Showing posts with label Go Shop. Show all posts
Showing posts with label Go Shop. Show all posts

Wednesday, January 9, 2019

Dato' Sri Siti Nurhaliza umum peraduan eksklusif untuk pelanggan Go Shop menangi tiket konsert di Kuala Lumpur

Hi Korang,

Dato' Sri Siti Nurhaliza tampil mengendalikan program siaran langsung Go Shop selama 2 jam (saluran 118/ saluran 120), Astro Ria (saluran 104), Astro Ria HD (saluran 123) dan HELLO (saluran 110) untuk melancarkan koleksi peralatan memasak ‘Vantage’ secara eksklusif kepada pelanggan Astro pada 6 Januari di Astro Bukit Jalil. 

Dato' Sri Siti Nurhaliza ketika mempromosikan peralatan memasak Vantage

Program siaran langsung tersebut dihadiri oleh 100 pemenang bertuah yang membuat tempahan awal produk ‘Vantage’ edisi khas di Go Shop sepanjang bulan Disember 2018. Semasa program berlangsung, Dato’ Sri Siti Nurhaliza turut menghiburkan pemenang bertuah dengan membuat persembahan tiga lagu kegemarannya yang berjudul ‘Bukan Cinta Biasa’, ‘Si Comel Pipi Merah’ dan ‘Anta Permana’. 

Menariknya lagi, ia merupakan program konsert siaran langsung sambil memasak yang pertama disiarkan yang mana pada masa yang sama turut berjaya merekodkan penjualan produk tertinggi di Go Shop sepanjang 2 jam masa bersiaran! Jualan tersebut melebihi 7 kali ganda jumlah sasaran awal yang ditetapkan! 

Dato' Sri Siti Nurhaliza mempersembahkan tiga buah lagi di showcase istimewa bersama Go Shop

Di samping itu, Dato' Sri Siti Nurhaliza turut mempamerkan bakat memasak yang luar biasa dengan menyediakan hidangan kegemarannya seperti ‘Ayam Masak Ros’, ‘Patin Masak Tempoyak’ dan ‘Laksa Pahang’ dengan menggunakan produk edisi khas jenama ‘Vantage’. Terdapat pelbagai peralatan memasak ‘Vantage’ edisi terhad Dato' Sri Siti Nurhaliza yang mampu dimiliki, memenuhi semua keperluan memasak untuk seisi keluarga yang turut dilengkapi dengan nama dan tandatangan Dato' Sri Siti Nurhaliza dalam ukiran laser. 

Untuk menambah kegembiraan penonton, beliau juga mengumumkan peraduan eksklusif kepada pelanggan Go Shop untuk memenangi tiket konsert ‘Dato' Sri Siti Nurhaliza On Tour’ pada 16 Mac 2019 di Axiata Arena, Kuala Lumpur. 

Dato' Sri Siti Nurhaliza menyediakan masakan kegemaran beliau sambil diperhatikan oleh Chef Kamarul

Bagaimana untuk menyertai pertandingan Go Shop Dato' Sri Siti Nurhaliza On Tour? 

1) Pelanggan Go Shop boleh membeli produk ‘Vantage’ edisi khas dari 10 Dis 2018 - 17 Feb 2019. 

2) Jadilah 3 pembeli tertinggi untuk memenangi sepasang tiket Platinum yang bernilai RM 710.00 ke konsert Dato’ Sri Siti Nurhaliza On Tour. 

3) Pemenang akan diumumkan pada 8 Mac 2019.

Untuk maklumat lanjut tentang peraduan, sila layari: bit.ly/DSCTxConcert

Dato' Sri Siti Nurhaliza ditemui di sesi showcase istimewa bersama Go Shop

Program siaran langsung Dato' Sri Siti Nurhaliza selama 2 jam turut memperkenalkan 3 set Alat Memasak Tahan Lekat Edisi Terhad. Produk tersebut adalah ‘Vantage Siti Jumbo Pot’, ‘Vantage Siti Magic Pan’ dan ‘Vantage 3 in 1 Cookware’ yang diukir nama dan tandatangan Dato 'Sri Siti Nurhaliza dengan laser. Produk ini boleh didapati secara eksklusif di Go Shop dengan harga yang sangat murah beserta hadiah percuma bernilai sehingga RM 270.00 bagi sebarang pembelian produk terpilih. 

