Showing posts with label Feminine Wash. Show all posts
Showing posts with label Feminine Wash. Show all posts

Tuesday, November 27, 2018

SUMBER AYU 3X WHITENING PEARLY WHITE

Hi Korang,

Pernahkah anda tertanya-tanya, mengapa kulit di sekitar kawasan intim anda lebih gelap berbanding kawasan kulit badan yang lain? Sudahkah anda mencuba pelbagai kaedah yang berbeza untuk mencerahkan warna kulit di kawasan intim anda tetapi belum ada yang berkesan? 


Adakah masalah ini membawa kepada kurang keyakinan diri dan menimbulkan masalah apabila bersama suami? Usah bimbang lagi! Kini dengan adanya Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White ianya dapat membantu anda mengurangkan masalah kulit gelap di area Miss V anda. 

Anda tidak perlu berasa malu apabila menghadapi masalah di bahagian intim anda. Sudah pastinya anda tidak berseorangan, kerana terdapat ramai dikalangan wanita diseluruh dunia yang mempunyai kegelapan warna kulit di bahagian intim. Pelbagai faktor-faktor yang menyumbangkan kepada perubahan warna yang boleh menyebabkan kegelapan di bahagian intim seperti faktor usia. ketidakseimbangan hormon, penambahan berat badan, pemakaian baju yang ketat dan kebiasaan bercukur. Walaubagaimanapun, sudah tentu sekali anda berasa diri anda kurang tertarik dan akan timbul perasaan kurang selesa. Dengan adanya Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White, ia bukan sahaja mencerahkan kulit di kawasan intim tetapi ia juga dapat melonjakkan tahap keyakinan diri anda.


Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White dimana kandungannya bukan sekadar 1 ataupun 2 bahkan 3 ekstrak pemutih semulajadi yang membantu meringankan dan mencerahkan tona warna kulit. Ekstrak tersebut adalah licorice, bengkoang dan susu. Sejak berabad yang lalu, licorice sudah digunakan bukan sahaja oleh masyarakat Asia malah digunakan oleh masyarakat Yunani dan Mesir kerana keberkesanannya untuk mendapatkan tona kulit yang cerah. Manakala bengkoang mengandungi vitamin B 1 dan C dimana ia dapat membantu memperlahankan proses penuaan dan memberikan kulit yang lebih sihat dan cerah bersinar. Susu pule bermanfaat untuk mengurangkan perubahan warna, memperbaiki tona kulit yang tidak sekata don sekaligus mencerahkan kulit. 

Dengan memilih pencuci feminin yang mempunyai tahap keseimbangan kandungan pH 3.5 sehingga 4.5, ianya dapat menyumbangkan tahap keselesaan yang lebih kepada golongan wanita moden hari ini. Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White mengandungi tahap pH 3.5 yang berada dalam linkungan pH normal feminin iaitu dianatara 3.5 hingga 4.5, bagi memastikan kawasan feminin berada dalam keadaan yang selesa . la mengandungi bahan antiseptik semulajadi bagi mengelakkan bakteria jahat. bau yang kurang menyenangkan dan kegatalan. 

Selain daripada kayu rapet dan ekstrak manjakani sebagai ramuan tradisional, Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White kini juga menggandakan kuantitinya untuk memberikan faedah yang lebih besar. Kayu Rapet dan ekstrak manjakani merupakan bahan semulajadi yang dapat membantu mengetatkan kawasan feminin dan ini dapat memberikan keyakinan yang tinggi kepada wanita moden serta memberikan perkahwinan yang lebih mesra. 

Tambahan pula, Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White adalah bebas alergen dengan wangian yang sederhana. Selain itu, ia juga memberikan keselesaan bagi pengguna yang berkulit sensitif dan memberikan kesegaran sepanjang hari. Bagi menghargai kepentingan pengguna yang beragaman Islam, Sumber Ayu 3X Pearly White diiktiraf halal.


Apabila ramuan-rarnuan ini dibentuk menjadi 1, Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White dapat membantu mengurangkan kegelapan kulit dengan cara mengurangkan pembentukan melamin dan seterusnya dapat membantu pertumbuhan semula kulit. lanya juga dapat mengetatkan kawasan feminin dan mengawal kandungan pH disekitarnya. 

Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White kini dengan pembungkusan klasik yang diilhamkan mengikut bentuk badan wanita dan terdapat penambahbaikan dengan tekstur yang lebih lembut dan pekat. Produk ini boleh didapati dengan harga mampu milik dan didatangkan dengan 2 saiz berbeza iaitu 90ML dengan harga RM9 .20 dan 200ML dengan harga RM 15.50.  Rangkaian Prociuk SUMBER AYU ini boleh didapati di pasaraya besar, pasar raya dan juga farmasi.

