Showing posts with label Habib Jewel. Show all posts
Showing posts with label Habib Jewel. Show all posts

Saturday, June 27, 2015

Pelancaran Kempen Retro Raya HABIB 2015 Bersama Duta Selebriti

Hi Korang,


Peminat setia barang kemas HABIB Jewels, ni ada berita baik untuk korang..


HABIB meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan pelancaran Silaturrahim di Hari Raya, Rantaian Kasih Selamanya sebagai tema kempen pada tahun ini, dengan sentuhan gaya dan suasana retro.

Bertempat di Hotel Hilton Kuala Lumpur, acara ini bertujuan untuk melancarkan koleksi barang kemas terbaru HABIB sempena Raya iaitu koleksi “Moghul” yang diinspirasikan dari rekaan seni dan reka bentuk pada zaman Empayar Moghul yang diperagakan oleh beberapa selebriti tanahair termasuk duta-duta kempen iaitu Siti Saleha, Elfira Loy dan Iqram Dinzly bersama penyampai radio Sinar FM, Feeya Iskandar sebagai pengacara majlis.

Selepas pelancaran kempen oleh Dato’ Sri Meer Habib selaku Pengarah Urusan HABIB, para selebriti dan model yang memakai busana Shelle Belle tajaan khas dari Azura Couture serta baju melayu moden ARATA oleh Ryzal Jaafar memperagakan koleksi Moghul yang sangat indah.


Menurut Dato’ Sri, “Inspirasi untuk Koleksi Moghul ini adalah daripada Empayar Moghul itu sendiri di mana rekaan dan gayanya datang dalam pelbagai bentuk dan warna. Rekaan senibina Moghul yang bermula pada abad yang ke-16 masih boleh dilihat sehingga sekarang. Keunikkan serta kecantikkan hasil kerja yang masih bertahan sehingga kini menjadikan ia sebagai satu inspirasi buat kami untuk ditonjolkan pada koleksi kali ini. Koleksi ini adalah antara salah satu koleksi yang paling unik dari kami”.

Koleksi Moghul HABIB yang datang dengan rekaan yang cantik serta dihiasi permata beraneka warna terdiri daripada pelbagai berlian, delima, nilam serta zamrud yang sangat bernilai mampu menyerlahkan lagi segala jenis busana Raya.


Koleksi ini juga amat sempurna untuk dipadankan bersama pakaian tradisional mahupun kontemporari, dan boleh diwariskan turun temurun kepada generasi yang Kempen tahun ini selari dengan cogan kata HABIB yang baharu, iaitu The Gift of Happiness, di mana HABIB menggalakkan para pelanggan setianya supaya tidak hanya membeli untuk diri sendiri, tetapi juga berkongsi kebahagiaan dengan memberikan barang kemas sebagai hadiah atau anugerah yang bermakna kepada orang yang tersayang.

"Di samping mencipta kenangan untuk para pelanggan, HABIB juga memainkan peranan dalam menyumbang semula kepada masyarakat. Pada tahun ini sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat di bawah Yayasan HABIB, kami mendekati golongan ibu tunggal dan kanak-kanak untuk menyediakan mereka keperluan dan sokongan yang amat diperlukan."


HABIB juga turut melancarkan Koleksi Raya yang beraneka untuk si jejaka pada tahun ini dengan Koleksi Butang Baju Melayu dan cincin yang diperbuat daripada palladium dan pilihan batu permata. Tambahan pula, HABIB turut menyediakan koleksi Raya untuk seisi keluarga, antaranya gelang kaki emas 916 dan koleksi khas untuk kanak-kanak, pelbagai pilihan reka bentuk emas 916 yang terdiri dari gelang, anting-anting, rantai leher dan loket, serta koleksi cincin bertindih Bloom.


Kempen Silaturrahim di Hari Raya berlangsung selama satu bulan bermula dari 18 Jun sehingga 19 Julai di semua bilik pameran HABIB di seluruh negara. Pelanggan boleh menikmati diskaun sehingga 70% untuk berlian dan batu permata dan potongan dari RM5 hingga RM15 segram untuk emas 916 dan 999. HABIB turut menawarkan kadar tukar-beli tertinggi untuk barang kemas lama.


Para pelanggan juga boleh menikmati lebih banyak aktiviti dan tawaran menarik di Bazar Ramadhan HABIB yang berlangsung dari 26 hingga 28 Jun 2015 di 13 bilik pameran seluruh negara termasuklah di Ampang Point, Gurney Plaza Pulau Pinang, Plaza Angsana Johor, Central Square Sungai Petani, East Coast Mall Kuantan, The Shore Melaka, Bandar Meru Raya Ipoh, Kuala Terengganu, Ayer Keroh Melaka, Kota Bahru Kelantan, Taman Saga Alor Setar, Seremban 2 dan Suria Sabah 


Kempen tahunan Rantaian Kasih kali ini yang menggunakan konsep Retro Raya mencerminkan suasana kekeluargaan ketika sedang bersiap sedia untuk Hari Raya pertama, seperti menyediakan juadah Raya bersama-sama dan anak-anak memohon keampunan ibu bapa di pagi Syawal. Seringkali barang kemas yang diberikan sebagai hadiah akan diturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain, dan ia juga diberikan oleh seorang anak kepada ibu bapa sebagai penghargaan. 

HABIB amat bersukacita untuk menjadi sebahagian daripada anugerah kebahagiaan ini yang terus berkekalan sehingga tahun-tahun yang akan datang.

