Showing posts with label Duta Jakel. Show all posts
Showing posts with label Duta Jakel. Show all posts

Tuesday, May 7, 2019

Pelancaran Koleksi Jakel Baju Raya 2019 Bersama Duta Jakel Dan JakelStore.MY Online

Hi Korang, 

Gedung pakaian Jakel ni memang setiap tahun ada je koleksi baju rayanya yang meletops sangat, kak lily memang suka sangat fesyen Ready to wear (RTW) keluaran mereka ni. Yelah senang kan, tak yah nak fikir panjang, pilih-pilih design then terus je bayar hehehehehe 

Industri fesyen tanah air semakin berkembang maju dan mendapat perhatian yang tinggi dalam kalangan masyarakat tempatan. Menjadi lumrah setiap insan ingin kelihatan menawan dalam setiap penggayaan terutama ketika musim perayaan. Disamping menitik beratkan soal kualiti, tawaran harga yang dipasarkan juga memainkan peranan penting. 

Sedar mengenai hal ini, pusat gedung tekstil tanah air Jakel mengambil inisiatif dengan berperanan sebagai “one stop centre” bagi memudahkan pelanggan untuk mendapatkan pakaian raya berjenama pelbagai selebriti di bawah satu bumbung. Ini merupakan salah satu konsep berbelanja di Jakel yang ingin para pelanggan merasai sense of belonging ketika berbelanja bersama Jakel.


Kesemua koleksi produk yang dikeluarkan oleh Jakel mementingkan elemen-elemen utama antaranya pemilihan fabrik berkualiti tinggi, permainan warna yang bersesuaian dan perincian rekaan secara kemas dan rapi. Gabungan kombinasi ini untuk menyerlahkan lagi personaliti si pemakai agar kelihatan bergaya dan fashionable sesuai dengan trend terkini “up-to-date”. Ini bersesuaian dengan golongan sasaran Jakel iaitu untuk semua peringkat golongan umur sama ada muda atau tua. Bagi mereka yang memiliki koleksi pakaian daripada Jakel, pastinya ia dapat menimbulkan aura keanggunan untuk wanita dan ciri-ciri maskulin si jejaka.


JAKEL BARULAH RAYA 

Jakel menganjurkan kempen raya yang pertama untuk tahun 2019 di Jakel Mall Kuala Lumpur. Majlis berkonsepkan sembang santai ini menampilkan kemunculan Duta Raya tahun ini di antaranya Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Scha Al Yahya, Awal Ashaari dan Lara Alana (SchAwaLara) dan Ayda Jebat. Turut memeriahkan kempen raya pada hari itu adalah keluarga popular Hanis Zalikha, Hairul Azreen dan Yusuf Iskandar.


Majlis lebih bertambah erti apabila Jakel turut menjemput golongan asnaf dari Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia, Sungai Kantan Kajang dan juga dari golongan kelainan upaya (OKU) penglihatan. Ini adalah satu platform untuk pihak Jakel mendekati golongan berkemampuan disamping meraikan mereka.




Atas nama kemanusiaan dan keperihatinan Jakel, majlis sosial korporat (CSR) juga dianjurkan untuk membantu golongan ini mendapatkan baju baru untuk sambutan hari raya nanti. Malah Jakel turut menyumbangkan sumbangan duit raya kepada penerima. Usaha ini adalah salah satu cara pihak Jakel membantu mereka yang memerlukan. 

Majlis santai ini turut dihadiri oleh Datuk Hj Mohamed Faroz Bin Mohamed Jakel, Pengarah Urusan Kumpulan Jakel. Majlis ini merupakan aktiviti wajib dalam kalendar promosi untuk memasarkan produk pakaian raya antara Duta Raya Jakel bersama pelanggan.

Majlis Lelongan Jualan “Happy Hour”






Selain mendekati golongan OKU dan asnaf, majlis juga dimeriahkan lagi dengan sesi lelongan jualan “Happy Hour” untuk koleksi pakaian raya dimana setiap Duta Raya Jakel akan mempromosi dan menjual koleksi pakaian raya mereka dengan harga runtuh untuk pelanggan Jakel. 

JAKELSTORE.MY 


Pertama kalinya juga, Jakel telah membuka jualan secara atas talian (online). Atas permintaan ramai daripada pelanggan, Jakel telah mewujudkan satu platform atas talian perniagaan untuk memudahkan orang ramai mendapatkan produk pakaiaan Jakel dihujung jari. Memandangkan pelanggan Jakel berada di serata negeri, ini menjadikan mereka sukar untuk berkunjung ke Jakel secara fizikalnya.


