Showing posts with label Guardian Corporate Brand. Show all posts
Showing posts with label Guardian Corporate Brand. Show all posts

Wednesday, September 20, 2017

GUARDIAN MALAYSIA Bantu Tambah Baik 10 Rumah Kebajikan Sempena Sambutan Ulangtahun Ke-50

Hi Korang,

Guardian Malaysia, peneraju industri kesihatan dan kecantikan runcit, menjadikan ulang tahunnya yang ke-50 lebih bermakna dengan sebuah projek komuniti RM250,000 untuk mempertingkatkan pelbagai kemudahan di 1 0 buah rumah kebajikan di seluruh negara.

Mr Soren Lauridsen, CEO of Guardian Malaysia posing with residents of Pertubuhan   Kebajikan Anak Yatim Mary2

Rurnah-rumah kebajikan ini, tujuh daripadanya merupakan rumah anak-anak yatim, terletak berhampiran cawangan Guardian di pelbagai lokasi di seluruh negara. Kebanyakan daripada rumah-rumah tersebut telah memohon agar kediaman mereka dibaiki, dinaik taraf dan dibaik pulih. 

Selain daripada peruntukan RM250,000, Guardian Malaysia turut menggalakkan para pekerjanya untuk menyumbangkan masa dan tenaga secara sukarela untuk membantu dalam kerja-kerja penambahbaikan, di samping meluangkan masa menghiburkan kanak-kanak yang tinggal di situ. 

Kepimpinan melalui teladan ditunjukkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Health and Beauty Sdn Bhd (Guardian Malaysia), Mr. Soren Lauridsen. Mengetuai pasukan stor,sokongan Guardian dan stor-stor Guardian, beliau telah meiuangkan masa, membantu mengecat semula pagar, dinding dan gril di kediaman Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mary, di Setapak, Kuala Lumpur.



Selain kerja-kerja mengecat, Guardian Malaysia turut memasang alat penghawa dingin, kipas dan· jaring penghalang nyamuk untuk rumah anak yatim tersebut, yang menempatkan 55 anak yatim dan kanak- kanak daripada keluarga beribu atau bapa tunggal. 

Mr Lauridsen berkata: "Setiap tahun, apabila kami meraikan ulangtahun, kami menjadikannya satu kewajipan· untuk membantu golongan yang memerlukan. Selama bertahun-- tahun, Guardian telah menghulurkan pelbagai bentuk bantuan dan sumbangan. Selalunya dalam bentuk sumbangan kewangan, kadang-kala dalam bentuk barangan dan menerusi keseronokan dan kegembiraan. Tahun ini, o!eh kerana Guardian menyambut ulang tahun ke-50, kami membuat keputusan untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang tinggal berdekatan dengan tempat kami beroperasi." 

Leading by example, CEO Guardian Malaysia Mr Soren Lauridsen helping to repaint the roof of Pertubuhan   Kebajikan Anak Yatim Mary

Kami telah meminta pasukan kami di stor stor untuk mengesyorkan rumah-rumah kebajikan yang rnernerlukan pembaikan atau penambahbaikan di kawasan kejiranan rnereka, tetapi kekurangan dana. Kami telah memilih 10 buah rumah yang kami·rasakan sumbangan kali ini memberi perubahan bermakna untuk mereka." 

"Dengan membantu menambahbaik tempat tinggal kanak-kanak, anak-anak yatim dan warga emas ini, kami percaya kami dapat memperkasakan mereka untuk menjadi lebih yakin dan kemudiannya mampu berdiri sendiri," tambah Mr. Lauridsen.

Program hias semula amal itu telah bermula bulan lepas, dan dijadualkan untuk siap sepenuhnya penghujung November ini. Rumah-rumah kebajikan lain yang turut menerima penambahbaikan adalah:

i. Rumah Kebajikan Bakti Fayi (Kedah], ii. Chrystal Home Taiping (Perak)

iii. Pertubuhan Kebajikan Kanak-Kanak Nanthisar (Negeri Sembilan)

iv. Happiness Centre For The Mentally Disabled Children (Melaka)

v. Calvary Boys Home & Calvary Girls Home (Johor)

vi. Rapha Children's Home (Pahang)

vii. Rumah Anak-anak Yatim Salimah (Kelantan)

viii. Sabah Cheshire Home, and

ix. The Salvation Army Kuching Children's Home (Sarawak).


