Hi Korang,
Ermm EPHYRA, siapa yang tak pernah dengar kan produk ni sila angkat tangan!!
Ishk korang ni kata havoc kat social media tapi jenama EPHYRA ni tak kenal, ishk ishk sesuai yang amat rugi ek. Aku dah kenal EPHYRA ni sejak 3 tahun lepas, memula sekali aku minum kolagen drinks diorang ni ek, memang-memang sedap dan berkhasiat tau.
Kemudian secara perlahan-perlahan EPHYRA mula mengeluarkan produk kecantikan muka aku pernah cuba skin bar, pas tu repair serum dan yang terbaru ni ni moisturizer plak tau.
Nanti aku citerkan semua sekali tau.
Jeng jeng jeng
Memperkenalkan
Ephyra Skin Care Series
Set ini mengandungi :
1. Ephyra Skin Bar (sabun cucian muka)
2. Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum (Serum dengan Nano Teknologi)
3. Ephyra Skin Snow Advanced White Repair (Pelembap wajah dengan Geno White Teknologi)
Kalau korang nak tahu, Ephyra Skin Care Series sesuai untuk semua jenis kulit, malah ianya tidak terhad bagi wanita sebab lelaki pun boleh memakainya. Kita orang pompuan of courselah nak senantiasa cantik tapi kalau korang nak bagi husband korang guna pun boleh so sesamalah cantik dan ensem ek!!
Ketiga-tiga produk ini mempunyai fungsi dan kelebihanya tersendiri. Jom tengok kelebihannya.
EPHYRA SKIN BAR
Ephyra Skin Bar adalah sabun pencuci muka yang diformulasi 100% dengan bahan semulajadi dan tanpa sebarang bahan kimia terlarang. Dengan gabungan khasiat Glutathione, Alpha Arbutin dan Kolagen, Ephyra Skin Bar adalah antara “HOT SELLING PRODUCT” untuk jenama Ephyra.
KELEBIHAN EPHYRA SKIN BAR
-Merawat kulit berjerawat
-Menghilangkan parut jerawat dan jeragat
-Menanggalkan kotoran, minyak dan sel kulit mati
-Mencerahkan wajah secara semulajadi
-Menghilangkan bintik-bintik hitam
EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM (dengan Nano Technology)
Serum untuk kulit yang sangat power dan telah dipatenkan oleh SWISS NANO TECHNOLOGY yang berfungsi untuk menjadikan kulit korang cantik dan berseri. Serum ni tak melekit dan tak berminyak serta sangat mudah meresap ke dalam kulit ini untuk membaiki struktur sel kulit dari luaran sehingga ke lapisan kulit yang paling dalam. Bila pakai, rasa macam tegang je muka. Rasa macam pakai botox pun ada.
Gabungan bahan antioksida seperti Glutathione, Vitamin E dan Vitamin C memberi manfaat kepada kulit untuk memulihkan, memperbaharui dan melindungi kulit dari radikal bebas dan pencemaran. Serum ini juga sesuai untuk menghilangkan masalah jeragat yang degil.
KELEBIHAN SERUM EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM
-Menghilangkan jeragat degil dan parut jerawat
-Memperbaiki tona kulit tidak sekata
-Menganjalkan, menegangkan dan mengembalikan keremajaan kulit
-Mencerahkan kulit kusam
-Menghilangkan lebam bawah mata serta sunburn
EPHYRA SKIN SNOW ADVANCED WHITE REPAIR (dengan teknologi Geno White)
Ephyra Skin Snow adalah pelembap wajah berteknologi Geno White yang digunakan selepas menggunakan serum Ephyra Skin Nano. Kesan penggunaan seawal 9-14 hari. Sesuai digunakan oleh semua jenis kulit tak kira lelaki dan perempuan. Takde paraben, takde hydroquinone ataupun merkuri. Pelembap ini tak melekit, tak berminyak dan sangat mudah meresap ke dalam kulit.
KELEBIHAN EPHYRA SKIN SNOW ADVANCED WHITE REPAIR
- Melembapkan dan mengekalkan kelembapan wajah
- Mencerahkan kulit seawal 9 -14 hari
- Menggunakan teknologi Geno White (teknologi yang mengawal pengeluaran melanin)
- Menambahkan agen perlindungan kulit (UV protection)
- Membantu mengurangkan minyak berlebihan pada kulit yang menjadi punca jerawat
- Mengurangkan kesan-kesan penuaan (garis halus & jeragat)
- Menambahkan keserian kepada wajah untuk kekal muda dan bersih.
Ermm nampak, panjang lebar aku terangkan pada korang untuk korang paham lebih details mengenai produk EPHYRA ni ek.
Testimoni Cik Lily Putih
Di sebabkan usia aku dah masuk alam remaja purba ni so masalah jerawat tu memang kuranglah bukanlah tak de tapi kurang, cuma sekali sekala je muncul time period je. Masalah aku yang paling ketara adalah kulit berminyak. Ye korang, rasanya semua orang tau dan boleh nampak. Kalau time aku bergambar tuh kemain berkilat nau muka. Walaupun sebelum bergambar tuh aku dah lap minyak kat muka tuh but stil banyak gak.
Selepas Guna EPHYRA, kurang minyak dan muka mula jadi bersih dan cerah
Bila dah guna produk EPHYRA ni rasa berkurang sket, kulit rasa lembap. Bila amik gambar tuh, muka nampak bersih dan jadi cerah plak. Bila pi event je, ramai cam duk cakap kulit muka aku less oil dan bersih sampai ada yang cakap licin nau muka ek hahahahahha segan plak rasanyalah.
Ini testimoni Cik Lily Putih la ye kalau orang lain maybe kesannya tak sama, ikut kulit muka memasing.
Berapakah Harga Ephyra Skin Care Series?
Harga Ephyra Skincare Series (harga satu set) adalah :
RM 140 (SM) dan RM 150 (SS)
Aku galakkan korang ambil Ephyra Skin Care Series Set sebab lagi murah dan menjimatkan. Kalau korang nak beli asing pun boleh, menurut harga dibawah :
# EPHYRA SKIN BAR : RM 39 (SM) ; RM 45 (SS)
# EPHYRA SKIN NANO : RM 68 (SM) ; RM 72 (SS)
# EPHYRA SKIN SNOW : RM 48 (SM) ; RM 52 (SS)
Awas ! Jangan Tertipu Dengan Ephyra Skin Care Tiruan.
Zaman sekarang ni banyak produk kecantikkan yang palsu dan tiruan. Nii aku kongsi sikit, bagaimana nak elak korang daripada beli produk Ephyra yang tiruan. Korang rujuk pada gambar yang tertera di bawah. Setiap produk Ephyra akan mempunyai satu bar cod. Mudah sahaja, korang scan bar cod tersebut.
Jadilah pengguna yang bijak!
Untuk Maklumat lanjut dan pembelian, sila rujuk di link bawah ni
Facebook : www.facebook.com/oceanlife2u
Instagram : @ephyra2u