Showing posts with label GSC Mid Valley. Show all posts
Showing posts with label GSC Mid Valley. Show all posts

Thursday, April 12, 2012

Premiere Screening Of 'BATTLESHIP'

Hi Korang,

Dapat jugak aku pi tengok premier screening 'Battleship' ni kat Mid Valley hari tuh. Walaupun time tu anta komen lagi few hours nak tutup kan. Thks to ChurpChurp ye.

Tak ramai yang aku jumpa pun, cuma jumpa YanaYasin, Bella, Anne, Nissa, Issac ermm itu je. Yang lelain tu aku tak berape nak kenal lah. Maklumlah sapo lah den kan huahauhauhauahuah


Sudah meh layan sinopsis filem 'Battleship' nie

Peter Berg (Hancock) produces and directs Battleship, an epic-scaled action-adventure that unfolds across the seas, in the skies and over land as our planet fights for survival against a superior force. Inspired by Hasbro’s classic naval combat game, 


Battleship stars Taylor Kitsch as Lt. Alex Hopper, a Naval officer assigned to the USS John Paul Jones; Brooklyn Decker as Sam Shane, a physical therapist and Hopper’s fiancée; Alexander Skarsgård as Hopper’s older brother, Stone, Commanding Officer of the USS Sampson; Rihanna as Petty Officer Raikes, Hopper’s crewmate and a weapons specialist on the USS John Paul Jones; and international superstar Liam Neeson as Hopper and Stone’s superior (and Sam’s father), Admiral Shane.


Bagi Aku :

Terperanjat2 gak aku tengok citer ni. Actionnya tak di jangka. Mengisahkan citer manusia lawan   alien. Tapi alien tu rupa lebih kurang cam manusia sket. Janggutnya keras cam kuku. Eeee geli plak aku tengok. Ingatkan alien ni bijak sangat, rupanya ada kelemahannya. Takut pada matahari. 


Penyanyi lagu 'Umbrella' Rihanna pun berlakon dalam filem ni. Memang sempi je lakonannya. Macam betul2 navy lah. Huahauhauhau. Tapi masa diorg berlawan tu memang best, actionnya awesome dan mengerikan sungguh. Mr Big siap tepuk2 tangan lagi coz seronok sangat dia tengok.

Mr Big kasi 4.5/5 star.

Korang yang kaki game mesti tau pasal 'Battleship' ni sebab citer based on that game lah.

Nak tengok? Filem 'Battleship' ni akan mula di tayangkan hujung minggu ni di seluruh pawagam di negara ni.


Sunday, March 4, 2012

Premiere Screening Of 'The Lorax' (3D)

Hi Korang,

Jumaat malam hari tuh, ktorg dapat tiket free filem 'The Lorax' (3D) kat GSC Mid Valley. Dah lama tak tengok wayang 3D so pegilah, lagipun Mr Big kan kaki citer kartun.


Sempat jumpa blogger Liz Rohaizat je masa amik tiket coz aku sibuk pi cari kasut untuk outing next week but tak sempat beli pun coz Mr Big ajak pi kedai jual suit diving. Ishk potong betul lah.


Ok jangan mengarut, meh layan sinopsis filem 'The Lorax' ni.

Dr. Seuss's classic story about the power of hope is brought to life on the big screen. A 12-year-old boy yearns for the affection of the girl of his dreams but in order to get what it takes, he'll first have to discover the story of the Lorax, a grumpy but charming forest creature who fights to protect his little world.


Bagi aku :-

Bagus sangat. Citer kartun kelakar tapi bagi pengajaran untuk kita semua menjaga alam sekitar, sikap sayangkan bumi kita. Jalan ceritanya mudah senang untuk difahami. Tentang kisah budak yang menyebabkan bumi tercemar akibat sikap tamak untuk kaya. So berjaya tak budak tuh menyelamatkan bumi? Jeng jeng jeng...


Memang sesuai di tonton sessi keluarga time cuti sekolah nanti kan. Sambil tengok boleh nyanyi lagi lagu-lagu dalam filem ni.


Mr Big kasi 3.5/5 coz pendek sangat citer dalam 1jam 15 minit je dah abis. Tak puas katanya tengok ikan berkokok kan.