Check it out untuk info lanjut di : https://www.facebook.com/SumberAyuMY/


Saturday, March 18, 2017

Pertandingan Akhir Orchid ‘Be Yourself’ Sempena Kempen #Malu? TakMalu!

Hi Korang,


Peringkat akhir pertandingan Orchid ‘Be Yourself’ yang julung-julung kali diadakan nyata memeriahkan pusat membeli-belah Alamanda di Purajaya. Finalis-finalis yang berbakat telah memberikan yang terbaik dalam aspek lakonan, nyanyian dan tarian demi merebut peluang memenangi hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM6,000, produk eksklusif pembersih khusus wanita Orchid, serta pengalaman sekali seumur hidup untuk membintangi filem pendek bersama duta jenama Orchid, Sazzy Falak, yang akan diterbitkan oleh produksi tempatan terkenal, Metrowealth International Group (MiG)!

Dalam usaha memperkasakan lebih ramai wanita di Malaysia untuk berbincang tentang topik kebersihan intim secara lebih terbuka, rangkaian produk pembersih khusus wanita yang semakin popular, Orchid, telah menganjurkan pertandingan ‘Be Yourself’ buat pertama kalinya.

Penganjuran ini diadakan sempena kempen #Malu?TakMalu! yang menggalakkan golongan wanita untuk turut serta dalam perbincangan topik tersebut.


Tempat pertama pertandingan ‘Be Yourself’ jatuh kepada Hamiza Hanapi, 32, Selangor, manakala Noor Lyianna Binti Akhir Rudin, 25, Selangor, berjaya menduduki tempat kedua. Sharifah Norbaizura Binti Syied Mohd Safie, 32, yang juga berasal dari Selangor pula, diumum sebagai pemenang tempat ketiga. Pertandingan itu diadili oleh pelakon, pengacara TV terkenal tanah air yang juga merupakan duta jenama Orchid, Sazzy Falak; Tan Joo In dari Orchid dan Carrol Tan dari Watsons Malaysia.

Peringkat akhir pertandingan Orchid ‘Be Yourself’ turut disertai oleh peruncit produk kesihatan, kesejahteraan dan penyelesaian kecantikan yang beroperasi menerusi lebih 400 stor di seluruh Malaysia, Watsons Personal Care Stores (Malaysia) Sdn. Bhd. (Watsons Malaysia). Sehingga kini, Watsons Malaysia menawarkan 1,000 jenama yang melibatkan ubat-ubatan, suplemen kesihatan, penjagaan kulit, produk kelengkapan dandanan diri dan kosmetik.

Produk-produk Orchid boleh didapati di semua cawangan Watsons di seluruh negara.




Pelbagai bakat dipersembahkan seperi lakonan, nyanyian, tarian, malah seni mempertahankan diri. Pertandingan itu mendapat sambutan hangat apabila menerima beratus-ratus penyertaan menerusi laman media sosial Orchid.

Seramai 12 orang peserta kemudian disenarai pendek dan semakin hampir untuk merebut hadiah yang cukup bernilai ini.

Pertandingan Orchid ‘Be Yourself’ yang berlangsung di laman Facebook rasmi Orchid mulai 30 Mei hingga 30 November tahun lalu menyaksikan banyak penyertaan diterima daripada wanita Malaysia yang yakin, moden dan berbakat besar.


“Wanita-wanita ini memiliki ciri-ciri penghibur – bakat dan kualiti persembahan yang mengagumkan. Dari apa yang kami boleh lihat di sini, mereka yang berjaya telah membuat perancangan terperinci dan latihan sewajarnya. Namun begitu, tiga orang peserta teratas berjaya mengalahkan yang lain menerusi penampilan pentas, keyakinan, interaksi dengan penonton, persembahan dan kreativiti. Secara keseluruhannya, bakat yang ditunjukkan dalam pertandingan ini cukup mengagumkan,” kata Sazzy.

Produk pembersih khusus wanita Orchid dengan Aktif Pencerah Kulit mengandungi bahan-bahan tradisional yang menyegar dan membersih seperti Manjakani, Kacip Fatimah dan Daun Sirih. Bahan-bahan ini menyahbau, mencerah dan memelihara kulit agar lembut. Sekali gus menyediakan satu penyelesaian yang seimbang untuk apa jua jenis kulit. Formula yang lembut telah direka untuk meningkatkan aspek kebersihan, keselesaan dan seimbang dari segi keintimannya. Pada masa sama membantu mengurangkan rasa tidak selesa yang disebabkan oleh perubahan pH pada bahagian intim yang tidak seimbang.

