Showing posts with label Duta InnerShine. Show all posts
Showing posts with label Duta InnerShine. Show all posts

Friday, May 15, 2015

Minum InnerShine Terus Berseri Dalam Masa 12 Hari

Hi Korang,

Brands InnerShine tau kan…

Alah minuman kesihatan tuh, alah kira minuman jugaklah. Kalau duk teguk je setiap pagi. 



Ni aku nak kongsikan berita baik untuk korang yang pentingkan kesihatan dan kecantikkan dalaman huahauhauhau curlass sangat. Even artis macam Kaka Azraff, Hunny Madu dan Marsha Milan Londoh pun duk minum InnerShine ni gak kan. 

Jika kulit anda kelihatan kusam, ditambah pula kerap berasa letih dan perut kembung, ini merupakan petanda anda perlu melakukan proses nyahtoksik dengan segera. Program detoksifikasi InnerShine® selama 12 hari mampu mengembalikan kesihatan serta menyerikan kulit anda secara semula jadi seperti mana penyanyi terkenal, Kaka Azraff, Hunny Madu dan Marsha Milan Londoh yang masing-masing telah mencuba program ini.


Barisan selebriti jelita ini menjalani gaya hidup yang sangat aktif sehingga mereka mengalami kesan yang kurang menyenangkan pada kulit mereka. Mujur mereka memilih InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu, pati buah-buahan yang memberi perubahan positif secara semula jadi, lembut dan amat berkesan walaupun dengan menggunakannya hanya sekali sehari. “Hasilnya? Badan saya kini berasa lebih cergas dan kulit saya kelihatan lebih berseri-seri. Saya sangat menyayangi InnerShine 12-Days D'Tox," ujar Kaka.

Intipati prun ini yang diperkuasa dengan Maltodextrin Resistan – sejenis larutan serat makanan – dapat meningkatkan kelancaran usus untuk menghilangkan toksin dan menggalakkan sistem penghadaman untuk menyerap nutrien dengan lebih efektif.


InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu sebaiknya diambil pada setiap malam sebelum tidur kerana ia membolehkan tubuh anda untuk menyahtoksik dengan perlahan-lahan serta memulihkan kesihatan secara keseluruhan.

Intipati yang kaya dengan Vitamin C semula jadi daripada buah prun dan buah Camu Camu ini juga kaya dengan anti-oksidan yang membantu tubuh menentang radikal bebas, menjadikan kulit tampak lebih muda dan berseri.

Kini InnerShine® memberikan anda satu lagi kejutan yang hebat. Anda kini berpeluang untuk menyertai peraduan menyanyi lagu "Seri" yang dipopularkan oleh Kaka, Hunny Madu dan Marsha sendiri. Bagi anda yang berbakat dalam seni suara, jangan lepaskan peluang keemasan ini!


Ketiga-tiga selebriti ini akan bergabung suara dalam video muzik "Seri" manakala iklan TV terbaru InnerShine yang disiarkan pada bulan ini akan menampilkan Kaka sebagai penyanyi utama. 

Nyanyikan lagu tema tersebut dengan cara tersendiri dan paling kreatif lalu muat naik video tersebut dalam Instagram atau facebook dengan #innershineseri.

10 orang peserta berbakat akan dipilih dan dijemput untuk membuat persembahan secara langsung di salah satu pusat membeli-belah di sekitar Lembah Klang pada bulan Jun ini. Pada peringkat akhir nanti, panel hakim termasuklah komposer pemenang anugerah yang terkenal, Hadi Hassan, akan menetapkan pilihan juara pertandingan tersebut.


Pemenang hadiah utama akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM2,000 bersama dengan rakaman persembahan dengan Hadi Hassan sendiri. Pemenang tempat kedua dan ketiga pula masing-masing bakal menerima wang tunai sebanyak RM1,500 dan RM1,000 serta produk InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu.


Butiran penuh peraduan boleh didapati di laman Facebook InnerShine Club dan tempoh penyertaan berakhir pada 15hb Mei. Bagi pelanggan Watsons, anda akan mendapat sebuah DVD edisi terhad yang mengandungi lagu "Seri" secara percuma dengan setiap pembelian InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu.

Hah ape lagi meh minum cepat InnerShine ni.. nanti kulit berseri macam aku hahahhahahahhaha

Gelak syaitan sangat kannnnn

Friday, July 4, 2014

Sesi Meet & Greet Dengan Pelakon Filem SEJOLI

Hi Korang,

Sebagai one of the duta kecik je BRAND’S InnerShine ni, dapatlah kira aku join event beramah mesra dengan artis ni.

Wei kemain lagi sket statement ye, poyo bebenau.

Hari tu sebelum puasa, dapat jugakla aku join event simple tapi meriah ni tau.


Bukan aku sorang lah, ada 30 orang pemenang bertuah Peraduan InnerShine SEJOLI dapat bertemu dan beramah mesra dengan bintang-bintang Sejoli kesayaan diorang iaitu Maya Karin, Bront Palare dan Izara Aishah yang juga duta kepada produk InnerShine.


Majlis di adakan di restoran Mango Chili, Nexus Bangsar South.

Memang sangat seronok sebab para peminat ni dapat chillax dengan artis kesayangan mereka ni secara santai sekali di samping berpeluang untuk berlakon bersama ketika sesi aktiviti ‘Lakonan Sebabak Sejoli’.


Selain daripada itu, para peminat juga telah diuji daya ingatan mereka dengan pelbagai soalan trivia berkaitan filem romantik komedi itu.

izara aishah duta innershine

maya karin

bront palare

Minuman kecantikan terkenal InnerShine telah bekerjasama dengan filem romantik komedi yang diarahkan oleh pengarah terkenal iaitu Osman Ali, juga turut menampilkan pelakon terkenal yang lain seperti Remy Ishak.


InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu dirumus khas untuk menyegarkan tubuh dan kulit dengan antioksidan yang tinggi, penting untuk melindungi kulit serta mempertingkatkan penghadaman dan penyahtoksin bagi memperoleh wajah yang berseri.


Menerusi kandungan serat yang begitu tinggi, pati prun istimewa InnerShine® terus dipertingkatkan dengan Camu Camu – sumber botani Vitamin C yang paling kuat – dan Maltodextrin Resistan, sejenis larutan serat pemakanan tambahan kepada serat prun bagi melancarkan sistem penghadaman dan membantu badan menyahtoksik secara semula jadi.

InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu boleh didapati di pasar raya besar, pasar raya dan farmasi di seluruh negara. Produk ini dijual pada harga RM30.50 untuk pek 42ml x 6 botol dan RM57.90 untuk pek 42ml x 12 botol.

Untuk maklumat terkini mengenai produk atau promosi, hubungi Talian Khidmat Pelanggan BRAND’S di 1-300-228-300, layari laman web www.innershine.com.my atau InnerShine Club di Facebook.


Aku walaupun bukan pemenang, sibuk nak main jawab-jawab soalan ni. Sudahnya menang gak hadiah kan. Hehehehe suker kejap.

retis dan artis bergabung dalam selfie ek... hehehhehe

Sangat-sangat best event ni tapi aku kena balik cepat coz ada hal kat umah plak time tuh.

Thank you InnerShine...