Oh ye, filem 'The Lorax' ni akan di tayangkan pada 8hb March 2012 dipawagam seluruh negara. Korang leh lah bawak anak-anak ke adik-adik tengok citer nanti ek.

CLP notes : Kelakar yang amat!



Friday, November 4, 2011

Premiere Screening Of 'The Adventure Of Tin Tin (3D)'

Hi Korang,

Hari rabu tu ari, sempat jugaklah aku tengok citer 'The Adventure of Tin Tin kat GSC Mid Valley. Menang tiket free lagi dari Nuffnang. Alah entry yang aku buat pasal Boot Camp dengan Abg Ning. Hah baik baca, sangat kelakar lah.

pakai cermin mata dulu

Tajuknya je nampak cam berat but its actually citer animation. Dulu masa aku kecik2 suka sangat tengok citer ni, kartun favourite tuh.  Kisah manusia yang begitu rapat dengan anjingnya.


"Based on the internationally beloved and irrepressible characters created by Hergé, the story follows the unquenchably curious young reporter Tintin (Jamie Bell) and his fiercely loyal dog Snowy as they discover a model ship carrying an explosive secret. Drawn into a centuries-old mystery, Tintin finds himself in the sightlines of Ivan Ivanovitch Sakharine (Daniel Craig), a diabolical villain who believes Tintin has stolen a priceless treasure tied to dastardly pirate named Red Rackham. But with the help of his dog Snowy, the salty, cantankerous Captain Haddock (Andy Serkis) and the bumbling detectives Thompson & Thomson (Simon Pegg and Nick Frost), Tintin will travel half the world, outwitting and outrunning his enemies in a breathless chase to find the final resting place of The Unicorn, a shipwreck that may hold the key to vast fortune… and an ancient curse"



Bagi Aku:-

Jalan citer menarik sebab aku dah kenal watak Tin Tin ni sejak dari kecik lagi so tak de masalah sangat nak paham. Anjingnya Snowy tu memang bijak betul, sentiasa bersama tuan susah dan senang. Penggembaraannya cukup menakjubkan dan berakhir dengan tempat yang tidak di sangka2 lah. Yelah tengok 3D kan. Rasa segala mak neka pedang, pasir, pistol nampak cam hidup. Watak-watak dalam citer ni senang nak di fahami. Semuanya berakhir dengan happy ending. 

Bagi aku sesuai untuk di tonton sessi keluarga time-time cuti sekolah nie kan.

Mr Big kasi 4/5 untuk movie nie. 3D kan mestilah superb..


Saturday, September 3, 2011

Dapat 2 Invitation Tapi...

Hi Korang,

Pepagi sabtu ni korang buat apa ek? Tak jalan raya ke? hehehehhe. Aku may be balik umah M.I.L kot. Raya sana plak. Walaupun kat Setiawangsa je but balik jugak lah kan.

Malam tadi barulah sepenuhnya dapat check email, tup tup aku terpandang 2 invitation nie.

Premiere Screening Of Contagion

Premiere Screening Of Apollo 18

Aduh cam ne aku boleh tak perasan ni ek. Ishk rugi betul lah. Aku nak tengok sangat citer Apollo 18 nie. Selalunya aku alert je pasal movie screening nie.. 

Tak perlah, nak buat cam ne. Bagi chance orang lain plak lah. Asyik2 aku je kan akhakahkahkhak


Btw korang, mintak tolong Vote aku ek untuk MSS 2011. Click je kat link bawah nie.



TQ so much tau... Kalau ada rezeki dapatlah korang something dari aku ek...

hehehehhehe...

Wednesday, August 24, 2011

Premiere Screening Of CARS 2 @ GSC Mid Valley, KL

Hi Korang,

Aku memang jarang tengok citer kartun kat wayang ni kan, sebab tak berapa minat sangatlah. Memula ingat malas nak pi but Mr Big beria-ria sangat nak tengok citer nie so ktorg pi lah tengok malam tadi kat Mid Valley. Nuffnang kasi tiket.


Sempat amikkan tiket untuk Shahrol dan sempat sembang2 dengan Shila Shower gak lah sebelum masuk panggung tuh. Sempat gak say hi to Jenthi dan Shema dan her kids. Comey sungguh diorg.

