Aku rasa nak tunjukkan korang gambar jelah dulu masa aku pi Super GT last week. Rasanya gambar boleh bagitau korang apa yang menarik kat Super GT tu kan.
Meh lah tengok
Hah, betul tak aku kata mencuci mata. Memang pun, orang lelaki memang suka lah kan. Siap ada photographer tuh amik gambar bukan main banyak shot lagi untuk satu angle.
Mr Big pun sama gak, suka amik gambar2 awek hot ni. Ini sket je aku letak. Actually ada banyak lagi sebenarnya, dari 25 shot gadis litar hot ni dia amik kan.
Jangan fikir bukan-bukan ye. Ishkk ke situ plak kan
Dah layan je
CLP notes : Aku tau korang mesti suka gambo yang last tu kan... kahkahakhak
Mesti korang lambat tangkap sket pasal SUPER GT 2012 ni kan. Meh check it out entry aku sebelum ni. Hah klik kat sini.
Ye SUPER GT 2012 Pusingan Ke 3 sudah makin hampir. Aku dah siap buat count down, lagi 15 hari untuk ke perlumbaan yang paling menarik dan hebat ni. Macam aku dah cakap Super GT 2012 Pusingan Ke 3 kat Malaysia ni merupakan hanya satu pusingan yang di adakan di luar Jepun. Mana tak best kan?. Aku dah siap tanda kat calendar opis aku ni tarikh keramat ni 9hb dan 10hb Jun 2012.
Tahun ni merupakan tahun kedua aku menghadiri Super GT di Malaysia ni. Sebelum ni its more tu peminat sukan bermotor je kan but tahun lepas JPM Motorsports ambil alih ianya lagi menyeronokkan kerana ada acara untuk sessi keluarga tak kira tua, muda, remaja dan anak-anak kecil pun ada jugak tau. Aku masih ingat lagi ada konsert, parti Velocity, pameran kereta klasik, banyak bazaar, stall-stall yang jual makanan dan minuman dan of course car racing kan.
Tahun nie, SUPER GT 2012 ini menjanjikan pelbagai acara yang lebih menarik lagi. Peminat sukan bermotor ni boleh menjamu mata mereka kepada kereta GT300 dan GT500 sambil diiringi oleh gadis-gadis litar yang awesome ooo meleleh air liur beb!
Akan ada juga nanti pameran kereta termasuk dapat cuba test drive sekali, di antaranya Ferrari, Maserati, Porsche, Alfa Romeo, BMW, Ford dan ada jugak Land Rover bagi pencinta kereta 4x4 ini. Bukan itu je, pemilik kereta persendirian ini akan membawa beberapa kereta yang jarang di temui termasukkan Murcielago Lamborghini LP670-4, Lamborghini Aventador LP700-4, Morgan Aero Super Sport, replika Ford GT40 dan banyak lagi. Eh tak ketinggalan juga pada Ducati dan Harley Davidson akan membawa motorsikal terbaik mereka untuk dipamerkan.
Macam tahun lepas, ktorg termasuk geng peminat sukan bermotor ni berjaya mencapai Malaysia Book of Records dengan 405 kereta Super dan kereta pameran berkumpul di SIC. Tahun ni plak penganjur Super GT akan cuba untuk merekodkan sekali lagi di Malaysia Book of Records edisi ke 2 perhimpunan kereta terbesar. Korang akan tengok pelbagai kereta SUPER GT seperti Lexus SC430, Honda NSX, Nissan GTR dan Mazda RX7.
Bagi ahli keluarga yang lelain janganlah bersedih wokeh. Ada acara special untuk korang gak, seperti:
Akihabara Town
Ianya macam ala-ala salah satu Bandar di Jepun yang penuh dengan segala mak neka gadget yang berteknologi terkini. Korang yang kaki gadget haruslah tak nak lepaskan peluangkan, dapatlah korang gadget2 yang korang minat dengan harga yang berpatutan lah. Takde lah pakai duit Yen Jepun kan.
Playstion Gran Turismo 5 Super
Kat sini plak aka nada kejohanan akhir Playstation Gran Turismo GT yang mana pemenang akan mewaklili Malaysia untuk bersaing dengan 5 finalis lain dari Hong Kong, Korea, Singapura, Thailand dan Indonesia untuk merebut gelaran ‘Asia Terpantas’
Demontrasi BMX
Mestilah basikal tak kan kereta plak, bubudak remaja mestilah suka kan pasal basikal-basikal ni.
SUPER GT QUEEN SEARCH 2012
Hah, mamat2 bolehlah usha awek-awek litar yang bawak payng tu kan. Cantik-cantik dan hot-hot mereka semua ni.
Pertandingan Tarian
Ye, 40 pasukan tarian dari pelbagai kolej di Lembah Klang dan Pulau Pinang akan mempamerkan koreografi tarian ciptaan mereka sendiri.
Konsert
Of courselah, nie yang aku tunggu-tunggu kan. Konsert ok. Dengar-dengar Back Street Boys nak datang ke SUPER GT ni. Hah, biar betul! Eh favourite band aku tu dulu time sekolah-sekolah kan.
Kids Playland
Untuk kanak-kanak lah, diorg pun nak join jugak time cuti sekolah ni kan. Kira ibu bapa tak perlu risau lah takut anak-anak ni boring kan.
Tengok Hannah Tan pun teruja nak pi tengok SUPER GT lah
SUPER GT memang event untuk semua lapisan masyarakat, semua orang boleh menikmatinya.
Korang suka lah tu kan, sibuk tanya nak tanya aku beli tiket kat mana betul tak?
Tiket Grandstand berharga RM100 satu dan ia di datangkan dengan sekeping Touch N Go card dan boleh dibeli secara online di www.ticketcharge.com.my dan www.supergt.com.my atau pun di mana-mana roadshow SUPER GT ini. Kanak-kanak bawah 12 tahun percuma ye. Untuk nak senangkan korang, akan ada perkhidmatan Skybus dari KL Sentral ke tapak litar di Sepang. Informasi boleh didapati di www.supergt.com.my.
Kaki photographer plak, kalau nak rasa nak ambil gambar di pit action, boleh dapatkan pit walk pass ber harga RM100 je. Untuk yang nak ambil gambar di race track tu plak boleh dapatkan Photographers Pass RM500 each je.