Empire Shopping Gallery, 
Subang Jaya


Cawangan lain Boulevard Mid Valley.
Pulau Pinang di QueensBay Mall dan Gurney Plaza Mall.



Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 







#hoshinocoffeemalaysia
#hoshinocoffeesg 
#handdripcoffee