Showing posts with label Habbatus Sauda. Show all posts
Showing posts with label Habbatus Sauda. Show all posts

Friday, April 22, 2016

Rangkaian Pembersih Wajah SAFI Diperkaya Dengan Habbatus Sauda

Hi Korang,


Nak cantik, nak bersih, nak suci ni aku perkenalkan rangkaian produk kecantikan daripada SAFI ni tau.


Tiada yang sebaik sentuhan semulajadi. Kebaikan hasil alam seperti Gamat, Pokok Lidah Buaya dan Mentimun diperakui ramai sejak zaman- berzaman bagi memberikan khasiat terhadap kulit wajah. Harus difahami bahawa membersih wajah menggunakan pembersih wajah akan menjadikan kulit lebih halus dan lembut berbanding sabun biasa. Penggunaan pembersih wajah amatlah penting kerana ia diformulasi khas untuk tekstur kulit wajah. Inspirasi ekstrak semula jadi yang selamat dan efektif pada kulit wajah menzahirkan khasiat terkitab SAFI dalam memberi yang terbaik untuk semua wanita.


Memahami keperluan wanita moden kini, SAFI menggenggam manfaat kehebatan alamiah dan diolah menjadi produk kecantikan berasaskan ekstrak tumbuhan semulajadi. SAFI jenama halal no 1 tempatan memperkenalkan formulasi baharu dalam rangkaian pembersih wajahSAFIyang diperkaya dengan manfaat Habbatus Sauda agar khasiat pada kulit wajah dapat dipertingkatkan.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W. dalam Hadis Riwayat Bukhari & Muslim yang dipetik dari Kitab Ash Shahihain, “Gunakanlah Habbatus Sauda kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)”

Rangkaian Pembersih Wajah SAFI adalah regim penjagaan wajah asas bagi wanita yang inginkan sentuhan semulajadi. Rasaiformulasi ekstrak semulajadi yang hadir dalam variasi berikut- Sari Mentimun dan Habbatus Sauda, Sari Susu Manggis dan Habbatus Sauda, dan Sari Gamat dan Habbatus Sauda.



Formulasi baharu SAFI didatangkan dalam rona bungkusan serta reka bentuk produk yang selari dengan jiwa wanita yang cintakan sentuhan semula jadi, mempunyai personaliti ceria namun masih kekal ayu dan sopan.Warna biru laut, ungu dan hijau terang yang mewakili konsep alampasti kelihatan menonjol dan menarik perhatian pengguna.

Berikut adalah wahana baharu buat wajah cantik berseri:

Formulasi dipertingkat!

Habbatus Sauda atau dikenali sebagai Jintan Hitam merupakan kombinasi utama dalam formulasi baharu rangkaian Pembersih Wajah SAFI bagi membantu kulit agar kelihatan halus dan lembut semulajadi.Habbatus Sauda melindungi kulit dengan nutrien dan bahan antibakteria. Ayuh nikmati kulit lembap dan licin sepanjang hari secarasemulajadi.

1. Rangkaian produk pembersih muka SAFI


a. Pembersih Muka Sari Mentimun & Habbatus Sauda SAFI 50g- RM 6.10, 100g-RM 10.80

Rasai manfaat Sari Mentimun yang mampu mengecilkan pori. Pembersih ini mampu membersihkan kotoran secara mendalam, membuat kulit terasa lebih mulus, segar & berseri. Dengan khasiat mentimun, sel kulit mati akan mudah tertanggal malah kotoran dapat dibersihkan secara berganda! Pembersih ini sesuai untuk semua jenis kulit. Kini kulit wajah terasa halus dan pori tidak tersumbat lagi!


b. Pembersih Muka Sari Susu Manggis & Habbatus Sauda SAFI
50g-RM 6.10, 100g-RM10.80

Inilah rahsia cerah berseri secara semula jadi! Terkenal dengan gelaran “Ratu buah-buahan”, rumusan khas Sari Susu Manggis menjadikan kulit wajah cerah dan lembap sepanjang hari. Pembersih ini amat sesuai untuk semua jenis kulit khususnya mereka yang berkulit kering. Alami kecerahan kulit secara semulajadi dan nikmati kelembapan kulit wajah berpanjangan!


c. Pembersih Muka Sari Gamat & Habbatus Sauda SAFI 
50g-RM 6.10, 100g-RM 10.80

Kehebatan gamat memang diperakui ramai sebagai agen pemulihan dalam rawatan tradisional. Ia juga mampu mengawal minyak dan jerawat di samping membersihkan kulit wajah dengan sempurna tanpa cela. Tampil yakin dengan kulit bebas minyak & jerawat!

