Showing posts with label FABER-CASTELL MALAYSIA. Show all posts
Showing posts with label FABER-CASTELL MALAYSIA. Show all posts

Thursday, November 21, 2019

FABER CASTELL 'Çastle Heroes' Kempen Kembali ke Sekolah

Hi Korang,

Faber-Castell Malaysia melancarkan kempen ‘Kembali ke Sekolah’ tahun ini dengan tumpuan memupuk kreativiti dan imaginasi kanak-kanak. Syarikat tersebut percaya bahawa ini akan merangsang perkembangan otak di kalangan anak-anak kecil. 


Menurut Andrew Woon, Pengarah Urusan A.W Faber-Castell Malaysia Sdn Bhd, "pilihan produk alat-alat tulis yang tepat adalah faktor penting yang akan menyumbang kepada perkembangan otak anak-anak kecil. “Set alat-alat tulis yang baik akan mempertingkatkan pengalaman pembelajaran mereka serta meningkatkan kemahiran motor halus mereka. Contohnya, pensel Tri-Grip dan Grasp Crayon direka khas untuk penggunaan yang selesa supaya kanak-kanak suka menggunakannya dan membangkitkan minat mereka untuk belajar,” kata Woon. 

Berdasarkan kualiti serta kesungguhan penyelidikan dan ketabahan jenama Jerman, Faber-Castell telah menghasilkan produk rekaan ergonomik. Dengan produknya, matlamat Faber-Castell ialah untuk menawarkan pengalaman kreatif yang akan memberikan keseronokan dan inspirasi kepada pelanggan. 



Kempen Kembali ke Sekolah tahun ini bertema Castle Heroes, yang menampilkan watak lelaki bernama Bernard dan watak perempuan yang bernama Cassandra. Kedua-dua watak Castle Heroes ini akan memberikan inspirasi kepada kanak-kanak untuk menggunakan imaginasi mereka dalam mengatasi halangan dan cabaran. 

Launch of the Faber-Castell Castle Heroes Display

Sempena pelancaran kempen Kembali ke Sekolah, empat set Castle Heroes yang memberikan inspirasi telah diperkenalkan. Set-set tersebut merangkumi set keperluan sekolah yang lengkap dengan alat-alat yang diperlukan untuk kegunaan di sekolah, set melukis yang termasuk satu set kad lukisan kreatif, set pensel mekanikal dan satu set pemadam yang mengandungi 3 pemadam. 


Selain daripada set Castle Heroes, Faber-Castell Malaysia juga memperkenalkan beberapa set Kembali ke Sekolah, set-set promosi dan set hadiah yang ideal untuk dijadikan hadiah di musim cuti ini. Antaranya termasuklah produk-produk baharu yang inovatif seperti Buku Mewarna realiti terimbuh (AR) ‘Colour to Life’ dengan Connector Pens; My Colour Companion First Grasp Crayons dengan sebuah buku mewarna – dihasilkan khusus untuk anak-anak kecil berusia tiga hingga empat tahun; dan juga pensel Tri-Writing Colour Design berbentuk tiga segi yang menarik, yang amat sesuai untuk menulis dan melukis. 

‘Colour to Life’ adalah aplikasi digital yang terkini dari Faber-Castell Malaysia untuk membawa kemajuan dalam aktiviti mewarna dan melukis. Set ini termasuk buku pewarna, set warna Connector Pens dan app hidupkan watak-watak buku dengan pewarna. Buku pewarna Augmented Reality (AR) ini adalah yang pertama seumpamanya yang dihasilkan oleh syarikat alat tulis.
 
Handover Ceremony To Trinity Community Children's Home. Center (L-R)Mr Andrew Woon, Managing Director of A.W Faber-Castell (M) Sdn Bhd, Ms Wendy Hew Manager of Trinity Community Children's Home-min

Acara pelancaran kempen Kembali ke Sekolah ini juga menyediakan persembahan 24 orang kanak-kanak, berumur dalam lingkungan empat hingga 16 tahun dari Trinity Community Children’s Home. Rumah kebajikan tersebut juga diberi tajaan bekalan alat tulis setahun oleh Faber-Castell Malaysia untuk memenuhi program tanggungjawab sosial korporat. 