Sepanjang 9 tahun yang lalu, Guardian telah menyumbang sebanyak hampir RM4.5 juta kepada pelbagai jenis usaha-usaha amal dan kebajikan, dengan kecenderungan kepada golongan keluarga beribu/bapa tunggal dan rumah anak-anak yatim.










Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com



Wednesday, April 5, 2017

Produk-produk “Guardian Corporate Brand” Menawarkan Kualiti yang Diyakini Pada Harga yang Digemari Pengguna

Hi Korang,


Gedung farmasi yang juga peruncit barangan kesihatan dan kecantikan terbesar Malaysia, Guardian, kini menawarkan pengguna dengan kualiti yang diyakini pada harga digemari menerusi penambahbaikan produk-produk di bawah jenama “Guardian Corporate Brand”. 

Guardian Malaysia mempunyai lebih 420 buah cawangan dan memberi khidmat kepada lebih 3 juta pelanggan setiap bulan. 

Produk keluaran Guardian

Guardian mempunyai hampir 500 SKU ‘house brand’, atau “corporate brand” produk yang boleh didapati secara eksklusif di cawangan-cawangan Guardian di seluruh negara. Produk jenama Guardian ini merangkumi setiap aspek kehidupan daripada kelahiran, bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa, keluarga dan warga emas. 

Produk ‘Guardian Corporate Brand’ menjadi pilihan para pengguna di seluruh rantau ini, termasuklah Malaysia. Ia menyumbang secara besaran ke atas jumlah jualan keseluruhan Guardian kerana kualiti, tahap keselamatan yang tinggi serta memberi ketenangan minda dan nilai kepada para pengguna. 


Produk-produk ‘Guardian Corporate Brand’ perlu mematuhi peraturan yang ketat di semua negara di mana ia dijual. Sekali gus memberi lebih keyakinan kepada pengguna terhadap kualitinya. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Guardian Health & Beauty Sdn Bhd, Encik Soren Lauridsen, “Ketika memformulasikan produk-produk ini, Guardian memilih kandungan bahan yang selamat dan berkualiti tinggi dengan penuh teliti. Semua label yang dinyatakan itu disahkan melalui dokumen-dokumen sokongan demi memastikan kami dapat menawarkan produk yang selamat, telah diuji sebaiknya, terbukti dan memenuhi ciri-ciri yang dimahukan oleh pengguna. Selain mematuhi peraturan setiap badan berkaitan di semua negara di mana kami beroperasi.” 

Jelas Encik Lauridsen lagi, jaminan terhadap kualiti dengan harga yang berpatutan sememangnya sesuai dengan peningkatan kos sara hidup di Malaysia. 

“Kami memahami kebimbangan pengguna tentang kenaikan kos sara hidup. Memandangkan jenama korporat ini dibangunkan dan dihasilkan sepenuhnya untuk Guardian, maka kami mampu mengekalkan kualitinya. Pada masa yang sama harga yang ditawarkan adalah mampu milik kerana ia dihasilkan dalam jumlah yang banyak. Komitmen terhadap kualiti dan melepasi piawaian yang ditetapkan dari segi keselamatan, kandungan dan proses membuatkan pengguna sangat menghargai produk-produk ‘Guardian Corporate Brand’. Ini kerana produk tersebut menawarkan kualiti yang boleh dipercayai pada harga yang mereka gemari,” kata Encik Lauridsen. 

Menurut Pengarah Jenama Korporat, Kesihatan & Kecantikan, The Dairy Farm Company, Puan Segolene Defline, langkah berani Guardian untuk mengutamakan produk-produk jenama korporatnya dijangka mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada pengguna. Ini kerana ia menawarkan aspek terbaik dalam produk-produk klasik dan trend baru di seluruh rantau ini untuk semua peringkat umur serta kategori produk. 