Koleksi khas ini hanya tersedia untuk masa yang terhad. Jangan terlepas tawaran eksklusif oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Go Shop ini. Pelanggan boleh membeli dan menerima potongan 5% dengan melayari www.goshop.com.my atau hubungi kami di talian bebas tol 1800-82-0088 (24 jam) untuk membuat pesanan. Penonton yang terlepas siaran langsung ini boleh menontonnya di laman Facebook Go Shop. 


Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 

Website :

Facebook : 

Twitter :

Instagram : 


Saturday, April 4, 2015

Meh Shopping Di ASTRO Go Shop

Hi Korang,

Berita baik untuk kai shopping online tau..

Meh baca ni..

Go Shop, satu-satunya perkhidmatan membeli-belah 24 jam terbaharu di Astro TV (Saluran 118), Astro On The Go dan platform dalam talian serta mudah alih mengumumkan tawaran promosi untuk pertama kali sejak pelancarannya awal tahun ini. Bagi menghargai sokongan yang diberikan oleh rakyat Malaysia, Promosi Istimewa April memberi peluang kepada para pelanggan untuk menikmati potongan harga daripada pembelian di rangkaian Go Shop.


Dengan Promosi Istimewa April (tertakluk pada Syarat dan Peraturan yang tertera di www.goshop.com.my), pelanggan Go Shop yang membeli-belah dari 1hb hingga 15hb April 2015 akan menerima potongan 10% dalam bentuk e-baucar untuk pembelian mereka yang akan datang. E-baucar ini boleh digunakan untuk sebarang pembelian dari 1hb hingga 31hb Mei sama ada melalui Saluran 118 Astro, Astro On The Go, laman sesawang dan mudah alih www.goshop.com.my Ini merupakan julung kali Go Shop mengadakan promosi jualan, sejak destinasi beli-belah pelbagai platform ini mula dibuka kepada orang ramai. 


Go Shop secara rasminya melancarkan perkhidmatan beli belah menerusi TV, Astro On The Go dan laman sesawang serta mudah alih pada 30hb Januari 2015. Walaupun baru beroperasi selama tiga bulan, Go Shop telahpun berjaya menarik lebih 75,000 pelanggan dan mencatatkan jualan lebih daripada 120,000 produk pada penghujung Januari lalu.


Selain promosi jualan pertama yang bermula Rabu ini, Go Shop juga merancang memperkenalkan 10 produk baru sepanjang bulan April. Dari kategori Kehidupan, tiga barangan baru yang akan ditawarkan adalah set Strom Color Frying Pan, Sunrise Wide Container dan Locksy Vacuum Food Container manakala kategori Digital dan Elektronik pula menawarkan Philips Shaver dan Philips Air Purifier. Lagi produk baru yang ditawarkan April ini adalah Lexpa Shake n Shape dan Intex Air Matress (Sukan dan Istirahat); Laneige Whitening Essence dan Richena Hair Dying (Kecantikan); serta Alpha Brick Blockpia (Kanak-Kanak dan Bayi).

Pelanggan Go Shop boleh memilih daripada 80 produk yang ditawarkan, dengan tambahan 10 produk lagi yang terdapat eksklusif di platform dalam talian dan mudah alih. Dari barangan elektrik, perkakasan rumah, peralatan dapur sehinggalah aksesori fesyen dan produk kosmetik – semuanya membawakan gaya, reka bentuk dan teknologi terkini. Produk baharu daripada jenama premium tempatan dan antarabangsa, diperkenalkan dari semasa ke semasa.


Para pelanggan boleh membuat panggilan menerusi talian bebas tol 24 jam Go Shop di 1800-82-0088 atau layari http://www.goshop.com.my untuk membuat tempahan produk.

Masa penghantaran adalah antara dua hingga enam hari bekerja di seluruh negara dan pelbagai pilihan pembayaran tersedia termasuk kad kredit dan kad debit keluaran tempatan, Pelan Pembayaran Mudah, pemindahan melalui bank secara dalam talian dan bayaran tunai semasa penghantaran.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.goshop.com.my