Showing posts with label Fast2Feed. Show all posts
Showing posts with label Fast2Feed. Show all posts

Saturday, May 28, 2016

Coca-Cola dan Muslim Aid Malaysia jemput warga Malaysia menyambut Ramadhan dengan penuh keprihatinan

Hi Korang,

Untuk bacaan di hujung minggu...

Coca-Cola Malaysia akan bekerjasama dengan Yayasan Kemanusian Muslim Aid Malaysia dalam musim Ramadhan ini untuk meneruskan aktiviti amal tahunan yang telah diadakan sejak 2010 lagi.

Coca-Cola akan menyokong NGO tersebut dalam program tahunan Fast2Feed untuk membekalkan hidangan berbuka puasa, wang dan pakaian kepada anak-anak yatim, kanak-kanak keluarga daif, pusat jagaan orang tua, Orang Asli dan kaum pelarian. Coca-Cola akan menaja hidangan berbuka puasa di 25 lokasi, termasuk tempat kegiatan komuniti di Negeri Sembilan berhampiran kilang pengeluaran produk Halal Coca-Cola.


"Penglibatan Coca-Cola dalam kegiatan Muslim Aid Malaysia selama lima tahun yang lepas telah membantu kami meluaskan jangkauan dalam komuniti Muslim yang daif, dan kami ingin mengambil kesempatan ini untuk menggalakkan lebih ramai lagi orang dan syarikat Malaysia untuk bersama-sama menjana harapan, bantuan dan perlindungan kepada mereka sepanjang Bulan Ramadan ini," kata Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Muslim Aid Malaysia, Pn Habsah Marjuni di Kuala Lumpur hari ini. 

Mereka yang ingin membantu dalam program Fast2Feed Muslim Aid Malaysia boleh melayari http://muslimaid.org.my/fast2feed/ untuk mendapat maklumat lanjut tentang bagaimana sumbangan mereka akan dimanfaatkan sepanjang musim Ramadhan ini.

“Warga Malaysia melihat bulan Ramadhan sebagai musim untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan anggota keluarga dan komuniti, selain menderma kepada golongan kurang bernasib baik. Dalam meraikan ulang tahun ke-80 Coca-Cola di Malaysia, kami berbesar hati dapat meneruskan tradisi membantu komuniti tempatan melalui usaha sama dengan pertubuhan amal seperti Muslim Aid Malaysia. Dalam pada itu, kami mengalu-alukan penyertaan semua warga Malaysia dalam kegiatan kebajikan sepanjang bulan Ramadhan tahun ini,” kata CEO Bottling Investment Group Coca-Cola Singapura – Malaysia – Brunei, Stephen James Lusk. 

Dalam bulan Ramadhan ini, Coca-Cola Malaysia akan membekalkan minuman jus Asam Jawa istimewa keluaran cawangan pembotolannya di Palestin, National Beverage Company (NBC), yang merupakan majikan terbesar dalam sektor minuman di kawasan itu, dengan kilang-kilang perusahaan di Gaza, Ramallah, Tulkarem dan Jericho. 

Jus Asam Jawa merupakan minuman berbuka puasa yang popular di Palestin dan ia akan dikeluarkan oleh NBC khas untuk bulan Ramadhan sahaja. Kini sukarelawan program Fast2Feed Muslim Aid Malaysia dapat merasai minuman keraian dan acara komuniti dari Palestin ini.

Sempena acara kebajikan yang akan dilancarkan itu, Coca-Cola akan mengadakan kempen Ramadhan melalui televisyen, radio dan di kedai. Kempen kreatif dan grafik itu telah direka secara kolaborasi oleh pasukan Coca-Cola di Timur Tengah, Afrika Utara dan negara-negara lain yang menyambut Ramadhan seperti Pakistan, Indonesia, Malaysia dan juga negara-negara di Afrika Barat.


Kempen tersebut bermatlamat mengetengahkan detik-detik istimewa sepanjang Ramadhan termasuk keriangan antara ahli keluarga dan kawan semasa mengadakan majlis makan Iftar, dan keistimewaanan bulan Ramadhan dalam kehidupan umat dan keluarga Islam di seluruh dunia, termasuk Malaysia.

Di Malaysia, Coca-Cola akan memanfaatkan penglibatan stesen radio utama untuk menghantar DJ radio popular ke rumah pemenang peraduan untuk membawa hidangan Iftar yang lazat untuk 10 orang.

Fund4Food & Fast2Feed 2016

What is Fund4Food?

Fund4Food is an annual event organized by Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia to kickstart fundraising for its Ramadhan programme. Bubur lambuk will be sold to the public where funds collected will go towards the Fast2Feed programme. This year will be the fifth edition of the event.

What is Fast2Feed?

Fast2Feed is a month-long event held annually in Ramadhan by Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia, specifically to serve the needy in the country. Through this event, the foundation acts as a link between donors and recipients by engaging in activities such as breaking of fast, gifts of food and clothing items. This year will be the 10th edition of the programme. The basic concept is for donors to give what they usually spend on food, to the poor.

Who are the recipients of this programme?

We aim to serve the needy in the following categories: orphans, children from poor families, refugee communities, Orang Asli, the old and people with disabilities. Annually, we aim to serve more than 2,000 recipients.

How are funds received going to be used?

The funds will be used in a variety of ways. The bulk will go towards breaking of fast at selected locations besides distribution of food items or cash. The decision will be made after an assessment of needs of each location is done.

How can the public or companies contribute towards this effort?

We have three packages that the donors can contribute to. 

Package A: RM40 per head to sponsor 1 recipient

Package B: RM60 for sponsoring 1 recipient and for 1 donor to join the event

Package C: RM150 to sponsor a suit of new Eid clothes

Where would these events be held?

F4F will be held at Pasar Tani Mega, Shah Alam on 5 June 2016 while F2F will be implemented at 25 locations throughout the country starting from 7 June 2016 until 1 July 2016.