Showing posts with label Guardian awards. Show all posts
Showing posts with label Guardian awards. Show all posts

Thursday, September 12, 2019

Anugerah ‘MOST VOTED BRANDS’ GUARDIAN 2019 Kini Kembali

Hi Korang,


Jutaan pelanggan GUARDIAN MALAYSIA akan berpeluang untuk mengundi jenama kesihatan dan kecantikan mereka, sekali lagi, dan memenangi pelbagai hadiah menarik berjumlah RM40,000.


Kempen anugerah apresiasi jenama yang kini memasuki tahun ke-20, telah bermula hari ini (5 September) dan bakal berakhir pada 29 September 2019.


Ms Wong Vai Chi, Ketua Pemasaran dan Promosi, Guardian Malaysia, berucap di majlis perlancaran kempen itu berkata: “Kami sangat berbangga dan teruja untuk memaklumkan kepada anda bahawa Most Voted Brands tahun ini akan menampilkan 313 produk daripada rangkaian pelbagai jenama yang ditawarkan di stor kami!” 

“Sebenarnya, 313 produk dan 139 jenama bakal bertanding untuk 73 kategori anugerah tahun ini, menjadikan pesaingan kali ini begitu sengit. Dan oleh kerana undian adalah daripada para pelanggan kami, iaitu pembeli dan pengguna sebenar produk-produk ini, ia memberikan penilaian yang adil kepada pemilik-pemilik jenama terhadap kedudukan jenama mereka dikalangan pengguna. 

Undian secara keseluruhannya, akan menunjukkan gambaran yang tidak berat sebelah ke atas jenama-jenama yang telah berjaya menambat hati dan memberi kesan kepada para pelanggan kami,” tambah beliau. 

Menjelaskan lebih lanjut tentang Anugerah tersebut, Ms Wong menambah: “Ketika Guardian Malaysia mengkonsepsikan anugerah ini pada tahun 2000, objektif kami adalah untuk menghubungkan jutaan pelanggan kami dengan semua rakan-rakan perniagaan serta pemilik jenama, dengan memberi peluang kepada mereka untuk memilih jenama kegemaran mereka. Hari ini, anugerah ini lebih relevan kerana kami didorong untuk berhubung dan memahami keperluan gaya hidup pelanggan kami, pilihan dan trend yang sentiasa berubah.” 

“Saya yakin Most Voted Brands Guardian Malaysia merupakan salah satu acara anugerah yang paling definitif dan berprestij di negara ini, dengan mengambil kira kesan dan populariti produk, jenama dan kategori yang terlibat,” tambah beliau. 

Mencerminkan gaya hidup digital kebanyakan pengguna sekarang, proses undian secara keseluruhannya akan terus dijalankan dalam bentuk digital. Ini bermakna, semua undian akan dibuat secara dalam talian. 

Walau bagaimanapun, terdapat satu tambahan menarik tahun ini dimana pelanggan Guardian juga boleh menyertai MVB Hunt di semua stor Guardian melalui telefon pintar mereka. MVB Hunt Guardian adalah satu permainan pencarian harta karun yang dikendalikan di semua stor Guardian dimana pelanggan boleh memenangi baucar produk untuk lebih penjimatan.


Pelanggan yang telah mengundi sebanyak 3 kali, layak untuk menyertai peringkat undian dalam talian yang seterusnya, yang menawarkan peluang yang lebih besar untuk memenangi Hadiah Utama. 

Jadi para pelanggan Guardian digalakkan untuk menyertai MVB Hunt terlebih dahulu sebelum melakukan undian dalam talian untuk lebih peluang untuk mendapatkan baucar produk.


Untuk layak ke undian dalam talian, pelanggan perlu berbelanja minimum RM10 dalam satu resit di stor Guardian atau dalam talian. Kemudian layari https://mvb19.guardian.com.my/#/onlinevoting. Undian boleh dibuat pada bila-bila masa di antara 5 September dan 29 September 2019.


Semua pelanggan yang menghantar undian mereka dengan resit yang sah akan berpeluang untuk memenangi salah satu daripada 68 Hadiah Mega, berjumlah RM40,000 yang berupa baucar Guardian. 

Hadiah Mega adalah seperti berikut: 

- Satu (1) hadiah utama iaitu baucar Guardian bernilai RM12,000 

- Dua (2) hadiah pertama iaitu baucar Guardian bernilai RM5,500 

- Lima (5) Hadiah kedua iaitu baucar Guardian bernilai RM1,000 

- Enam puluh (60) hadiah saguhati iaitu baucar Guardian bernilai RM200. 