Sempena kempen Kembali ke Sekolah tahun ini, terdapat pelbagai aktiviti untuk memupuk kreativiti yang disediakan untuk orang ramai, seperti peraduan ‘Spot, Snap and Win’ serta aktiviti mewarna di lokasi dan bengkel kreatif Tack-It di lokasi beli-belah terpilih di seluruh negara. 


Untuk menjadikan kempen ini lebih menarik bagi para pelanggan, Faber-Castell Malaysia juga bekerjasama dengan KidZania untuk menawarkan diskaun istimewa bagi tiket masuk ke KidZania dengan pembelian pensel warna Slim-Flexi atau pensel warna Watercolour Faber-Castell. Dengan setiap resit pembelian, pelanggan layak membeli sehingga empat tiket dengan diskaun 35 peratus dari 1 November hingga 31 Disember 2019 dan diskaun 40 peratus dari 1 Januari hingga 31 Mac 2020. 


Di samping itu, satu peraduan mewarna yang dianjurkan oleh Faber-Castell juga akan berlangsung dari 1 hingga 30 November 2019, di mana lembaran pewarna boleh didapati dari KidZania atau dengan memuat turun dari Facebook Faber-Castell Malaysia. 



Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 







Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Thursday, November 15, 2018

FABER-CASTELL MALAYSIA Lancar Kempen 'BAS KEMBALI KE SEKOLAH'

Hi Korang,

Rupanya kilang Faber Castell ni terletak di Subang Jaya, baru tau hehehehe

Kebetulan ada invite melawat kilang alat tulis yang terkemuka di Asia Tenggara ni kan, so haruslah janganlah di lepaskan peluang wokeh.


Faber-Castell Malaysia melancarkan Bas Kembali ke Sekolah (Back-to-School Bus) dengan Slim-Flexi Case Pensel Warna Klasik 36 & 48 baharu sempena Kempen Kembali ke Sekolah yang kini sedang berlangsung hingga awal Januari 2019. Bas Kembali ke Sekolah dari Faber-Castell Malaysia yang akan ditempatkan di semua kedai buku, pasaraya dan pasaraya besar terkemuka di seluruh negara menjadi daya penarik dalam kalangan pelanggan dengan inovasi produk terkininya dan peragaan yang menarik. 

Dilengkapi dengan komponen 3D yang menarik, bas sekolah Kembali ke Sekolah tersebut menampilkan beraneka jenis produk alat tulis terkini dari Faber-Castell dan pek promosi yang memberi nilai bagi wang pelanggan. Lebih menarik lagi, ia turut menyertakan sorotan produk utamanya iaitu Slim-Flexi Case Pensel Warna Klasik 36 & 48 yang diperagakan bersama contoh karya mewarna yang mengagumkan hasilan daripada pensel warna Faber-Castell. 


“Bas Kembali ke Sekolah yang direka khusus oleh Faber-Castell ini membuktikan komitmen jenama ini untuk berinovasi dalam memberikan pengalaman membeli-belah yang unik kepada para pelanggan. Dengan pelancaran Bas Kembali ke Sekolah oleh Faber-Castell, kami menyasarkan bukan sahaja untuk memperkenalkan inovasi produk terkini dari Faber-Castell, tetapi kami juga berharap dapat memeriahkan mood pengguna dalam persediaan untuk menghadapi tahun persekolahan yang baharu,” kata Ivy Leong, Pengurus Pemasaran Faber-Castell Malaysia pada pelancaran Kempen Kembali ke Sekolah Faber-Castell Malaysia serta pelancaran Slim-Flexi Case Pensel Warna Klasik 36 & 48. 

Slim-Flexi Case Pensel Warna Klasik 36 & 48 yang BAHARU dari Faber-Castell direka dengan alur dalaman untuk memastikan pensel warna berada dalam keadaan tersusun rapi dan kemas ketika disimpan. Tambahan pula, kotaknya yang nipis dan padat mengurangkan ruang simpanan (contohnya beg sekolah) supaya ia boleh dibawa dan digunakan di mana-mana mengikut kesesuaian pengguna. 