Oleh itu Jakel mengambil peluang untuk membuat satu medium yang membolehkan para pelanggan Jakel berbelanja tanpa sempadan. Kesemua produk Jakel kini ini boleh dibeli menerusi laman jualan online di carian www.jakelstore.my.

KOLEKSI BAJU MELAYU 



Koleksi Baju Melayu Aaron Aziz ini direka khas dan khusus yang memberikan kekemasan dan keselesaan. Keistimewaan Koleksi Aaron Aziz adalah ia sememangnya berbeza dari segi penggunaan pelbagai jenis fabrik serta warna.



Lebih istimewa tahun ini, Jakel merevolusikan koleksi Baju Melayu Nabil Ahmad dengan perincian zip di sisi baju (bahagian pesak) dan di pergelangan tangan (sleeve). Masih mengekalkan konsep moden kontemporari iaitu berpotongan slim-fit yang menekankan kekemasan di bahagian leher dan poket.


Selain daripada itu, untuk tahun keempat berturut-turut Baju Melayu Awal Ashaari mengekalkan penjualan dalam pasaran dan memeriahkan lagi kempen jualan raya pada tahun ini. Pada tahun ini, koleksi Awal Ashaari lebih memfokuskan kepada potongan, warna dan kualiti fabrik untuk membantu para jejaka beraya dengan penuh gaya dan keyakinan seperti Awal Ashaari.


Menjadi kelaianan pada tahun ini juga, Jakel mengeluarkan koleksi Baju Melayu Hairul Azreen. Istimewanya koleksi baju melayu Hairul Azreen diperkemaskan lagi dengan perincian jahitan tangan di bahagian kolar. Terdapat juga koleksi baju melayu potongan teluk belanga iaitu leher bulat. 

Jakel turut mengekalkan pengeluaran produk baju Melayu “plus size” untuk mereka bersaiz besar. Ini membantu mereka yang berbadan besar mendapatkan koleksi baju melayu dan boleh bergaya seperti biasa. 

Harga koleksi baju Melayu yang ditawarkan juga amat berpatutan dan lebih menarik lagi, pelanggan akan diberikan percuma sehelai kain samping beserta butang baju Melayu bagi setiap pembelian sepasang baju Melayu. Ini adalah untuk memudahkan para pelanggan memperoleh set lengkap baju melayu dengan berserta kain samping dan butang baju melayu di bawah satu bumbung Jakel dalam satu masa. 

KOLEKSI KURTA 

Raya pada tahun ini juga, Jakel masih mengekalkan pengeluaran koleksi kurta. Jakel sentiasa memenuhi citarasa pelanggan disamping mengikut trend semasa. Ini kerana kurta mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Koleksi kurta yang dihasilkan adalah berkualiti kerana ianya mementingkan keselesaan bila dipakai. Ianya juga dijahit dengan menggunakan fabrik cotton berkualiti disamping mempunyai kekemasan pada potongan leher dan di belakang bahu. Kurta ini turut dilengkapi dengan detailing poket. 

Keluaran koleksi kurta juga berkonsepkan mesra wuduk dimana bahagian lengan boleh dilipat dengan mudah. Setiap koleksi kurta yang dihasilkan mempunyai variasi pelbagai design dan terdapat lebih daripada puluhan warna bagi setiap rekaan kurta. 

BAJU KURUNG 

Pada tahun ini Jakel masih mengekalkan pengeluaran koleksi baju kurung dibawah Koleksi Scha Alyahya, Ayda Jebat dan Hanis Zalikha. Berkonsepkan kurung moden, ia bersesuaian dengan citarasa terkini wanita terutamanya para gadis dan wanita berkerjaya yang inginkan penampilan ceria, modern dan mesra Instagram (Instagram friendly) di musim lebaran. Koleksi kurung ini turut memberikan sentuhan eksklusif pada setiap rekaan.




Koleksi baju kurung yang dikeluarkan ini mensasarkan kepada golongan wanita daripada peringkat remaja hingga dewasa. Setiap keluaran koleksi baju kurung untuk lebaran tahun ini lebih bersifat moden dengan pilihan warna yang menarik dan motif corak printed yang terkini. Pemilihan fabrik bagi setiap rekaan diambil kira bagi memberikan keselesaan berpanjangan kepada pemakai, selain itu penggunaan warna juga turut dititikberatkan supaya setiap lapisan umur dapat mengayakannya. 

