Showing posts with label Grandmama's outlet. Show all posts
Showing posts with label Grandmama's outlet. Show all posts

Monday, May 11, 2020

Berbuka Puasa di Grandmama's Pavilion Di Musim PKP Ni

Hi Korang, 

Dah nama pun musim PKP kan so payahlah nak keluar ke mana-mana. 

Tapi di sebabkan pihak kerajaan sudah menukar dari PKP ke PKPB so dapatkan restoran dan beberapa tempat makan dibuka mostly untuk take away dan delivery service jer. 

nampak standby mask jer all the time

Kebetulan minggu lepas kak lily ada kerja di KL area Pavilion dan almost time berbuka dah masa tuh so ktorang plan nak take way saja, and then ternampak plak restoran Grandmama’s ni buka untuk dine in so apa lagi singgah makan sahajalah di sini. 

Bagaimanapun restoran Grandmama’s ni mengikut peraturan yang telah di tetapkan seperti mengambil suhu badan, sediakan hand sanitizer serta ada penjarakkan sosial di antara satu pelanggan dengan pelanggan yang lain, ermm barulah rasa selamat nak berbuka puasa di sini. 

Sepanjang bulan Ramadan ini, Restoran Grandmama’s menyediakan beberapa hidangan set menu untuk berbuka puasa. So tak delah korang pening nak pilih yang mana satu nak makan, biasalah decision yang lambat menyebabkan kita semua meroyan kelaparan ni bila tengok meja lain semua makanan dah terhidang tapi kita duk memilih menu lagi ye. 


Hah amik ko, banyak betul pilihan set berbuka puasa di Grandmama’s ni kan. Ni kak lily tunjukkan korang set hidangan #SafeAtHome yang kak lily order hari tuh. 


#SafeAtHome Untuk 3-4 orang

Kerabu Buah-buahan Muda
Seafood Curry Hot Pot
Deep-Fried Malay Spice Chicken
Stir-Fried Vegetables with Sambal Belacan
Nasi Putih
Kurma
Chilled Melon & Sago
Kuih Muih Tradisional

minuman panas ada sejuk pun ada

kuih-muih dan kurma

Ok kalau korang rasa tak cukup makanan-makanan di dalam set menu tuh korang boleh jugak order ala-carte ye. Ada beberapa menu yang boleh di order secara ala carte jugak.

Seafood Curry Hot Pot

Kerabu Buah-buahan Muda

Ayam goreng berempah

sayur goreng dengan belacan

Syiok kan!! 

Itulah kak lily pun rasa, jangan makan macam nak rak sampai balik tak boleh nak jalan ye awassss 

Promosi untuk buka puasa di Restoran Grandmama's ini di sepanjang bulan Ramadhan ini. Tapi ingat promosi ini hanya ada di dua cawangan restoran ini iaitu di Pavilion KL dan Intermark Mall 

Bagi outlet di KLIA dan Genting Highlands, Grandmama’s menyediakan hidangan Individual Set. 

So tunggu apa lagi kalau nak cari buka puasa yang berbeza dengan tempat lain boleh cuba sini Maha rekmenkan pada korang. Selamat menjamu selera semua. 

Jom kita ke: 


Grandmama's Pavilion KL 
Lot 6.01.02, Level 6, 
Pavilion Kuala Lumpur 
Tel: 03 – 2143 9333 


Outlet Grandmama's yang Lain:-
 
G-12, The Intermark Mall, 348, Jalan Tun Razak, 50400. Kuala Lumpur 

Lot a, Mezzanine Level, South Wing, Satelite Building, KLIA, 64000 Sepang, Selangor. 

Lot T2-06, Level 1, Sky Avenue, Genting Highlands, 69000, Pahang


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Laman web : 

Facebook : 

Instagram : 



#safeathome
#shareathome
#saviourathome
#grandmamaspavilion










Friday, May 3, 2019

Berbuka Puasa di Grandmama's Pavilion

Hi Korang,


Dah fikir dah kat mana nak berbuka puasa dengan kengkawan ke yang tersayang ke kan? Normally 2-3 hari di minggu pertama ni kurang sket orang nak berbuka puasa di luar mostly berbuka di rumah dengan family je.

Kebiasaanya korang suka berbuka dengan menu apa? 

