Hi Korang,
Jenama Radio nombor satu Pantai Timur, GEGAR, telah bekerjasama dengan Go Shop, sebuah khidmat membeli-belah gaya hidup pelbagai platform di Malaysia, untuk menawarkan GEGARMall, pengalaman membeli-belah baharu melalui platform Go Shop. GEGARMall bermatlamat untuk menyediakan tawaran eksklusif selain menawarkan produk-produk khas untuk peminat GEGAR. GEGARMall menawarkan variasi yang hebat untuk produk inovatif dari jenama terkenal dalam kategori gaya hidup Muslimin dan Muslimat, rumah, fesyen dan kecantikan. Pada masa akan dating, GEGARMall akan menambah lagi jenama dan produk baru.
GEGARMall bersama radio GEGAR, menawarkan pengalaman membeli-belah yang unik dan berbeza daripada saluran membeli-belah e-dagang dan platform membeli-belah yang sediakala di Malaysia. Peminat-peminat GEGAR di Pantai Timur kini dapat membeli-belah di GEGARMall melalui semua saluran kami – sama ada dalam talian, di udara (on-air) dan juga melalui peranti mudah alih. Kerjasama ini bermatlamat menjangkau ke pelanggan baru serta meninggikan penglaman membeli-belah bagi pelanggan sedia ada.
Kerjasama ini adalah bonus untuk peminat GEGAR dan pelanggan kerana semua peminat boleh menikmati pengalaman pelbagai platform dengan membeli produk dari GEGARMall berdasarkan promosi yang diumumkan oleh penyampai radio GEGAR melalui penyiaran video harian di media sosial. Manakala, pelanggan pengiklanan pula akan mendapat insentif tambahan dengan memanfaatkan platform Go Shop yang dikembangkan dari platform GEGAR.
Pelanggan boleh melayari GEGARMall melalui www.goshop.com.my/gegarmall dan melalui aplikasi mudah alih Go Shop. Sempena dengan pembukaan GEGARMall, para pelanggan boleh menikmati diskaun 20% dengan perbelanjaan minima RM200 dari sekarang hingga ke 16 Oktober 2018. Peminat GEGAR boleh menala GEGAR di udara, saksikan laman media sosial GEGAR atau bertemu dengan pasukan KRU GEGAR untuk mendapati kod promo tersebut. GEGARMall turut mempunyai promosi-promosi hebat bulanan dan pelbagai tawaran menarik pada bulan-bulan yang akan datang nanti.
Selain daripada tawaran pembukaan GEGARMall, GEGAR sedang menjalankan peraduan “Menang di GEGARMall" sehingga 28 September 2018. Dalam pertandingan ini, GEGAR akan menghadiahkan baucar tunai bernilai RM8000 untuk dibelanjakan di GEGARMall. Untuk mengambil bahagian dan memenagi baucar tunai ini, peminat-peminat boleh menonton video harian yang disiarkan oleh penyampai radio GEGAR yang akan mempromosikan produk terpilih di GEGARMall serta menjawab soalan-soalan di udara berdasarkan video. Sekiranya tiada pemenang pada sesuatu sesi pertandingan itu, baucar wang tersebut akan di tambahkan ke nilai hadiah dalam segmen seterusnya.
Beli-belah di GEGARMall melalui www.goshop.com.my/gegarmall. Untuk matlumat lanjut tentang GEGAR, layari www.gegar.my atau ikuti laman media sosial GEGAR di Facebook, Instagram dan Twitter.