“Apabila membangunkan produk-produk ‘Guardian Corporate Brand’, kami sentiasa mempertimbangkan keperluan para pengguna. Pada masa yang sama peka dengan trend kesihatan dan kecantikan global. Produk-produk kami dibangunkan dengan mengambil kira apakah trend seterusnya dalam industri kesihatan dan kecantikan. Jadi, pengguna akan sentiasa mempunyai produk-produk yang selari dengan trend terkini dari segi kandungan, material, teknologi dan inovasinya. “Semua ini kemudian digabungkan dengan komitmen kami terhadap aspek jaminan kualiti, ujian dermatologi dan jaminan pulangan semula wang. Sebab itulah kenapa pengguna terus mendapatkan produk-produk jenama korporat Guardian,” kata Puan Defline. 

Guardian bekerjasama dengan para pengeluar terkemuka dan menggunakan formulasi inovatif dalam semua bentuk pembangunan serta pengilangan produk jenama korporatnya. 

Semua produk penjagaan kulit dan badan Guardian telah diuji secara dermatologi. Ia terbukti mempunyai kualiti terbaik untuk memberi penjagaan dan keyakinan kepada para penggunanya. 

Menurut Ketua Jaminan Kualiti, Jenama Korporat, Kesihatan & Kecantikan, The Dairy Farm Group, Cik Sarol Lin, Guardian telah membangunkan sistem pengurusan Tiga Langkah Kualiti demi memastikan semua produk jenama korporatnya dapat menawarkan kecemerlangan, keselamatan, kualiti serta mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. 

“Semua pembekal mesti melepasi audit kilang profesional pihak ketiga sebelum mendapat kelulusan untuk mengeluarkan produk Guardian. Pemeriksaan kualiti dan keselamatan mandatori akan dijalankan sebelum produk dipasarkan. Akhir sekali, semua pembekal akan dipantau menerusi audit kilang pihak ketiga secara berterusan. Pemeriksaan dan pengawasan akan dijalankan ke atas produk-produk di kedai bagi memastikan ia konsisten serta selamat,” jelas Cik Lin.


Pakar Residen Perubatan Kulit di Life Care Diagnostic Medical Centre, Dr. Sharon Gopalan, memberitahu tentang ketenangan minda yang boleh ditawarkan oleh produk yang telah diuji dan terbukti secara dermatologi untuk orang ramai. 

“Apabila satu-satu produk itu telah diuji dan terbukti secara dermatologi, ia bermakna ujian tampal telah dijalankan ke atas kulit manusia tanpa sebarang masalah keradangan atau tindak balas yang negatif. Produk yang boleh digunakan tanpa masalah merupakan pilihan lebih selamat, terutama apabila mencuba produk baharu,” kata Dr. Sharon.

“Para pengguna perlu sedar tentang jenis dan kondisi kulit mereka sebelum menggunakan mana-mana produk. Jenis dan kondisi kulit boleh berubah mengikut usia, hormon, diet dan banyak faktor lain. Produk yang sesuai digunakan sebelum ini mungkin tidak lagi sesuai pada peringkat usia berbeza,” tambahnya. 

Jenama gergasi produk kesihatan dan kecantikan ini turut memperkenalkan pelekat “Recommended by The Toughest Users” sebagai satu bentuk kempen yang membuktikan penambahbaikan terhadap hampir 500 produk SKU ‘Guardian Corporate Brand’. Ia merangkumi produk-produk Bayi & Kanak-kanak, Mandian & Badan, Kertas, Kapas & Wipes, ‘Oral’ & Pisau Cukur, ‘Mask’ Muka dan kategori produk kesihatan. 

Pelekat itu menunjukkan bahawa semua produk “Guardian Corporate Brand” telah menjalani tiga langkah jaminan kualiti Guardian. Di samping jaminan ketenangan minda kerana rangkaian produk terpilih itu sudahpun diuji dan terbukti dari segi dermatologi. Semua produk “Guardian Corporate Brand” hadir bersama jaminan pulangan semula wang yang jelas membuktikan keyakinan Guardian terhadap kualiti dan keselamatan produknya mampu memenuhi kepuasan pengguna. 


Guardian akan menganjurkan kempen “Recommended by The Toughest Users” yang memberi manfaat kepada tiga profail penggunanya. Mereka terdiri daripada wanita bujang yang mempunyai citarasa tersendiri, para ibu yang bergaya dan mementingkan kualiti serta golongan lelaki yang menitikberatkan penampilan mereka. Kunjungi cawangan Guardian berhampiran anda dan dapatkan katalog bulan April untuk mengetahui perincian promosi ini.