Macam kak lily of courselah nasi kita kat orang melayu. Kalau satu hari tak makan nasi memang tak sah hehehhehe. Sedapnya pekena nasi panas-panas dengan lauk-lauk kampung kan, kira macam our comfort food gituh lah kan. 

kalau pasal makan je, meh ajak diaorang ni sekali confirm licin semuanya

Kalau di hotel korang boleh makan semua jenis makanan yelah buffet spread namanya kan, tapi kalau korang nak specific menu je agak payah jugak nak cari di hotel ni. Jadi kak lily suggestkan korang ke Restoran Grandmama’s ni. 

Sepanjang bulan Ramadan ini, Restoran Grandmama’s menyediakan beberapa hidangan set menu untuk berbuka puasa. So tak delah korang pening nak pilih yang mana satu nak makan, biasalah decision yang lambat menyebabkan kita semua meroyan kelaparan ni bila tengok meja lain semua makanan dah terhidang tapi kita duk memilih menu lagi ye.


Hah amik ko, banyak betul pilihan set berbuka puasa di Grandmama’s ni kan. Ni kak lily tunjukkan korang 2 set hidangan yang kak lily dapat rasa hari tuh 

Set B 
RM168.00++ (4-5 orang) 

Kerabu Mangga dan Betik Muda 
Fish Head Curry Hot Pot 
Lamb Shank Gulai Kawah 
Crispy Butter Prawns 
Ayam Masak Merah ala Kampung 
Stir-Fried Mixed Vegetables 
Steamed Rice 
Kurma Dates 
Traditional Kuih 

Set C 
RM288.00++ (6-8 orang) 

Kerabu Mangga dan Betik Muda 
Seafood Curry Hot Pot 
Grandmama’s Ikan Cencaru Sumbat Sambal 
Sambal Petai Prawns 
Ayam Masak Merah ala Kampung 
Golden Crispy Chicken with Black Bean Ginger Sauce 
Braised Egg Beancurd with Minced Meat 
Paku with Sambal Belacan 
Steamed Rice 
Kurma Dates 
Traditional Kuih 

Amboi memasing puas betul makan kan, yelah menu-menu kampung yang bakal menambah selera korang untuk berbuka kan. 

gambar sebelum makan mestilah comey-comey je kan

sedap gak pekena air kelapa masa berbuka puasa kan

tengoklah di sudu-sudu nya kuah kari tuh kan


Ok kalau korang rasa tak cukup makanan-makanan di dalam set menu tuh korang boleh jugak order ala-carte ye. Ada beberapa menu yang boleh di order secara ala carte jugak. 


Kerabu Manggadan Betik Muda RM12.00++ 
Grandmama’s Ikan Cencaru Sumbat Sambal RM23.00++ 
Ayam Masak Merah ala Kampung RM29.00++ 
Golden Crispy Chicken with Black Bean Ginger Sauce RM29.00++ 
Lamb Shank Gulai Kawah RM39.00++ 
Crispy Butter Prawns RM45.00++ 
Seabass Masak Tempoyak RM78.00++ 


Ayam Masak Merah ala Kampung

Lamb Shank Gulai Kawah

Grandmama’s Ikan Cencaru Sumbat Sambal

Seabass Masak Tempoyak

Syiok kan!! 

Itulah kak lily pun rasa, jangan makan macam nak rak sampai balik tak boleh nak jalan ye awassss 

Promosi untuk buka puasa di Restoran Grandmama's ini akan bermula dari 6 Mei hingga 4 Jun 2019 sepanjang bulan Ramadhan ini. Tapi ingat promosi ini hanya ada di dua cawangan restoran ini iaitu di Pavilion KL dan Intermark Mall (Set B, Set C dan Ala Carte Dishes - Ayam Masak Merah Ala Kampung, Seabass Masak Tempoyak dan Lamb Shank Gulai Kawah) sahaja ok.


Bagi outlet di KLIA dan Genting Highlands, Grandmama’s menyediakan hidangan Individual Set. 


So tunggu apa lagi kalau nak cari buka puasa yang berbeza dengan tempat lain boleh cuba sini Maha rekmenkan pada korang. Selamat menjamu selera semua. 


Jom kita ke:

Grandmama's Pavilion KL 
Lot 6.01.02, Level 6, 
Pavilion Kuala Lumpur
Tel: 03 – 2143 9333 


Outlet Grandmama's yang Lain

G-12, The Intermark Mall, 348, Jalan Tun Razak, 50400. Kuala Lumpur

Lot a, Mezzanine Level, South Wing, Satelite Building, KLIA, 64000 Sepang, Selangor.

Lot T2-06, Level 1, Sky Avenue, Genting Highlands, 69000, Pahang.



Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Laman web : 

Facebook : 

Instagram :