Showing posts with label Dutchlady. Show all posts
Showing posts with label Dutchlady. Show all posts

Tuesday, October 4, 2016

Dutch Lady PureFarm, Susu No.1 Untuk Sarapan Pilihanku

Hi Korang,

Semua orang minum susu, betul kan!!

Tipulah kalau ada orang yang tak pernah minum susu ek, masa kecik-kecik mesti minum susu kann kalau tak cam ne nak membesar bagai johan.


Even sekarang walaupun dah tua bangka ni pun, susu tetap jadi kewajipan untuk aku minum waktu pagi sebelum keluar pi kerja walaupun kami tak de anak untuk di suruh minum susu hahahahaha even kucing aku si #dakuban tuh pun minum susu pepagi tau jangan tak caya ye..


Untuk pengetahuan semua nutrisi seperti kalsium sekiranya tidak mencukupi dalam diet pemakanan kita sememangnya boleh memberi kesan yang sangat besar. Antaranya seperti tumbesaran akan terbantut, tulang menjadi lemah, gusi berdarah, sentiasa rasa letih, kehilangan berat badan yang teruk dan boleh menjadi penyebab kepada penyakit-penyakit serius yang tidak dijangka.

Ini kerana kalsium adalah keperluan yang penting bagi memastikan tulang dan gigi yang kuat serta pertumbuhan tisu badan yang sihat.


Jadi bagi mengatasi masalah kurangnya kalsium dalam diet pemakanan harian, kita perlulah mengambil susu terutama ketika bersarapan di waktu pagi. Terutamanya selepas 8 jam kita tidur di waktu malam. Ini kerana sebaik sahaja bangkit kita memerlukan sekurangnya 85% air (yang mana ada terkandung dalam susu). Dengan 275mg kalsium (sekurang-kurangnya) dari susu sudahpun memadai melengkapkan keperluan kalsium anda setiap hari.

Nampak siap bawak bekal pi opis minum ek..

Dan tidak dinafikan masyarakat Malaysia sememangnya mempunyai pelbagai pilihan jenis hidangan sarapan yang boleh diambil setiap pagi. Namun hidangan ini tidaklah lengkap tanpa kehadiran 275mg kalsium yang sekurang-kurangnya perlu diambil setiap hari.

Misi 7 hari bersama susu Dutch Lady PureFarm yang telah aku lakukan 2 minggu lepas.

DAY 1
Sekotak susu dutchlady PureFarm bersama English Breakfast set

DAY 2
Sekotak susu dutchlady PureFarm bersama 2 keping donuts

DAY 3
Sekotak susu dutchlady PureFarm bersama oats dan kekacang

DAY 4
Sekotak susu dutchlady PureFarm bersama sebungkus nasi lemak (malaysians favourite

DAY 5
Sekotak susu dutchlady PureFarm bersama set roti telur

DAY 6
Sekotak susu dutchlady PureFarm bersama meehoon goreng

DAY 7
Sekotak susu dutchlady PureFarm bersama bubur nasi ayam

Seperti keluarga Aaron Aziz yang turut menikmati susu Dutch Lady PureFarm setelah mengetahui kepentingan keperluan susu dalam kehidupan mereka yang aktif.


“As the saying goes, a family that eats together, stays together. Having calcium-rich milk at breakfast not only fortifies my family physically, it gives us the time to talk with each other and share a dose of family love before we start our day. This cements our bond as a family. So if I am not sleeping in or at work, my wife Diyana and I would definitely enjoy breakfast together with our kids!” 

Korang jangan lupa pulak untuk bersarapan bersama susu Dutch Lady PureFarm ini kerana setiap 2 sajian susu setiap hari sudah memenuhi keperluan nutrisi yang diperlukan oleh badan.

Betullah aku tak tipu!!

Dah cepat pi minum susu ek....



Keterangan lanjut boleh layari, https://www.dutchlady.com.my/

#SarapanDutchLady


Monday, May 31, 2010

Hari Susu Sedunia Di Pavilion-Penat Betul lah!

Morning Korang,

Terlambat update plak pasal hari susu nie. Semalam merupakan Hari Susu Sedunia. Eventho tarikhnye jatuh 1hb June 2010 tapi sambutan dibuat pasal hari semalam.