Thursday, October 9, 2014

Jam Tangan ICE-WATCH – Ceria, Unik Dan Menarik Kini Bersama Kumpulan HABIB

Hi Korang,

Kegilaan terhadap jam tangan ICE-WATCH dari Belgium yang menampilkan warna ceria dan menarik telah merebak di seluruh dunia, bukansahaja dalam kalangan masyarakat biasa malah selebriti dan juga personality turut meminati jam tangan ini. Kepelbagaian warna pada ICE-WATCH kini meniti ke dalam hati rakyat Malaysia.

model Ice Watch yang terbaru

Aku pun sama minat dengan jam Ice Watch ni sebab warnanya yang sangat funky dan sesuai dipakai di apa jua majlis kan. Senang nak mix and match dengan baju katanya.


ni yang latest, BMW motorsport collection

Last week sempat juga aku ke majlis pelancaran ICE-WATCH di The Curve. Kebetulan Mr Big cuti so bawak sekali sebagai photographer aku. Senang sket nak ambil gambar coz dia kan tinggi.






Bagi meraikan pameran yang julung kalinya bagi ICE-WATCH oleh Kumpulan Habib di The Curve, Jean-Pierre Lutgen pengasas jenama ICE-WATCH turut bersama-sama turun padang bagi melancarkan secara rasmi jenamanya dengan gaya ceria, sepadan denganpersona daripada jam "ice-y".


Acara kemuncak iaitu upacara pelancaran yang diwakili oleh Dato 'Meer Habib dari HABIB dan Lutgen dari ICE-WATCH, diikuti dengan peragaan jam tangan terbaru musim ini oleh "Ice Girls" dan selebriti Malaysia.


ICE-WATCH turut serta bersama Habib Jewels dan Pandora di pameran Kumpulan HABIB di Curve Centre Court yang turut dikenalisebagai "HIP". "HIP" merupakan gabungan huruf pertama setiap jenama, Habib Jewels, Ice-Watch dan Pandora.

Pada tahun ini, Iapan butik ICE-WATCH telah ditubuhkan di Malaysia. ICE-WATCH merupakan jenama mewah mampu milik dan dianggap setanding dengan jenama jam tangan fesyen di seluruh dunia dimana ICE WATCH menjadi kegemaran ramai sama ada golongan mudamahupun golongan yang berjiwa muda dari semua lapisan masyarakat. Jam tangan yang bergaya dan mudah digayakan ini mempunyaiwarna menarik lantas menjadikan ICE-WATCH sebagai aksesori yang sempurna dalam pemilihan pakaian, dari pakaian kasual, untukbekerja atau bersantai dengan kawan-kawan. Dengan harga yang mudah di beli, lebih ramai memilih untuk memiliki koleksi jam tangan menarik ini.


Dato 'Meer berkata, "ICE-WATCH adalah fenomena luar biasa kerana ia merupakan gabungan unik inovasi, kreativiti, mampu milik danmempunyai nilai kesederhanaan. ICE-WATCH merupakan jam tangan yang sesuai dipakai oleh pelbagai lapisan umur, gaya dan latarbelakang si pemakai. Sesuai dengan apa jua pakaian, membuatkan ICE-WATCH menjadi pilihan ramai pengemar fesyen. KumpulanHABIB sangat mengalu-alukan kedatangan jam tangan ICE-WATCH ke dalam keluarga kami kerana kami dapat melihat potensi besar jenama ini.

Lutgen merupakan Ketua Pegawai Eksekutif ICE-WATCH menambah "Dengan harga berpatutan, kepelbagaian warna dan kombinasireka bentuk yang menarik, ICE-WATCH boleh ditukar-tukar mengikut gaya dan mood si pemakai. Anda tidak boleh mempunyai hanyaseutas jam tangan ICE­ WATCH kerana ia perlu menjadi sebahagian daripada koleksi jam tangan yang menjadi pilihan anda dalam hidup."


"Kami juga begitu teruja dengan kolaborasi antara ICE-WATCH dan Habib. Kedua-dua syarikat yang diterajui oleh usahawan yangmempunyai keinginan yang mendalam bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan. Dengan sokongan yang luar biasa daripadaKumpulan HABIB sebagai pengedar, ia memberi potensi dan peluang yang besar kepada kami untuk meneroka di pasaran Malaysiadan kami berharap ICE-WATCH dapat mewarnai kehidupan masyarakat di Malaysia. "

Menurut Lutgen, jenama ICE ini melambangkan nilai-nilai yang berkaitan dengan unsur "ais" itu sendiri - ketelusan dan kesucian dandiserikan lagi bersama tabung lutsinar.



Peminat dan pengemar fesyen di Malaysia boleh mengharapkan reka bentuk baru dengan bahan­bahan baru pada jam tangan yang pastimembuatkan jenama ini teguh di atas setiap permintaannya.

Sebagai ahli baru kepada Kumpulan Habib, ICE-WATCH menyertai Kumpulan HABIB, bersama­ sama Habib Jewels dan Pandora dariDenmark. Dalam HABIB Group, HABIB juga turut membawa masuk jenama berlian terkemuka iaitu Hearts On Fire. Pandora dan Hearts On Fire diedarkan secara eksklusif oleh Habib di negara ini.


Di kawasan Lembah Klang, Butik ICE-WATCH boleh didapati di Ampang Point, The Curve, Nu Sentral dan pusat membeli-belahAlamanda. Di bahagian-bahagian lain trut boleh didapati di Gurney Paragon di Pulau Pinang, Palm Mall, Seremban, Kompleks JBCC, JohorBahru dan East Coast Mall, Pahang.

Korang juga boleh lawati ke http://www.facebook.com/ice.watch untuk melihat ICE-WATCH dengan lebih dekat.