Showing posts with label Elizabeth Tan. Show all posts
Showing posts with label Elizabeth Tan. Show all posts

Wednesday, March 6, 2019

Misteri Dilaila

Hi Korang, 

Last week kak lily pi tengoklah filem Misteri Dilaila di Subang Parade, alah kan cuti celebrate birthday Mr Big kan hehehehe. Langsung tak plan pun, sebab malas nak tempuh jem balik petang tuh so ktorang pi tengok wayang ni. 

mahal tiket wayang ek, RM17 seorang. Nampak nau lama tak pi tengok wayang kan

Nampak plak citer Misteri Dilaila ni lagi 10 minit nak start so apa lagi terus je pi beli. 

Orang tak ramailah maybe show awal sangat kot then orang belum balik keje lagi so dapatlah ktorang seat atas-atas tuh. Tak beli makan pun sebab baru je lepas melantak NY Steak Shack kan so lepak jelah. 

Ni kak lily share sket sinopsis Misteri Dilaila ni ek 


Pasangan suami isteri Jefri dan Dilaila telah pergi bercuti di sebuah banglo mewah. Bagaimanapun, percutian mereka tidak seperti yang dijangka apabila Jefri mula diganggu kejadian aneh pada malam pertama. Pada keesokan harinya, Jefri mendapati isterinya hilang. Apabila seorang lelaki bernama Iman Aziz memaklumkan yang Dilaila sudah ditemui, Jefri terkejut kerana dia mendapati wanita itu bukan isterinya, tetapi wanita itu mengakui dirinya sebagai Dilaila. 

Seriously kak lily memang tak tau menahu langsung pasal citer ni, masa diorang interview artis kat radio kak lily malas nak dengar sebab tak terfikir pun nak tengok citer ni. 

Masuk-masuk panggung je bila screen tuh keluar tulis V.2 takderlah rasa apa menda pun, ingatkan diroang punya barcode ke reference no. bagai kan. So menontonlah sambil tutup-tutup muka dengan tangan dan intai celah-celah jari je. Yelah kak lily mana sukalah ada babak hantu-hantu ni bukan apa takut mengigau malam, itu yang leceh tuh. 

Bila pengabisan citer cam tuh, aduimak macam tengok citer Korea lagi ni. Kene fikirkan ending sendiri lately ni asyik kene fikirkan ending camne je plak sakit kepala di buatnya lah. So terus kak lily imagine apa yang jadi sebab clue-cluenya diorang dah bagitau semasa awal citer lah. Mr Big cakap alah anggap jelahapa yang dia cakap tuh. 

So kesimpulannya: 

1. Filem Misteri Dilaila ni ada 2 ending rupanya, kak lily pi tengok yang V.2. Ramai orang cakap V.1 best tapi malaslah aku nak pi tengok 2 kali kan. 

2. Dia bukan citer hantu tapi citer thriller yang kene korang berfikir tapi hantu-hantu yang keluar tuh buat spoil ler. Ahkak ko ni penakut yang ampunnn 

3. Untuk V.2 very straight forward kalau korang concentrate tengok sebab korang dah boleh tangkap siapa dalangnya. Kak lily memang peminat citer thriller so I do take notes in every single details. 

4. Bila part Farid dah mengaku pompuan yang Iman hantar balik tuh kakak dia, kak lily dah agak dah citer ni akan jadi lain. 

5. Rosyam Nor memang terbaek, dengan kak lily sekali tertipu. Sangat-sangat menjadi giler wataknya. 

6. Polis ensem tuh, rupanya pelakon drama Petua Nenek yang jual sayur tuh hehehhe 

7. Orang-orang jahatnye semua tak di sangka-sangka. 

8. Tapi sebenarnya Dilaila tuh hidup ke mati ????? hehehehhe 

Ini kesimpulan yang kak lily dapat buatlah dan kak lily pun pengritik filem pun, just bagi pandangan je. I give 8/10 star, lagi 2 tuh bab hantu tuh memang spoil lah for me. 

Korang yang kritik kata Syafik tuh meniru filem Hollywood lama tuh lantakkan lah. Memang jalan citer lebih kurang sama tapi ada bezanya kalau korang dapat perhatikan. 

Apa-apa pun I liked Misteri Dilaila 

Sempat lagi korang nak pi tengok kat panggung ni weekend ni ada lagi rasanya.













Kaki Bebel,

LILY


www.ciklilyputih.com

Thursday, September 24, 2015

‘Rasa-vaganza’ di Foodie Fest the Curve

Hi Korang,

Berita baik untuk semua pencinta makanan! Bersiap sedia untuk pesta makanan terunggul bertempat di tengah-tengah Mutiara Damansara anjuran the Curve yang menjanjikan nikmat kelazatan dan kepelbagaian jenis makanan kepada anda.

sumber : google.com

Berlangsung dari 2 hingga 4 Oktober 2015, Foodie Fest selama tiga hari ini merupakan pesta aneka jenis makanan yang menampilkan 18 gerai yang menawarkan pelbagai jenis makanan ringan, minuman, pencuci mulut, pastri, kuih muih lazat dan banyak lagi! Pengunjung pastinya akan rambang mata dengan segala pilihan kulinari yang disediakan sambil bersiar-siar di Centre Court the Curve sambil menikmati makanan di gerai makan ala jalanan yang didirikan.