2. Penyegar Sari Mentimun & Pokok Lidah Buaya bersama Habbatus Sauda SAFI 
100ml- RM 7.50

Dapatkan kehebatan dua khasiat alamiah Sari Mentimun dan Pokok Lidah Buaya yang membuatkan kulit wajah anda tegang dan sentiasa lembap dengan penyegar Safi. Penyegar tanpa alcohol ini berkesan mengecilkan pori sambil membersihkan sisa kotoran. Kulitmu kini lebih segar dan bersih sentiasa.

3. Rangkaian produk pelembap muka SAFI


a. Pelembap Muka Sari Gamat & Habbatus Sauda SAFI 80g- RM 8.90

Kebaikan Sari Gamat sebagai agen pemulihan mampu mengawal minyak dengan efektif agar kulit bebas bernafas dan lebih sihat tanpa jerawat. Berikan nafas baharu serta kesegaran pada kulit wajah anda!


b. Pelembap Muka Sari Pokok Lidah Buaya & Habbatus Sauda SAFI 
80g- RM 8.90

Manfaat ekstrak Sari Pokok Lidah Buaya ini umpama terapi wajah, selain menyejukkan ia juga membekalkan mineral dan vitamin yang diperlukan oleh semua jenis kulit. Kulitmu pasti terasa lebih lembap dan sihat dengan terapi wajah ini!


4. Krim Kecantikan Lidah Buaya & Habbatus Sauda SAFI 16g-RM 7.40

Rumusan khas kini dipertingkat dengan gabungan Sari Pokok Lidah Buaya dengan Habbatus Sauda mengandungi nutrien semula jadi agar kulit kekal lembap dan segar sepanjang hari. Ia membantukulit wajah tampil halus, lembut dan berseri. Krim kecantikan ini amat sesuai digunakan sebagai krim pelembap dan asas solekan. Tampil cantik berseri dengan asas solekan semulajadi!

Produk SAFI ini boleh di dapati di seluruh Malaysia termasuk farmasi, pasaraya dan pasaraya hiper utama. Bersama kita nikmati khasiat semulajadi dengan manfaat berganda Habbatus Sauda. 

Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI sila layari 

facebook SAFI 
laman instagram 

youtube SAFI  

Saturday, April 16, 2016

NABIL AHMAD Duta Ca’ya™ Menyinari Kehidupan Harian Lelaki Di Luar Sana

Hi Korang,


Nak citer dengan korang ni ada produk terbaru keluaran Cerebos Malaysia ni tau. Alah syarikat yang banyak mengeluarkan produk kesihatan BRANDS dan INNER SHINE tu ek. 

Meh baca sini ek..

Cerebos Malaysia, salah satu pengeluar produk kesihatan terkenal negara melancarkan minuman kesihatan baharu, yang menggabungkan dua ramuan semula jadi, yang boleh membantu mengekalkan tenaga dan daya hidup jangka panjang bagi individu yang ingin mengamalkan gaya hidup yang aktif.

Gaya hidup aktif dan sihat telah menjadi fenomena baru dalam masyarakat kini, yang mana ramai perlu menyeimbangkan peranan masing-masing dalam kehidupan mereka. Pelbagai tanggungjawab dan kewajipan yang harus dimainkan sama ada seseorang tersebut baru ingin melangkah ke alam kerjaya, menjadi seorang ketua keluarga, mahupun seorang romeo yang setia kepada isteri, kaum lelaki masa kini sememangnya sentiasa sibuk mengejar masa dalam kehidupan. Mereka sememangnya perlukan tenaga yang berkekalan.