“Reka bentuk pek Faber-Castell yang terkini bagi pelbagai jenis pensel warnanya (iaitu 12, 24, 36 & 48 warna), bertujuan memberikan pengalaman pengguna yang lebih baik – sama ada di sekolah, pejabat atau untuk tujuan santai. Kami yakin dengan kotak Slim-Flexi baharu yang padat, fleksibel dan nipis ini, pengguna terutamanya kanak-kanak sekolah akan berasa lebih seronok dan bersemangat untuk membawanya ke mana-mana dan seterusnya dapat menikmati keseronokan melukis dan mewarna dengan kreatif menggunakan pensel warna Faber-Castell,” tambah Leong. 

Antara produk terkemuka dari Faber-Castell termasuklah Air Gel Pen yang dilengkapi ciri-ciri dakwat yang cepat kering dan genggaman yang lembut. 




Inovasi produk terkini lain dari Faber-Castell yang terdapat di pasaran adalah Stamp Markers (6 & 10 warna), pengasah pensel (UFO, Panda Table Top & Bear Table Top), pensel mekanikal (Shark & Bubble), pemadam (Seaworld), pen mata bulat & pen gel (WinBall, Eco Gel, Air Gel & Super Clip Gel), isian semula marker papan putih dan highlighter (Textliner 18). Harga produk alat tulis Faber-Castell bermula dari RM1.30 ke atas. 

Sempena Kempen Kembali ke Sekolah ini, Faber-Castell Malaysia turut menganjurkan peraduan ‘Spot, Snap & Win’ yang kini sedang berlangsung hingga 6 Januari 2019. 


Rebut peluang untuk memenangi Wang Tunai sebanyak RM150 + Produk-produk Faber-Castell dengan menyertai peraduan Spot, Snap, & WIN bersama Bas Kembali Ke Sekolah! 

Berikutlah cara untuk MENANG 

Langkah 1: 
Tangkapkan Gambar atau Video (secara kreatif) bersama Bas Kembali Ke Sekolah Faber-Castell di mana-mana pasaraya yang berdekatan. 

Langkah 2: 
Muat naikkan Gambar/Video di laman FB/IG anda dengan Hashtag #fabercastellbacktoschool

Rebutlah peluang untuk menjadi salah seorang daripada 40 pemenang untuk memenangi hadiah tunai RM150 dan produk-produk Faber-Castell bernilai RM80 berserta sekotak Slim-Flexi Case Pensel Warna Klasik 36 & 48 yang direka khas untuk korang.

Sempat kak lily melawat kilang Faber Castell untuk melihat sendiri cara pembikinan pen, ermm unik rupanya

kak lily belajar buat macaron wokeh hehhe

Sementara itu, sempena sambutan ulang tahun jenama ini yang ke-40, Faber-Castell Malaysia juga mengumumkan pembabitan syarikat tersebut dalam program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang melibatkan pemberian bekalan produk alat tulis untuk setahun kepada kanak-kanak di 40 buah rumah amal di seluruh negara. 

“Kejayaan Faber-Castell Malaysia sepanjang 40 tahun ini tidak mungkin dapat dikecapi tanpa sokongan umum. Oleh itu, kami sentiasa berpegang kepada prinsip berbakti kepada masyarakat. Dengan memberikan produk alat tulis yang paling berkualiti kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik, Faber-Castell Malaysia berharap dapat menaikkan semangat kanak-kanak yang kurang bernasib baik ini sambil menyerikan meja mereka dengan kelengkapan peralatan tulis untuk penggal persekolahan yang akan datang,” tambah Leong lagi. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Kempen Kembali ke Sekolah Faber-Castell Malaysia dan program CSR 2018, daftar masuk ke laman Facebook rasmi Faber-Castell Malaysia di https://www.facebook.com/fabercastell.malaysia/










Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com