Showing posts with label Friendster media launch. Show all posts
Showing posts with label Friendster media launch. Show all posts

Monday, May 21, 2012

Kebangkitan FRIENDSTER Kembali Ke Dunia ‘Online Game’

Hi Korang,


Sejak adanya social media seperti Facebook, Twitter, Skype dan pelbagai lagi, nampaknya Friendster semakin dilupakan. Kalau dulu Friendster merupakan website no. 1 yang aku bukak lah. Boleh kenal kawan baru, online chit-chat, tukar gambar dan memacam lagi.



Kini Friendster secara rasmi mengumumkan kebangkitan mereka ini semula sebagai salah satu social media dan platform permainan ‘online’ yang menawarkan pengguna satu pengalamaan yang unik dalam dunia online gaming ini.

Segala permainan di dalam Friendster ini percuma untuk dimainkan dan untuk meningkatkan lagi keseronokan bermain di Friendster ni system Friendster Coins diperkenalkan iaitu dengan membeli new features untuk membuka ciri-ciri bagi setiap permainan. Platform baru ini juga membolehkan pengguna Facebook untuk menikmati Friendster dengan mudah melalui butang Facebook Connect.


Selaras dengan itu, Friendster telah pun berkongsi mengenai cara-cara terkini dalam pencarian rakan baru, bermain permainan baru sambil menikmati ganjaran semasa sidang media yang dihoskan oleh Encik Ganesh Kumar Bangah, CEO bagi MOL Global, pemilik Friendster dan Encik Nikolai Galicia selaku CEO dalam Friendster Inc.



‘Kami sekarang ini mempunyai 4 juta pengunjung unik setiap bulan dan kami menetapkan sasaran untuk mempertingkatkan jumlah ini kepada 10 juta sebulan di akhir tahun 2012’ ujar  Encik Ganesh Kumar Bangah lagi.


Meh, layan sket video mengenai Friendster nie



Friendster juga telah melancarkan produk yang telah dibangunkan secara tempatan iaitu Friendster Hotspot dan iCafe Friendster semasa sidang media. Hotspot Friendster menyediakan runcit cawangan dengan infrastruktur WiFi percuma yang dibiayai sepenuhnya oleh pengiklanan manakala iCafe Friendster adalah sistem pengurusan kafe siber percuma yang mengintegrasikan operasi dan akaun untuk memudahkan pentadbiran pemilik.



Hotspot Friendster kini boleh didapati dalam makanan popular berjenama dan minuman seperti Starbucks, Old Town White Coffee, Kenny Rogers Roasters, Wendy, Krispy Kreme dan Papa John. Seluruh negara, kini terdapat lebih 350 kedai runcit menggunakan Hotspot Friendster dengan purata 1.5 juta pengguna unik sebulan. 70% pengguna Friendster Hotspot pengguna mudah alih.



'Selain rakan kongsi global, kami juga mahu membantu ramai pereka tempatan untuk mempromosikan permainan yang dibangunkan di atas platform kami. Friendster menyediakan platform yang berharga untuk rakyat Malaysia memulakan untuk mencapai penonton global dan pada masa yang sama juga bagi mereka mendapatkan wang daripada rekaan permainan mereka' beliau membuat kesimpulan.


Aku sempat surfing di www.Friendster.com  ni masa launch tu dan memang menarik websitenya.Terus register online dan sempat jugak aku main game sekejap. 






Aku cuba SUSHIDOdan WONDERFUL CITY. Memang best ar. Senang je macam main bejewelled je. Terus jadi leka dibuatnya sampai tak sedar dan nak balik dah time tuh kan.




Sebelum ballik tuh, ktorg diberikan goodies bag yang awesome. Best tu dapat bag, mouse, t-shirt, layard. Bolehlah bergaya pas nie kan.

Memang best sekali sekala dapat main game ni kan, at least release tension sket sambil tu boleh jugak berkenalan dengan geng-geng online gamer. Tambah jugak sket ilmu pengetahuan.

Apalagi, korang pun boleh. Sekadar release tension apa salahnya kan.


About Friendster :
Friendster is the pioneer online social network with more than 100 million registered members. Friendster is one of the best sites that allows people to create avatars, discover new worlds, enjoy games and meet new people. Friendsterprides itself in delivering as easy to use, friendly and interactive environment where users can easily connect with others via www.friendster.comThrough its owenership of MOL and Friendster, MOL Global is Asia’s largest end to end content, distribution and commerce network, pairing MOL’s physical payment collection points and payment platforms with Friendster’s large online foot print, social network and user community in Asia.