Produk pembersih khusus wanita Orchid hadir dalam tiga varian iaitu Intim, Romantis dan Anggun. Botol dengan bentuk faminin berkapasiti 210ml itu ditawarkan pada harga RM4.75 sebotol dan kini boleh didapati di seluruh negara.

Pengurus Produk, Isi Rumah & Penjagaan Peribadi, Divisyen Pemasaran Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Cik Tan Joo In berkata pertandingan itu bermatlamat menggalakkan lebih ramai wanita untuk tampil ke depan dan rasa bangga dengan kewanitaan mereka; di samping tanpa rasa malu untuk menangani kebimbangan yang mungkin membuatkan mereka berasa resah atau kurang yakin.

“Kami amat gembira melihat semakin ramai wanita Malaysia tampil untuk turut serta dalam perbincangan tentang keintiman wanita dan mengambil bahagian dalam pertandingan ‘Be Yourself’ ini. Selain menjadi lebih yakin, mereka yang turut serta boleh berkongsi maklumat dan melibatkan diri dalam perbincangan ini. Tambahan lagi, kami juga boleh membangunkan satu komuniti wanita yang mengambil berat tentang aspek kebersihan dan kesejahteraan hidup mereka secara keseluruhannya,” kata Tan.



Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen Orchid #Malu?TakMalu! dan tip-tip terbaik mengenai kebersihan intim, sila layari pautan https://www.facebook.com/NewOrchidBrand/

Senarai Pemenang dan Komen Mereka 

Kedudukan
Nama
Hadiah & Bakat & Komen

Tempat pertama
Hamiza Hanapi


Bakal membintangi satu filem pendek dengan Sazzy Falak keluaran MiG + RM3,000 + hamper produk Orchid


Komen
Terima kasih Orchid kerana memberi saya peluang yang hebat ini! Saya menerima sokongan yang tidak berbelah bagi daripada kawan-kawan dan keluarga untuk menyertai pentandingan ini. Saya mengambil masa yang lama untuk membuat persediaan dan menjadikan persembahan lebih sempurna, tetapi ia nyata sangat  berbaloi. Kepada semua wanita di luar sana, jangan lupa untuk sentiasa yakin dan jadilah diri anda sendiri! Jangan malu dan tunjukkan kemampuan anda!

Tempat Kedua
Noor Lyianna Binti Akhir Rudin
RM2,000 + hamper produk Orchid


Komen
Saya memang pengguna setia produk pembersih khusus Orchid kerana ia bukan sahaja membersih, malah membuatkan saya rasa segar sepanjang hari. Saya masih tidak percaya saya berjaya memenangi tempat kedua dalam pertandingan ini! Terima kasih Orchid kerana menyediakan platform kepada saya dan semua wanita di luar sana!

Tempat Ketiga
Sharifah Norbaizura Binti Syied Mohd Safie
RM1,000 + hamper produk Orchid


Komen
Persaingan memang sengit, saya terkejut juga kerana berjaya menjadi menjadi 3 peserta teratas! Ada ramai wanita muda yang cukup berbakat di sini pada hari ini dan memberikan persembahan terbaik. Terima kasih Orchid!


Senarai Peserta Akhir

No.
Nama
Umur
Asal
1.
Ayi Alhamrah
29
Kuala Lumpur
2.
Hamiza Hanapi
32
Klang, Selangor
3.
Noor Lyianna Binti Akhir Rudin
25
Petaling Jaya, Selangor
4.
Norfitriana Binti Yunus
24
Kuching, Sarawak
5.
Norhidayah Binti Abdullah
21
Taiping, Perak
6.
Norlida Binti Ismail
37
Kuala Lumpur
7.
Nur Diana Shazleen
22
Sungai Petani, Kedah
8.
Nur Liyana Binti Ismail
25
Kuala Lumpur
9.
Nurul Syakirah Binti Roslan
21
Klang, Selangor
10.
Rodiah Binti Abdul Mokti
30
Tronoh, Perak
11.
Sharifah Norbaizura Binti Syied Mohd Safie
32
Sungai Buloh, Selangor
12.
Yasmin Izureen
20
Kuala Lumpur

Thursday, September 22, 2016

PEMBERSIH WANITA DAUN SIRIH SUMBER AYU

Hi Korang,

Kita sebagai wanita ni, banyak nau tempat nak kena jaga bersih.