Ca’ya™, bukan sahaja mempunyai rasa yang sedap, minuman kesihatan yang baharu ini juga mampu menyeimbang dan menyempurna kenikmatan hidup seseorang individu itu, dengan memberi sumber tenaga harian kepada mereka yang sentiasa sibuk, memberi kuasa tenaga semula jadi dan selamat, sambil mereka mencapai keharmonian fizikal dan rohani dalam memainkan peranan mereka yang pelbagai.

Dikeluarkan selepas tiga tahun menjalani kajian saintifik dan pengguna, Ca’ya™ diformulasi khas dengan dua bahan utama yang hebat lagi semula jadi, yang amat diyakini khasiatnya – Habbatus Sauda dan Ginseng.

Dipercayai berkurun lamanya dengan keupayaan untuk memberi tenaga dan memulihkan sistem imunisasi tubuh, Habbatus Sauda (atau lebih dikenali sebagai Jintan Hitam) sememangnya diperakui sebagai suatu ramuan yang ajaib kerana ianya boleh menjadi kuasa penyembuh. Apa yang membuatkan produk ini lebih menakjubkan dan lengkap adalah dengan adanya Ginseng, satu lagi bahan hebat yang disahkan secara saintifik, mampu menangani kelesuan dan meningkatkan tenaga.

Kombinasi ulung dari habbatus sauda dan ginseng dicipta bagi meningkatkan kesejahteraan fizikal lelaki dengan juga membantu memperbaiki sistem immunisasi serta merangsang tenaga dalam badan untuk prestasi yang optimum, dengan jaminan dan warisan daripada bahan-bahan tersebut, yang mampu untuk memberi keharmonian juga kesejahteraan rohani.

Ca’ya spokesperson, Nabil Ahmad (right) with Koh Joo Siang, Vice President and General Manager of Cerebos Malaysia and Neerja Sewak, Executive Vice President and Chief Commercial Officer of Cerebos Pacific Limited

Antara salah satu keunikan Ca’ya™ yang menjadikannya satu produk yang lain daripada minuman bertenaga yang lain, adalah ianya mengandungi bahan semula jadi serta tidak mengandungi bahan kafein, bahan pengawet, lemak atau pewarna yang kurang menyihatkan, sekaligus menjadikannya minuman yang sesuai untuk diminum setiap hari dalam mengekalkan tenaga. 

Berdasarkan hasil ujian yang dijalankan, 88% di kalangan pengguna megesahkan bahawa mereka berasa kurang lesu selepas meminum Ca’ya™. Di samping itu, 76% daripada mereka menyatakan bahawa minuman ini mempunyai rasa yang sedap.


Hadir di majlis pelancaran yang berlangsung di ibu pejabat Cerebos Malaysia di Shah Alam adalah wajah kempen terbaru itu – hos, DJ radio dan pelakon, Nabil Ahmad. Terkenal dengan gaya hidup yang serba aktif dan juga seseorang yang telah pun berkeluarga, Nabil melambangkan sebuah personaliti seorang lelaki berjaya yang hidupnya telah pun seimbang dan sempurna, apa lagi beliau dikuasakan dengan Ca’ya™.

Ca’ya spokesperson, Nabil Ahmad

“Disokong dengan sains dan bahan semula jadi yang memang saya percaya dalam hidup saya, Ca’ya™ adalah sumber tenaga yang saya perlukan dan yakin mampu memberi saya daya hidup untuk kekal aktif dan juga membantu saya melengkapkan kewajipan dan tanggungjawab saya yang memainkan pelbagai peranan sebagai seorang lelaki, sambil menikmati kehidupan dengan lebih sempurna,” kata Nabil di majlis pelancaran tersebut.

Dijual dalam pek 6-botol (RM34.80) di semua pasar raya besar, pasar raya dan farmasi, Ca’ya™ juga akan dikeluarkan dalam pek individu di beberapa kedai serbaneka terpilih di Semenanjung Malaysia dengan harga RM5.80 sebotol. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai produk paling baru ini, layari laman web www.caya.com.my atau hubungi Talian Prihatin Pelanggan di 1 300 228 300.