Daripada ais krim kelapa Thai, pelbagai jenis teh tempatan yang unik, makanan berkonsepkan ‘fusion’ yang cukup meliurkan, pai-pai enak, kek dan aneka waffle, kepada kopi yang dipaketkan khas, keropok lekor dan banyak lagi, Foodie Fest pastinya akan menjadikan hujung minggu anda cukup menyelerakan.

sumber : google.com

Namun, semua keseronokan untuk pembeli-belah tidak terbatas hanya kepada makanan yang lazat! Chef-chef amatur juga berpeluang menyaksikan bakat yang akan ditonjolkan oleh dua chef terkemuka Malaysia. Mereka bukan sahaja akan berkongsi kepakaran dan bakat dalam demonstrasi memasak, malahan akan turut meluangkan masa bersama peminat dalam sesi Meet-and-Greet.

Finalis MasterChef Malaysia 2011, Chef Nik Michael Imran akan turut serta dan menyediakan Caesar Salad, Kari Kapitan Ayam dan Crème Brulee Pandan pada hari Sabtu pada jam 5.30 petang. Di samping itu, personaliti TV antarabangsa yang serba berbakat, Chef Sherson Lian akan berada di atas pentas pada hari Ahad pada jam 5.00 petang dalam sesi demonstrasi masakan menampilkan Kacang Pool dengan Telur Rebus, Roti Goreng dan Pan Fried Miso Orange Cod dengan Asparagus Putih.

Pengurus Besar the Curve, Jazmi Kamaruddin, berkata, “Dengan senarai pilihan destinasi makanan yang sentiasa bertambah termasuk restoran-restoran terkenal, kafe, pub dan bistro, dan tidak ketinggalan ruang makan al-fresco kami sepanjang The Street, makanan sentiasa menjadi satu aspek utama di the Curve. Foodie Fest merupakan satu inisiatif kami untuk meraikan minat rakyat Malaysia terhadap makanan ala gerai jalanan yang unik lagi enak, dan kami berharap semua pengunjung akan menikmati masa yang hebat sepanjang hujung minggu ini!”

Tambahan pula, apa yang lebih seronok ketika menikmati makanan enak selain disertakan sajian hiburan yang mengasyikkan? Pesonaliti sensasi Youtube Malaysia, Elizabeth Tan yang telah menarik ramai peminat menerusi bakatnya akan mengadakan penampilan istimewa di Foodie Fest dan akan mempersembahkan beberapa lagu secara langsung di atas pentas pada hari Ahad, jam 2.00 petang.


Chef Nik Michael Imran menambah, “Tiada apa yang lebih baik selain menikmati hidangan makanan yang lazat bersama rakan-rakan dan Foodie Fest merupakan satu kesempatan unik untuk kita berbuat demikian. Setelah melalui satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan bersama MasterChef Malaysia, saya amat teruja untuk berkongsi beberapa tip kegemaran yang telah saya pelajari. Saya juga berharap semua pencinta makanan akan turut sama menyertai kami di the Curve!”


Chef Sherson Lian turut memuji idea kreatif di sebalik Foodie Fest dengan menyatakan kegembiraannya dengan acara tersebut. “Saya gembira kerana telah dijemput oleh the Curve untuk mengambil bahagian dalam pesta ekstravaganza makanan selama tiga hari ini! Saya telah mewarisi semangat cinta akan masakan dari ibu saya dan amat gembira kerana berkesempatan untuk berkongsi minat akan makanan bersama semua menerusi acara ini. Saya benar-benar teruja untuk berjumpa dengan semua peminat dan pencinta makanan di demonstrasi masakan ini,” ujarnya.

Pembeli-belah boleh bersiap sedia menunggu ketibaan Foodie Fest dengan Apron Masterculinary ekslusif yang disediakan untuk penebusan seminggu lebih awal! Daripada 28 September sehingga 4 Oktober 2015, pelanggan hanya perlu berbelanja dengan jumlah minimum RM150 dalam dua resit terkumpul pada hari yang sama dari mana-mana kedai di the Curve untuk menebus dua set apron yang ditempah khas ini. Penebusan adalah tertakluk kepada terma dan syarat.


Sebarang soalan tentang Foodie Fest? 

Sila hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan the Curve di talian 03 7710 6868 
atau 
atau 
laman Facebook the Curve di www.facebook.com/theCurveShoppingMall