KOLEKSI KANAK-KANAK 

Pakaian kanak-kanak masih dikekalkan dibwah Koleksi Upin Ipin. Walaubagaimanapun ianya diolah kepada rekaan baharu bersesuain dengan masa kini. Setiap pembelian koleksi baju melayu Upin Ipin yang dijual turut diberi percuma kain samping dan butang baju Melayu.




Jakel turut memberikan keistimewaan kepada si kecil agar tidak terlepas bergaya di aidilfitri. Oleh itu, Jakel masih meneruskan pengeluaran produk koleksi pakaian kanak-kanak dibawah label Lara Alana dan Yusuf Iskandar. 


Jom kita ke :

Jakel Mall Kuala Lumpur
159, Jalan Munshi Abdullah, 
City Centre, 50100 Kuala Lumpur.

Juga cawangan-cawangan lain seperti di Shah Alam, Segamat, Johor Bahru, Terengganu, Kuantan dan banyak lagi

Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Facebook:

Instagram :


#jakelbarulahraya 
#ingatrayaingatjakel 
#seronoknyarayajakel





Thursday, June 8, 2017

‘JAKEL BARULAH RAYA’ Di JAKEL Shah Alam

Hi Korang, 


Ahad lepas aku sempat ke Wisma Jakel Shah Alam untuk event ‘Jakel Barulah Raya‘ yang menampilkan koleksi pakaian raya daripada selebriti tanahair kita yang terkenal. 

Wah kalau ada artis hidup je korang ek hehehhe


Majlis berkonsepkan sembang santai ini akan menampilkan sekali lagi Duta Raya tahun ini Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Awal Ashaari, Scha Al Yahya dan Lara Alana (Schawalara) serta Ayda Jebat. Turut bersama juga adalah wajah baru tahun ini Hanis Zalikha , Hairul Azreen dan Yusuf Iskandar dan tidak dilupakan Upin dan Ipin. 

Ramai sungguh artis, seronoklah kalau dapat selfie dengan diaorang ek tapi nan hado sebab ramai benau orang so bagi chance kat depa yang datang dari jauh tuh kan.


Menurut Tuan Hj Mohamed Izani b. Mohamed Jakel, Pengarah Urusan Jakel Shah Alam, Kempen Jakel Barulah Raya tahun ini adalah salah satu aktiviti wajib dalam kalendar promosi Jakel bagi memasarkan produk pakaian raya di antara Duta Raya Jakel bersama para pelanggan. 

Majlis yang berkonsepkan sembang santai ini turut menyelitkan sessi lelongan jualan untuk koleksi pakaian raya. Dimana, setiap Duta Raya Jakel akan mempromosi dan menjual koleksi pakaian raya mereka dengan harga runtuh untuk pelanggan Jakel. Jakel Shah Alam turut menghangatkan lagi kempen jualan hari raya pada hari ini dengan memberikan baucar Baju Raya Percuma kepada 1,000 pelanggan yang terawal. Pelanggan boleh menggunakan baucar ini bagi mendapatkan Baju Melayu dan Jubah Aaron Aziz secara PERCUMA .


Koleksi kain pada tahun ini lebih memfokuskan kepada corak dan warna yang lebih segar dan moden. Memahami keinginan pelanggan, Jakel sentiasa menampilkan koleksi kain terbaru dan terkini untuk pengemar fabrik di luar sana. Jakel yang juga sebagai trendsetter, menjadikan koleksi kain di Jakel mempunyai ciri-ciri eksklusif tersendiri kerana ianya dicipta oleh desingner in-house Jakel sendiri. Setiap design-design yang bakal dikeluarkan telah dibeli dari Eropah dan dibawa ke Jakel untuk dimasukkan corak dan warna bagi disuai padankan dengan kehendak pelanggan masa kini. 

Jakel sentiasa menambah baik operasi perniagaan bagi memenuhi permintaan pelanggan. Oleh itu, Jakel mengamalkan konsep 1 jurujual 1 pelanggan dimana pelanggan akan dilayan dan diberi penerangan serta penjelasan yang lebih mengenai jenis kualiti kain. Ini menjadikan operasi perniagaan berjalan dengan lancar dan ingin para pelanggan merasai “sense of belonging” apabila berbelanja bersama Jakel. Dari segi operasi perniagaan, ianya masih sama dan terus dikekalkan. Dimana Jakel senantiasa menambahbaik perkhidmatan untuk pelanggan. 

