Showing posts with label Geng Alza. Show all posts
Showing posts with label Geng Alza. Show all posts

Tuesday, December 23, 2014

Cantik Betul Taman Agro Teknologi MARDI, Cameron Highlands ni.

Hi Korang,


Sambung balik citer outing ktorang ke Cameron Highlands dengan geng Alza hari tuh. 


Di sebabkan one of the DL untuk Cameron team tu someone kat MARDI ni so ktorang pun dapat lah ke sana. Pergi ramai kan so dapatlah masuk FREE hehehhe ishk jangan bagitau orang lain ek.


Malas nak citer banyak, aku letak gambar jelah kan.

Best sket korang cuti mata bila baca entry ni nanti.


tempat jualan hasil strawberry

sedap ice cream strawberry ni

tengok tuh

ladang strawberry ni

Ni kat Taman Herba plak


geram tengok tomato ni la

bini yang suruh amik gambo tomato ni











Bukan apa, at least dapatlah anak-anak kenal pokok-pokok yang ada. Eh bukan anak-anak je, mak bapak pun dapat kenal-kenal jugak. Aku duk usha pokok-pokok herba omputih ni. Tak de jual plak, kalau ade terus sambar sepokok dua kan .




baru nampak muka aku kan..

Eh ada banyak tempat lagi dalam Taman MARDI ni, tapi ktorang tak larat nak layan so ini jelah yang ado ek. Nanti korang bolehlah ke mari ek kalau bercuti di Cameron Highlands. 

senang nak refer dengan adanya map ni


sejuk betul time ni, tapi ktorang kan lemak tebal so its ok


MARDI Cameron Highlands,
Tanah Rata.
05-4911 255 / 5945

MASA OPERASI:
Isnin - Khamis
8.00 pg - 12.45 tghr, 2.00 ptg - 5.00 ptg

Jumaat
8.00 pg - 12.45 tghr, 2.30 ptg - 5.00 ptg

Sabtu & Ahad
8.00 pg - 5.00 ptg

Bayaran Masuk:
Dewasa : RM5.00
Kanak-kanak : Rm3.00

Memang seronok masuk melawat ke Taman Agro ni, tak caya jom la pi..

Sebenarnya banyak lagi gambar tapi kat camera Mr Big.. ermm mencikk sungguh bila terlupa nak transfer lah.



Tuesday, December 16, 2014

Semalam Di Neeza Chalet, Cameron Highlands

Hi Korang,

Banyak plak citer pasal konvoi Alza Cameron Highlands aku ni.

Padahal perginya sekejapnya, citer berjela-jela hendaknya.

Disebabkan ktorang pi sana secara konvoi agak susahlah nak booked satu bangunan hotel. Yelah ko 60 biji kereta Alza tuh. So Kajang Crew ni pilih untuk duduk chalet biasa-biasa saje, yang menyenangkan ktorang jugak lah.


Ktorang di bahagikan kepada 3 group ikut zon masing-masing, Mr Big team Kajang tapi dia nampak team Seri Kembangan cam tak ramai orang dia join lah sekali, jadinya ktorang dapatlah Neeza Chalet ni.



Neeza Chalet ni terletak di dalam Kg Taman Sedia dekat Tanah Rata.


Memang betul-betul kawasan perkampungan tapi rumah besar-besar ek. Rasanya sebahagian penduduk mengusahakan ladang strawberry. Ktorang pi ladang strawberry senang sangat, jalan sampai depan terus dah nampak banyak giler ladang strawberry.

Chalet ni tak delah bertaraf 5 bintang pun, but sangat selesa dan luas.


Tengok ni, ktorang berdua ni dapat bilik yang ada 1 katil queen dan 1 katil single. Bilik besar sampai Mr Big cakap main kejar-kejar dalam bilik pun boleh. 


Cukuplah ada tv comel janji ada siaran tv kan. Cuma ada kipas dinding sahaja but no air-con. Sebab apa, wei sejuklah Cameron Highland. Bila kat luar memang tak rasa sejuk, masuk je dalam bilik menggigil wei.



Selain daripada tuh, ada kemudahan lain seperti tempat BBQ, laman berehat, dapur untuk masak, fridge pun hado. Kira macam duduk kat umah semua ada. Mereka menyediakan satu ruang dapur yg lengkap ngan perkakasnya, siap gula, milo, susu pun ada. Kalau nak masak utensil semua lengkap tinggal nak beli barang untuk di masak je. Alah pasar malam Brichang kan dekat

Bebudak Alza ni, pagi nak balik tu siap masak sardine lagi makan-makan kan.


Tak silap aku harga untuk bilik 2-3 orang dalam RM120 dan harga bilik untuk 4-5 orang dalam RM160. Agaknya kalau booking banyak bilik boleh diskaun kot. Aku pun tak sure sebab ktorang bayar lumpsum RM250 pada Alza Committee sebab termasuk dengan BBQ dinner dan t-shirt event kan. Kira murah lah tu kan

Ok korang boleh check it out pasal Neeza Chalet ni di https://www.facebook.com/pages/Neeza-Chalet/373490592709586?fref=ts

Ini alamatnya,

Neeza Chalet
No 45
Kg Taman Sedia
Tanah Rata
Cameron Highlands
Telefon : 012 – 2677287 dan 05-4911932

Ok itu je.

Don't worry, kat atas ni tak hujan berpanjangan pun masa aku kat sana. Hujan sekejap-sekejap je, pagi plak cantik je cuacanya.

Selamat memetik strawberry...


Thursday, December 11, 2014

Sayangi Kereta Anda | Gambar Jalan Laluan Tapah Ke Cameron Highlands

Hi Korang,

Nak share sket untuk Segmen sayangi kereta anda ni.

Citer pasal bercuti di Cameron Highlands ni memang tak habis lagi. 

Tapi kali ni nak tunjuk gambar jelah, malas nak tulis pepanjanglah. Tengok jelah ek.

Ktorang ikut jalan dari Tapah naik ke Cameron Highland sebab malas nak ikut Simpang Pulai, rasa jauh plak bebudak Alza ni kata. 

Ok layankan je lah.

jalan kampung so 2 lane jelah 


start mendaki

takut wei time ni, selisih dengan kepala gajah

eh sampai Lata Iskandar dah

sempat ambil gambar air terjun kan

bayangkan jalan kecil boleh nak berniaga lagi

kepala gajah lagi

kawasan rumah orang asli

orang asli tengah tadah air bukit

empangan sebelum sampai Ringlet, coklat airnya

sejuk je mata kan



gerai tu tempat orang asli berniaga

nampak pokok tumbang, bahaya tuh

anak-anak orang asli baru nak main bola


Hah, gitulah gamaknya kan.

Nampak cam eloknya je jalan tapi bila dah lalu ermm seram sejuk dibuatnya sungguh. Nasib baik reramai kalau tak takut oit..

Korang yang nak cuba lalu ikut jalan Tapah ni, meh baca tips memandu di tanah tinggi ni ek. Korang klik je kat ENTRY NI ek.

ok selamat memandu ye..