Showing posts with label Guardian Home Makeovers. Show all posts
Showing posts with label Guardian Home Makeovers. Show all posts

Thursday, November 9, 2017

SEPULUH PELANGGAN MENANG PAKEJ HIAS SEMULA KEDIAMAN BERNILAI RM500,000 DARIPADA GUARDIAN MALAYSIA

Hi Korang,

Guardian ni selalu nau membahagiakan para pelanggannya. 

Meh baca event terkini diorang ni ek


Lima puluh peserta akhir peraduan Win a Home Makeover (WAHM) Guardian telah berentap dalam pertandingan akhir yang bercorak realiti untuk merebut pakej hias semula kediaman berjumlah RM500,000.

Di penghujung cabaran selama satu jam itu, 10 daripada mereka telah berjaya membawa pulang hadiah utama bernilai RM50,000 setiap seorang. Setiap pakej adalah beserta pengubahsuaian dalaman bagi ruang tamu, dapur dan bilik tidur utama, serta peralatan elektrik daripada Kuvings. 

Contestants trying to assemble shoe racks during the final stage of the competition.  

50 finalis tersebut telah dipilih daripada lebih satu juta penyertaan yang diterima untuk peraduan WAHM, yang diadakan bersempena sambutan ulang tahun Guardian Malaysia yang ke-50. Peraduan tersebut yang telah berlansung dari 6 Julai sehingga 7 September lalu, adalah anjuran bersama Guardian Malaysia dan Petron Malaysia. 

Pengarah Pemasaran Guardian Health And Beauty Sdn Bhd, Ms. Christina Low dalam ucapannya berkata: “Kami ingin memberikan hadiah yang bermakna kepada para pelanggan kami di atas sokongan dan kesetiaan yang mereka berikan selama 50 tahun lalu.” 

Kami merasakan pakej hias semula kediaman ini adalah hadiah yang cukup berharga, dimana ia membolehkan kami menjadi sebahagian daripada detik-detik bermakna dalam kehidupan para pelanggan kami, dengan memberikan mereka suasana kediaman yang lebih selesa. 

Christina turut berkata bahawa dengan kerjasama Petron, ia memudahkan pelanggan untuk menyertai peraduan itu. Pembelian minimum RM10 di mana-mana stor atau e-stor Guardian melayakkan mereka untuk mendapat satu penyertaan. Begitu juga dengan ahli-ahli P Miles yang mengisi petrol minimum RM10 dalam satu resit, secara automatik mereka layak untuk mendapat satu penyertaan. 

“Saya sangat gembira untuk mengatakan bahawa peraduan ini adalah sebuah kejayaan yang besar. Guardian dan Petron telah menerima lebih satu juta penyertaan dari seluruh negara dalam tempoh yang cukup singkat iaitu dua bulan!” tambah beliau. 

Ketua Perniagaan Runcit Petron, Puan Faridah Ali berkata: “Kerjasama dengan Guardian ini memberikan peluang kepada rakyat Malaysia untuk menghias semula dan memperbaharui kediaman mereka. Dalam usaha kami untuk terus menghargai sokongan pelanggan, kami kekal komited dalam menawarkan lebih nilai apabila mereka mengisi minyak di Petron. 

Menerusi program Petron Miles, kami dapat memberi lebih penjimatan, lebih ganjaran dan yang paling penting, pengalaman ‘Fuel Happy’ kepada pelanggan Guardian dan Petron,” tambah beliau. 

Mengulas tentang format bercorak realiti dalam menentukan pemenang-pemenang hadiah utama, Christina menjelaskan: “Tujuan kami adalah untuk memberikan cabaran yang seberapa sengit dan menarik mungkin, agar kesemua 50 finalis mempunyai peluang sama rata dalam merebut hadiah utama iaitu SEPULUH pakej hias semula kediaman bernilai RM50,000 setiap satu. 

Ia juga menjadi matlamat kami untuk memupuk semangat setiakawan dan kesukanan dikalangan para pelanggan di samping menjadikan ini satu momen yang akan diingati oleh semua peserta. 

Senarai Pemenang Grand Prize


TEN grand prize winners of the Guardian’s ‘Win a Home Makeover’ Contest were in seventh heaven upon receiving their prizes. Each winner took home a home makeover package worth RM50,000.

From left: Johnny Tan, Wendy Tan, Chua Boon Chuan, Mohamad Kharul Anuar,  Jeevarajah Ratnarajah, Pan Kee Ming, Norul Athirah, Melanie Elvyne, Linna Chin and Md Fairus Kamarudin.


  • CHUA BOON CHUAN 
  • JEEVARAJAH RATNARAJAH 
  • MD FAIRUS BIN KAMARUDIN 
  • MOHAMAD KHARUL ANUAR 
  • NORUL ATHIRAH BT MOHAMED ANUAR 
  • PAN KEE MING 
  • JOHNNY TAN ENG GOOI 
  • WENDY TAN SEOW WEI 
  • MELANIE ELVYNE SANTA MARIA 
  • LINNA CHIN SIEW LIN 

Untuk 40 finalis lain, mereka tidak pulang dengan tangan kosong. Sepuluh pemenang tempat pertama menerima petrol percuma untuk setahun daripada Petron, bernilai RM4,000 setiap seorang. Sepuluh pemenang tempat kedua menerima baucar Guardian bernilai RM2,000 setiap seorang dan 20 yang lain menerima mata ganjaran Petron Miles bernilai RM1,000 setiap seorang.










Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com