JUALAN MURAH SEMPENA HARI RAYA 


Sempena menyambut bulan Ramadan dan hari raya pada bulan hadapan, Jakel juga memberikan penawaran istimewa kepada para pelanggan yang berkunjung membeli-belah di Jakel, dimana para pelanggan boleh menikmati HARGA RUNTUH. Jakel juga mengambil peluang dengan memberikan potongan harga sehingga 85% untuk produk pakaian koleksi lebaran kali ini. Lagi menguntungkan, koleksi pakaian readymade baru untuk persiapan hari raya juga direka khas daripada pereka-pereka dalaman Jakel sendiri.



Jualan hebat sempena Hari Raya yang berlangsung sehingga malam raya memberikan promosi harga yang cukup hebat dan jimat sekaligus membantu pelanggan mendapatkan koleksi pakaian raya yang terbaik. Jualan hebat juga dianjurkan adalah bermatlamat untuk menarik minat lebih ramai pengemar fesyen terutama golongan wanita dan remaja untuk melihat dengan lebih dekat keluaran koleksi terbaru yang diperkenalkan oleh Jakel. Selain daripada itu ianya juga ingin memberitahu kepada pelanggan bahawa mereka boleh mendapatkan harga yang jauh lebih murah berbanding ditempat lain. 

Harga koleksi baju melayu yang ditawarkan juga amat berpatutan serendah RM89 dan lebih menarik lagi, pelanggan akan diberikan PERCUMA sehelai kain samping beserta butang baju melayu bagi setiap pembelian baju melayu. Tahun ini Jakel menampilkan keistimewaan lagi dengan mengeluarkan produk pakaian kurta untuk mereka yang mahukan penampilan ringkas ketika berhari raya dan ianya juga adalah mesra wuduk. 

Manakala baju kurung wanita dijual dengan harga bermula RM 79 sepasang, jika tahun sebelum ini Jakel menageluarkan pakaian kanak-kanak berjenama Lara Alana, edisi kali ini Jakel melengkapkan pakaian raya kanak-kanak lelaki dibawah jenama Yusuf Iskandar. Pakaian raya kanak-kanak juga memberikan harga yang menjimatkan bermula pada RM 39 sepasang.

KOLEKSI BAJU MELAYU 


credit photo : FB Jakel Shah Alam

Koleksi Baju Melayu Aaron Aziz ini direka khas dan khusus dengan mengetengahkan kekemasan pada leher, poket dan motif bercorak. Keistimewaan Koleksi Aaron Aziz adalah koleksi yang sememangnya berbeza dari segi penggunaan fabrik dan warna. Rekaan terbaru khas 2017 adalah dari pelbagai jenis fabrik. Antara warna-warna yang dijangkakan bakal menjadi pilihan pada tahun ini adalah warna-warna pastel atau lembut selain warna kegemaran antaranya hijau zamrud, merah cili dan biru diraja.

credit photo : FB Jakel Shah Alam

Manakala Baju Melayu Nabil Ahmad berkonsepkan moden kontemporari yang menekankan kekemasan pada leher dan poket. Baju-baju ini ditawarkan dengan harga yang berbeza-beza bergantung pada rekaan dan kualiti. Ini kerana, JAKEL mempunyai beberapa kumpulan sasaran dan ingin menjadikan Koleksi Nabil Ahmad ini sebagai koleksi mampu milik. Selain daripada itu terdapat juga Baju Melayu Awal Ashaari dan Hairul Azreen untuk memeriahkan lagi kempen jualan raya pada tahun ini. 

Menambahkan lagi kemeriahan promosi hari raya, Jakel mengambil inisiatif mengeluarkan produk baju melayu “plus size” dan ini juga merupakan kali pertama bagi Jakel memasarkan produk tersebut untuk mereka bersize comel. Lanjutan daripada ini, Jakel mengambil peluang berkolaborasi bersama selebriti yang telah mendapat pengiktirafan sebagai “Funniest Person in the World” iaitu Harith Iskander. 

KOLEKSI KURTA 


Koleksi kurta di bawah label Awal Ashaari dan Hairul Azreen ini adalah keluaran terbaru dan terkini Jakel dimana ianya adalah untuk memenuhi citarasa pelanggan disamping mengikut trend semasa. Ini kerana kurta mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Setiap koleksi kurta yang dihasilkan adalah berkualiti kerana ianya mementingkan keselesaan bila dipakai. Koleksi kurta menggunakan fabrik cotton yang bercorak disamping mempunyai kekemasan di potongan leher dan di belakang bahu serta dilengkapi dengan poket. 