Peraduan ini adalah terbuka untuk semua pelanggan yang berumur 18 tahun dan ke atas. Sebagai bukti pembelian, pelanggan perlu menyimpan resit Guardian yang asli. 

Untuk maklumat lanjut dan terma dan syarat MVB dan cara-cara mengundi, sila layari https://mvb19.guardian.com.my/#/term

Jadi mulakan undian anda dan rebutlah peluang untuk memenangi hadiah-hadiah hebat September ini!

























Monday, April 23, 2018

GUARDIAN Most Voted Brands (MVB) Award


Hi Korang,

Jutaan pelanggan yang membeli-belah di GUARDIAN MALAYSIA, akan sekali lagi, berpeluang untuk mengundi jenama kecantikan dan kesihatan kegemaran mereka dan memenangi pelbagai hadiah menarik! 


Anugerah apresiasi tahunan itu, yang telah dilancarkan 18 tahun lalu, bakal bermula esok dan berakhir pada 14 Mei 2018. Tahun ini, lebih 150 jenama bersaing dalam 64 kategori untuk anugerah yang menjadi rebutan itu. 

Ms Shirley Ham, Pengurus Kanan, Pemasaran Digital (E-Dagang) Guardian Malaysia berkata: “Ketika Guardian Malaysia mengkongsepsikan anugerah ini pada tahun 2000, objektif kami adalah untuk menghubungkan jutaan pelanggan kami dengan semua rakan-rakan perniagaan serta pemilik jenama, dengan memberi peluang kepada mereka untuk mengundi jenama kegemaran mereka.” 

“Kami melihat anugerah tahunan ini sebagai cara kami menyumbang kepada pengukuhan hubungan di antara pemilik jenama dan pelanggan kami. Ia turut memberi penilaian yang tidak berat sebelah kepada pemilik jenama, kerana undian adalah daripada pelanggan yang benar-benar membeli dan menggunakan produk mereka.” 

“Kini, 18 tahun kemudian, keperluan untuk terus berhubung dengan pelanggan dan memahami keperluan mereka adalah lebih penting daripada sebelumnya,” tambah beliau. 

Dikenali sebagai Most Voted Brands (MVB) Award, format undian tahun ini juga direka untuk mendapatkan gambaran tentang keperluan pengguna, gaya hidup dan trend berbelanja mereka yang pantas berubah! Mencerminkan gaya hidup digital majoriti pelanggan hari ini, proses undian masih dikendalikan dalam bentuk digital. Ini bermakna, semua undian akan diadakan secara atas talian. 

Soalan yang diberikan bertujuan membolehkan Guardian dan pemilik jenama untuk memahami tingkah laku keutamaan jenama dengan lebih baik, serta memberi gambaran kepada demografik dan segmentasi pelanggan. 

Untuk pelanggan pula, hadiah-hadiah menarik berjumlah RM40,000 harus dimenangi!! 

Pilih kategori yang sesuai dengan korang

Pilih produk kegemarang korang


Submit vote korang dengan resit sekali tau then doa bebanyak ek

Hanya 3 langkah mudah untuk mengundi. Belanja, undi dan hantar beserta kod pada resit. Semua pelanggan yang menghantar undian dengan kod resit yang sah berpeluang untuk memenangi salah satu daripada 68 hadiah menarik yang ditawarkan, berupa baucar percutian dan baucar Guardian berjumlah RM40,000. 

Berikut adalah senarai hadiah: 

- Satu (1) hadiah utama iaitu baucar percutian bernilai RM10,000 dan baucar Guardian bernilai RM2,000 

- Dua (2) hadiah pertama iaitu baucar percutian bernilai RM5,000 dan baucar Guardian bernilai RM500 

- Lima (5) hadiah kedua iaitu baucar Guardian bernilai RM1,000 

- Enam puluh (60) hadiah saguhati iaitu baucar Guardian bernilai RM200. 

Unutk layak mengundi, pelanggan perlu berbelanja minimum sebanyak RM10 di mana-mana stor Guardian atau stor atas talian. Seterusnya layari https://mvb.guardian.com.my. Pengundian boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam tempoh 19 April sehingga 14 Mei 2018. 

Peraduan ini dibuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas. Sebagai bukti pembelian, pelanggan mesti menyimpan resit Guardian yang asli yang mengandungi nombor invois cukai, kod stor, tarikh dan amaun pembelian. 