Meh aku citer sket sinopsis pasal CARS 2 nie:-


Ianya merupakan sequel dari filem CARS terdahulu. Setelah Lighting McQueen jadi johan dalam berapa world race, so dia plan nak berehat selama sebulan di kampungnya untuk hangout dengan kengkawan dan girlfriendnya Sally. Atas ke tidak berapa pandai goofrendnya iaitu 'Tow Mater', Mc Queen rasa tercabar dan kembali untuk race semula. Mereka ke Tokyo, Jepun untuk GP World Race.

Di sebabkan Mater yang tak pernah keluar dari kampung halamannya, dia rasakan seperti terkena culture shock dan mula berperangai yang memalukan Mc Queen dan menyebabkan Mc Queen kalah dalam pertandingan tersebut. Akibat terlalu marah, Mc Queen telah menyuruh Mater pulang ke kampungnya sendiri. 

Dalam perjalanan Mater pulang ke kampungnya, pelbagai kejadian aneh berlaku dan dengan tiba-tiba Mater jadi buruan orang jahat... 

Hehehehehhe.... endingnya.. korang pi tengok sendiri kat wayang ek


Ini kira first time aku tengok citer kartun  CARS nie, yang first dulu tak tengok pun. So karektor aku tak berape familiar sangat lah. Scenenya cantik2 walaupun kartun kan. Track untuk race tu superb lah. 

Jalan cerita memang best. Pasal persahabatan, kawan baik yang bergaduh di sebabkan benda kecil je. At the end baik semula. Baguslah. Aku recommend citer nie kat parents yang nak bawak anaknya pi tengok wayang nie memang sesuai.

So mr Big kasi 4.5/5.. Sebab dia suker sangat. Kalau citer kartun memang dia minat giler lah


Wednesday, July 20, 2011

Premiere Screening Of 'Take Me Home' @ GSC Mid Valley, KL

Hi Korang,

Malam tadi sempat jugaklah sampai ke Mid Valley untuk premiere screening filem 'Take Me Home' ni. Nuffnang yang kasi tiket lepas jawab komen kat website dia kan hari tuh. 

Sesampai lebih kurang kul 7.30mlm. Kosong satu kaunter pun tak de. Ishk kene tunggu lah jawabnya. Lebih kurang 8pm cam tu, nuffies nie semua sampai. So kejut sket lah dengan nak susun badge, pasang banner kan. Berjaya juga aku dapat tiket walaupun depan aku tu, blogger tu melampau betul sekali amikkan tiket untuk 6 email. Dah kene sound baru lah nak blah kan.  Then pi makan kejap and masuk balik untuk citer nie.


Meh aku citer sket sinopsis citer nie:

Aku rasa citer dalam tahun 80an cam tu kan coz background music dan jalan citer cam old skool gitu. Mengisahkan Matt Franklin yang terlalu minat dengan Tori Federeking yang cun betul dari zaman sekolah sampailah diorg ni dah masuk alam pekerjaan kan. Hinggakan kakaknya Wendy dan rakan baiknya Barry sampai bosan dengar citer pasal si Matt ni. 


So one day diorg ni terjumpa balik dalam kedai yang Matt ni keje dan dari situ segalanya berlaku. Zaman sekolah kan memacam citer so start lah semua rahsia terbongkar. 

Apa macam? Simple je rumusan aku kan. Yelah kan citer sket2 je supaya korang lebih teruja nak pi tengok kan.

Bagi aku, citer ni ala romantik komedi. Jalan ceritanya simple, mudah difahami dan tak buat orang sakit kepala nak fikirkan endingnya. Totally kelakar but bahasa yang diorg gunakan cam  ganas sket lah.. Bebudak tak leh tengok citer. 18 tahun ke atas je ek. 

Not bad, sesuai untuk release tension lepas balik keje.

Mr Big kasi 3/5 je. Oklah tu kan.

Note : Kepada bloggers yang rasa2 selalu amik tiket untuk kengkawan korang tu banyak2 di harapkan dapatlah courtesy sket. Ingatlah orang lain yang datang awal. Ktorg orang yang datang awal selalu dapat seat yang mendongak ke langit disebabkan ko sibuk nak amikkan tiket untuk kengkawan ko kan.  Kalau amik untuk 1-2 orang tak kisahlah kan tapi kalau dah sampai 6-7 email itu kira melampau gak kan. 

Di harapkan jugak Nuffies pun strict sket lah. Jangan bagi muka sangat lah.