Keluaran koleksi kurta turut berkonsepkan mesra wuduk dimana ianya boleh dilipat dan dibutangkan pada bahagian sisi lengan. Setiap koleksi kurta yang dihasilkan mempunyai variasi pelbagai design dan terdapat lebih daripada puluhan warna bagi setiap rekaan kurta. Jakel juga turut mengeluarkan koleksi kurta Aaron Aziz dan Nabil Ahmad sebagai pilihan kepada pelanggan untuk mengayakannya di musim lebaran ini. 

BAJU KURUNG 


JAKEL mengeluarkan koleksi baju kurung dibawah label Ayda Jebat yang berkonsepkan kurung moden dan bersesuaian dengan citarasa terkini para wanita terutamanya para gadis yang inginkan penampilan tampak ceria dan segar. Koleksi kali ini, Jakel masih mengekalkan ciri-ciri eksklusif pada setiap rekaan dimana, permainan warna yang lebih lembut tetapi masih diberi penegasan pada design dan detailing.


Koleksi baju kurung yang dikeluarkan ini mensasarkan kepada golongan wanita daripada peringkat remaja hingga dewasa. Setiap keluaran Ayda Jebat bagi koleksi lebaran tahun ini ianya lebih bersifat “simpel but nice” dimana koleksi rekaan memfokuskan kesederhanaan dalam pengayaan tetapi masih disuntik dengan elemen glamorous dan bersesuaian trend masa kini agar si pemakai tampak lebih trendy ketika berhari raya. 

KOLEKSI KANAK-KANAK 


Pakaian kanak-kanak masih dikekalkan dengan label Upin Ipin walaubagaimanapun ianya diolah dengan rekaan yang sedia ada kepada rekaan baju melayu bercorak. Bagi pemebelian koleksi baju melayu Upin Ipin turut diberi percuma samping dan butang baju melayu. Jakel sentiasa melakukan keistimewaa pada setiap kempen yang dijalankan, bagi lebaran tahun ini Jakel menapilkan koleksi pakaian kanak-kanak di bawah label Yusof Iskandar selain daripada Lara Alana.


Menariknya lebaran kali ini, Jakel tampil mengeluarkan koleksi raya bercirikan kekeluargaan dimana ianya direka dengan design dan warna sedondon. Mewujudkan lagi suasana riang di hari raya bersama keluarga tersayang, Jakel menghasilkan rekaan dengan mengeluarkan produk bercirikan warna-warna ceria dan boleh digayakan untuk satu keluarga. 

Koleksi Schawalara 


a) Awal Ashaari 


Koleksi pakaian raya Baju Melayu di bawah label Awal Ashaari ini direka khas dan khusus dengan mengetengahkan kekemasan pada leher, poket dan motif warna. Disamping itu, mengetengahkan potongan “shirt” tanpa pesak seperti kebiasaan baju melayu, Ia mampu memberikan kekemasan apabila digayakan bersama sampin. Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan dan lebih menarik lagi, pelanggan akan diberikan percuma samping beserta butang baju melayu. 

Disamping itu, terdapat juga keluaran kurta Awal Ashaari bagi mereka yang gemarkan penampilan secara ringkas ketika berhari raya. Berkonsepkan design moden dan mengekalkan keaslian ciri asli kurta itu sendiri membantu menampakkan lagi ketampanan pada si pemakai. Kurta dibawah jenama ini juga divariasikan menerusi design bagi memenuhi permintaan pasaran. Rekaan ini juga diperbuat daripada material yang berkualiti dengan menggunakan fabrik cotton untuk memberikan keselesaan kepada si pemakai. Selain mempunyai jahitan yang kemas, ianya juga mempunyai kekemasan pada bahagian bahu agar ianya nampak terletak cantik apabila digayakakan 

b) Scha Al-Yahya 


JAKEL mengambil inisiatif dengan mengeluarkan koleksi Baju Kurung Moden di bawah jenama Scha Al-Yahya. Fabrik yang digunakan untuk menghasilkan baju koleksi ini adalah dari himpunan fabrik-fabrik berkualiti dari jenis fabrik kapas sulam, chiffon, lace dan banyak lagi. Baju-baju ini ditawarkan dengan harga yang berbeza-beza bergantung pada rekaan dan kualiti. Ini kerana, JAKEL mempunyai beberapa kumpulan sasaran dan ingin menjadikan Koleksi Scha Al-Yahya ini sebagai koleksi mampu milik untuk semua lapisan masyarakat. 