Daripada luar hingga ke dalam-dalam dan dalam lagi, lebih-lebih di private part tu kan. Kang kalau berbau semacam ke berdaki ke tak nak pulak suami tercinta korang nak dekat ek. 

Bahagian intim wanita merupakan tempat tinggal jutaan flora dan bakteria yang membolehkan kita menjalani kehidupan seharian tanpa sebarang gangguan dan perasaan tidak selesa pada kawasan tersebut. Bakteria yang membentuk sebuah ekosistem semula jadi ini memberikan keseimbangan tahap pH serta melindungi kawasan tersebut daripada sebarang jangkitan dan ancaman bendasing. Bertentangan dengan kepercayaan umum, membersih kawasan intim dengan menggunakan sabun dan air akan mengganggu keseimbangan semula jadi, lantas mendedahkan anda kepada risiko jangkitan. 


Lengkapkan rutin penjagaan peribadi anda dengan Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU, diformulasi dengan bahan semula jadi agar kawasan intim wanita sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih serta bebas dari bakteria jahat, kegatalan dan juga bau yang kurang menyenangkan. Kawalan pH pada paras pH3.5 merupakan paras ideal agar ekosistem berada dalam keadaan baik.

Bahan utama ekstrak Daun Sirih kini dipertingkat dalam Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU bagi membekalkan perlindungan tanpa bakteria. Formulasi ini diperhebat dengan wangian semula jadi yang memberikan kesegaran berpanjangan.

Selari dengan peredaran masa, Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU turut hadir dengan wajah baru yang lebih segar. Mengekalkan bentuk botol yang diinspirasi daripada keanggunan lekuk tubuh wanita, pembersih kewanitaan ini tampil dengan rona yang lebih menarik bagi membezakan setiap varian di hiasi dengan kemasan yang lebih sofistikated. Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU ini juga di perakui Halal oleh JAKIM bagi manfaat para pengguna Muslimah.


Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU merupakan produk ideal bagi semua wanita di setiap peringkat umur ini diperhebat dengan wangian semula jadi yang memberikan kesegaran berpanjangan.

Selari dengan peredaran masa, Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU turut hadir dengan wajah baru yang lebih segar. Mengekalkan bentuk botol yang diinspirasi daripada keanggunan lekuk tubuh wanita, pembersih kewanitaan ini tampil dengan rona yang lebih menarik bagi membezakan setiap varian di hiasi dengan kemasan yang lebih sofistikated. Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU ini juga di perakui Halal oleh JAKIM bagi manfaat para pengguna Muslimah.

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU merupakan produk ideal bagi semua wanita di setiap peringkat umur dan hadir dalam rangkaian enam wangian yang menarik dan pelbagai.

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU Orkid 
Haruman segar dari kuntuman orkid, memberikan wangian ringan dan rasa bersih yang kekal sepanjang hari. Amat sesuai buat wanita ayu yang sentiasa mengekalkan keanggunannya dalam pelbagai cara.


Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Mawar
Wangian mawar mekar yang manis memberikan aroma yang menenangkan dan rasa bersih sepanjang hari. Pilihan bagi mereka yang berjiwa romantis


Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Floral
Kombinasi percikan aroma pelbagai bunga memberikan rasa segar sepanjang waktu. Ciptaan ideal bagi wanita yang sentiasa ceria dan bersahaja.

Pembersih Wanita Daun SirihSUMBER AYU Musk
Aroma semula jadi kasturi yang ringan menyuntik kesegaran optimumagar kekal sepanjang hari. Varian ini sesuai dengan wanita yang sentiasa kehadapan dan meminati haruman patchouli yang terkenal dengan nuansa anggun.


Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Gambir
Bauan herba yang harum serta memberikan kesegaran semula jadi. Pilihan terbaik buat wanita klasik yang sofistikated dan menghargai sentuhan alam di dalam kehidupan.

Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Fruity 
Aroma manis buah-buahan tropika mampu memberikan · Anda rasa bersih dan segar sepanjang hari. Pilihan terbaik bagi si gadis yang ceria, lincah dan sentiasa bersedia dan yakin dalam apa jua keadaan.

Ok, berbalik pada harga Pembersih Kewanitaan Sumber Ayu :-

RM3.90 untuk 90ml

RM5.80 untuk 200ml


Rangkaian penjagaan kebersihan berkualiti SUMBER AYU ini dibawakan kepada anda oleh WIPRO UNZA. Produk-produk SUMBER AYU kini terdapat di semua pasaraya utama, dan farmasi.