So dengan penat tak abis dari Digi Break Event Party, ktorg gagahkan diri bangun awal lagi untuk event nie. So sampai Pavilion dalam kul 9.40am camtu, nasib baik parking kete kat Grand Millennium tu, so dekatlah sket.

Lautan Manusia

Dapat no.

Sampai2 je, aku tengok ribuan manusia dah membanjiri dataran depan water fountain nie. Pelbagai rupa dan bangsa ade. Dari yang secomel2 baby sampai ke veteran2 atuk nenek pun ada, semata2 nak memeriahkan acara yam-cha susu beramai2 nie. Aku pun sibuklah cari registration counter dia, memang banyak tapi counter bergerak. Selepas register, kami diberikan nombor untuk ditampal dan juga goodies bag. Wow, sukanya.

Majlis pelancaran start dalam kul 11am. Bayangkan ktorg beratur selama 1 jam. Tapi tak per seronok, perhatikan ragam manusia yang ada kat situ sambil dihiburkan MCnya oleh Sharizat. Ala korang mesti kenal lah, artis okeh!.La sebab apa kene beratur ek? Rupanya ada live telecast from TV3 ermm patut pun.

Apa lagi bila MC start kira je, terus cucuk straw kat kotak susu then yam-cha reramai. Seronok oo minum reramai nie kan. Ktorg di bekalkan lagi dengan sekotak susu low fat untuk yam-cha nie, so tambah lagi susu dalam perut aku nie. Memang cuci abislah perut nie. Lepas abis acara, ktorg diberikan sijil MBR untuk event nie. La tambah lagi koleksi sijil aku ek, takper2 leh tunjuk time interview keje nanti kan.

So ktorg pun startlah bergerak ke booth yang disediakan. Sambil tengok2 sambil bercamwhore ok. Di antara yang aku jumpe adalah :

Amber Chia

Shasha Basher

Hah, Kak Red pun ada okeh! So sempatlah gossip2 sket kan.

Wah, terasa cam artis plak. Semalam pun glamour pun tak abis lagi. Tambah plak ari nie.

Goodies Bag - I like!

Apa-apa pun event susu nie memang best. Walaupun penat tapi seronok k!

TQVM Dutch Lady, aku membesar bagai johan dengan kamu!

p/s: alamak, entry untuk Digi Break Event Party lom buat lagi! So tungguuuu...

Friday, May 28, 2010

Apa Yang Aku Miss Nieh!

Hi Korang,

Terasa lama betul tak update kan. Maklumlah next week ade signing ceremony unutk project baru nie. So banyak benda kena prepare.

Selain daripada contract document kene prepare, contract drawing pun kene check gak. Maklumlah aku nie di antara orang2 yang terlibat rasanya memanglah amat sibuk 2-3hari nie. Dahlah bilik aku kat opis nie dah jadi infomation counter. Segalanya ada di bilik aku nie.

Malas nak bebel pasal kejelah, penat dah seharian bekerja takkan nak citer pasal keje lagi kot.

So sepanjang aku 2-3 ari aku tak update blog nie, banyak jugaklah aku miss.

Di antaranya:-


1. Aku orang ke15 yang join contest Eyriqazz nie. Uik bangga gak nie, aku nie dah lah payah nak masuk contest2 yang memerlukan ketajaman pemikiran kan.


2. Majoriti kengkawan aku dapat tengok Prince of Persia. Sedey okeh aku x dapat. Takpelah harap korang enjoy ye!


3. Rupanya nie Digi Break Event Party. Costume? aku blom terfikir lagi.Aku dengar Tasha nak jadi catwomen.betul ke? ke dracula ek!. Si Bean plak nak jadi Ironman. Biar betul ko beb!. K ina, pojie, sumijelly korang nak jadi apa plak ek?


4. Event Hari Susu Sedunia Ahad nie kat Pavilion. Alamak, aku lom janji dengan sesape lagi nie.Tapi Sumijelly ade ajak aku tadi. SiPojiePooh ajak mr Big plak. Wah mengalahkan aku plak ek si budak Pojie nie. Tak per yang penting Redmummy ajak aku tau!

Nie aku baru baca sket, sampai sekarang masih mentelaah lagi.

Hopefully, aku dapat lakukan segalanya dengan sebaik mungkin. Insyallah.