Baju kurung Scha Al-Yahya diperkemaskan dengan beberapa jenis detailing seperti jahitan manik, perincian lace dan permainan dari segi “cutting” supaya ia nampak menarik dan tidak terlalu sarat. “Musim raya ialah musim untuk kita meluangkan masa bersama keluarga dan sahabat handai, jadi keselesaan menjadi keutamaan dalam setiap baju saya”. Lebih menarik, kesemua baju Scha Al-Yahya didatangkan dalam pelbagai saiz, bermula dari S hinggalah ke XL. 

c) Lara Alana 


Bagi merealisasikan konsep kekeluargaan, JAKEL juga mengekalkan si kecil Lara Alana sebagai Duta Raya Jakel untuk tahun ini bagi mempromosikan produk baju kurung kanak- kanak perempuan dibawah jenama Lara Alana. Populariti si kecil ini dengan pengikut hampir 2 juta di laman sosial, dan dengan gaya fesyennya yang seringkali mendapat perhatian di Instagram dilihat mampu untuk menarik minat anak kecil, khususnya ibu bapa yang inginkan anak perempuan mereka tampil secomel Lara Alana di hari lebaran kelak. 

Koleksi Lara Alana yang direka dengan lebih 20 rekaan ini menggunakan jenis fabrik yang lembut dan bersesuaian dengan kulit kanak-kanak. Memberikan kelainan pada baju kurung kanak-kanak, rekaan kali ini dihiasi dengan butiran beads dan lace untuk menceriakan lagi karektor kanak-kanak di musim perayaan nanti. 

Istimewanya hari raya tahun ini, Jakel juga berkolaborasi bersama keluarga kecil diminati ramai iaitu Hanis Zalikha, Hairul Azreen dan Si Cilik Meletop Yusof Iskandar. Pemilihan ini adalah kerana keluarga tersebut sering kali mendapat perhatian ramai oleh mereka yang mengikuti mereka di alam maya. 

a) Hanis Zalikha 


Setiap rekaan yang dihasilkan oleh jenama ini pasti memberikan kepuasan yang maksima kepada peminat Hanis untuk beraya bersama koleksi ini. Jakel mengekalkan konsep elegan, versatile dan classy serta mengangkat kecirian tradisional menjadikan koleksi gabungan ini memiliki keistimewaan tersendiri. Dihasilkan dengan berkonsepkan moden dan elegan. Setiap koleksi rekaan mempunyai pilihan warna yang berbeza. Penggunaan fabrik sangat selesa, setiap design dijahit kemas. Dilengkapi butiran beads dan sulaman lace menambahkan lagi ciri-ciri eksklusif. Keluaran ini juga menyediakan koleksi dengan harga mampu milik dan boleh dibeli di semua cawangan Jakel. 

b) Hairul Azreen 

Diperbuat daripada fabrik cotton material yang bersesuaian dengan keadaan cuaca di negara kita. Mempunyai keunikan kerana ianya berkonsepkan moden yang mana di bahagian sisi diberi potongan tepi. Setiap rekaan ini juga mempunyai detail poket dibahagian dada bagi memberikan sedikit unsur klasik dan bahagian tepi kiri untuk membolehkan pemakai menyimpan barangan peribadi. Selain daripada itu keluaran kurta ini juga bermotifkan mesra wuduk dimana bahagian lengan boleh dilipat dan dibutangkan di bahagian tepi bagi memudahkan pengambilan air sembahyang. 

c) Yusof Iskandar 

Keceriaan lebaran tahun diserikan lagi dengan koleksi pakaian daripada si kecil comel Yusof Iskandar. Menjadi satu lumrah penjagaan anak kecil terutama soal pemakaian amat rumit untuk dipilih ditambah pula di musim perayaan. Oleh it, Jakel mengambil inisiatif mengeluarkan produk pakaian kanak-kanak dengan bercirikan kasual. Dibawah jenama ini, baju melayu yang dihasilkan bermotifkan potongan leher “round neck” dimana ianya membantu memberikan keselesaan kepada kanak-kanak. Penggunaan fabrik cotton yang bermutu tinggi agar ianya sesuai dengan semua kulit kanak-kanak. Pilihan warna untuk koleksi ini juga boleh disuai padankan dengan baju melayu dewasa, supaya para pelanggan boleh menyuaipadankan dengan keluarga. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Kumpulan Jakel, sila layari www.jakel.my.