Untuk maklumat lanjut dan terma dan syarat lengkap mengenai anugerah dan pengundian, sila layari https://mvb.guardian.com.my/#/term




Sunday, September 3, 2017

GUARDIAN OUTSTANDING BRANDS AWARDS 2017

Hi Korang,


Anugerah Jenama Terunggul Guardian (OBA), edisi ke-17 anugerah tahunan terkemuka untuk jenama-jenama kesihatan dan kecantikan kini kembali dan telah dilancarkan dalam sebuah sidang media hari ini.


Anugerah tahunan, yang pertama kalinya diperkenalkan oleh Guardian Malaysia pada tahun 2000, diadakan bertujuan menghubung jutaan pengguna dengan semua rakan-rakan perniagaan dan pemilik jenama mereka, dengan memberi kuasa mengundi kepada pengguna untuk memilih jenama yang terbaik.

Ms Christina Low, Pengarah Pemasaran Guardian Health and Beauty Sdn Bhd berkata: “Anugerah Jenama Terunggul adalah satu cara kami meraikan dan mengiktiraf kecemerlangan jenama rakan-rakan perniagaan kami.”

Ms. Christina Low, Marketing Director Guardian Malaysia (left) and Ms Shirley New, Senior Marketing Manager Guardian Malaysia checking out the OBA 2017 online voting site

Beliau berkata bahawa sejak ia dilancarkan 16 tahun lalu, anugerah tersebut menjadi semakin popular di kalangan para pelanggan Guardian, yang menantikan detik untuk membuat pilihan mereka dan merebut peluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik. 

“Anugerah ini juga telah berkembang sejajar dengan perubahan gaya hidup, perbelanjaan dan trend pengguna. Tahun ini, OBA akan dikendalikan sepenuhnya dalam format digital. Ini bermakna, keseluruhan proses undian akan dilakukan secara dalam talian," tambah beliau.


Bagi OBA 2017, sebanyak 200 jenama akan bersaing dalam 60 kategori antaranya penjagan rambut, penjagaan wajah, kosmetik, kebersihan, makanan tambahan, ubat-ubatan, produk ibu dan bayi dan banyak lagi dan akan ada satu jenama pilihan paling digemari bagi setiap kategori. 

Bagi pelanggan, mereka berpeluang untuk memenangi salah satu daripada 50 hadiah yang ditawarkan, berjumlah RM25,000 dalam bentuk baucar Guardian. Antara hadiah yang ditawarkan:

  • Lima (5) hadiah utama bernilai RM1,000 setiap satu 
  • Lima (5) hadiah pertama bernilai RM1,000 setiap satu
  • Lima belas (15) hadiah kedua bernilai RM5000 setiap satu, dan
  • Dua puluh lima (25) hadiah saguhati bernilai RM200 setiap satu. 

Jelas Christina: “Apa yang telah kami hasilkan adalah sebuah platform undian yang ringkas, mudah dan tersendiri. Pada masa yang sama, set soal selidik tersebut membolehkan kedua-dua Guardian dan rakan-rakan kongsi kami memahami tingkah laku keutamaan jenama dengan lebih baik, sekaligus memberikan gambaran tentang demografi dan segmentasi pengguna. 

“Dengan menghubungkan pengguna kami di seluruh negara dengan jenama-jenama tersebut, dan membantu mereka memahami kehendak pelanggan dengan lebih baik, kami menyumbang kepada pelaburan pemilik jenama dalam pembangunan hubungan dengan pelanggan mereka,” tambah beliau. 

Untuk melayakkan diri untuk mengundi, para pelanggan perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM10 di stor atau secara dalam talian. Kemudian log masuk ke http://m.me/GuardianOBA atau imbas kod QR yang diberikan untuk membuat undian. Undian boleh dibuat pada bila-bila masa di antara 1 September dan 27 September 2017. 

Peraduan ini terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas. Sebagai bukti pembelian, pembeli hendaklah menyimpan resit Guardian asal yang mengandungi nombor invois cukai, nombor kod kedai, tarikh pembelian dan jumlah pembelian.


Kitaorang para bloggers pun dapat join mengundi OBA 2017 ni, so berpusu-pusu memasing melayan soalan-soalan bernas dan menguji minda ni hehehhe. Tengok akak Lily pun samo gak hah, kyushuk betul

Untuk maklumat lanjut dan butir-butir berkenaan OBA dan peraduan, sila layari www.guardian.com.my.






Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com