Showing posts with label Duta Ca’ya™. Show all posts
Showing posts with label Duta Ca’ya™. Show all posts

Saturday, April 16, 2016

NABIL AHMAD Duta Ca’ya™ Menyinari Kehidupan Harian Lelaki Di Luar Sana

Hi Korang,


Nak citer dengan korang ni ada produk terbaru keluaran Cerebos Malaysia ni tau. Alah syarikat yang banyak mengeluarkan produk kesihatan BRANDS dan INNER SHINE tu ek. 

Meh baca sini ek..

Cerebos Malaysia, salah satu pengeluar produk kesihatan terkenal negara melancarkan minuman kesihatan baharu, yang menggabungkan dua ramuan semula jadi, yang boleh membantu mengekalkan tenaga dan daya hidup jangka panjang bagi individu yang ingin mengamalkan gaya hidup yang aktif.

Gaya hidup aktif dan sihat telah menjadi fenomena baru dalam masyarakat kini, yang mana ramai perlu menyeimbangkan peranan masing-masing dalam kehidupan mereka. Pelbagai tanggungjawab dan kewajipan yang harus dimainkan sama ada seseorang tersebut baru ingin melangkah ke alam kerjaya, menjadi seorang ketua keluarga, mahupun seorang romeo yang setia kepada isteri, kaum lelaki masa kini sememangnya sentiasa sibuk mengejar masa dalam kehidupan. Mereka sememangnya perlukan tenaga yang berkekalan.


Ca’ya™, bukan sahaja mempunyai rasa yang sedap, minuman kesihatan yang baharu ini juga mampu menyeimbang dan menyempurna kenikmatan hidup seseorang individu itu, dengan memberi sumber tenaga harian kepada mereka yang sentiasa sibuk, memberi kuasa tenaga semula jadi dan selamat, sambil mereka mencapai keharmonian fizikal dan rohani dalam memainkan peranan mereka yang pelbagai.

Dikeluarkan selepas tiga tahun menjalani kajian saintifik dan pengguna, Ca’ya™ diformulasi khas dengan dua bahan utama yang hebat lagi semula jadi, yang amat diyakini khasiatnya – Habbatus Sauda dan Ginseng.

Dipercayai berkurun lamanya dengan keupayaan untuk memberi tenaga dan memulihkan sistem imunisasi tubuh, Habbatus Sauda (atau lebih dikenali sebagai Jintan Hitam) sememangnya diperakui sebagai suatu ramuan yang ajaib kerana ianya boleh menjadi kuasa penyembuh. Apa yang membuatkan produk ini lebih menakjubkan dan lengkap adalah dengan adanya Ginseng, satu lagi bahan hebat yang disahkan secara saintifik, mampu menangani kelesuan dan meningkatkan tenaga.

Kombinasi ulung dari habbatus sauda dan ginseng dicipta bagi meningkatkan kesejahteraan fizikal lelaki dengan juga membantu memperbaiki sistem immunisasi serta merangsang tenaga dalam badan untuk prestasi yang optimum, dengan jaminan dan warisan daripada bahan-bahan tersebut, yang mampu untuk memberi keharmonian juga kesejahteraan rohani.

Ca’ya spokesperson, Nabil Ahmad (right) with Koh Joo Siang, Vice President and General Manager of Cerebos Malaysia and Neerja Sewak, Executive Vice President and Chief Commercial Officer of Cerebos Pacific Limited

Antara salah satu keunikan Ca’ya™ yang menjadikannya satu produk yang lain daripada minuman bertenaga yang lain, adalah ianya mengandungi bahan semula jadi serta tidak mengandungi bahan kafein, bahan pengawet, lemak atau pewarna yang kurang menyihatkan, sekaligus menjadikannya minuman yang sesuai untuk diminum setiap hari dalam mengekalkan tenaga. 

Berdasarkan hasil ujian yang dijalankan, 88% di kalangan pengguna megesahkan bahawa mereka berasa kurang lesu selepas meminum Ca’ya™. Di samping itu, 76% daripada mereka menyatakan bahawa minuman ini mempunyai rasa yang sedap.


Hadir di majlis pelancaran yang berlangsung di ibu pejabat Cerebos Malaysia di Shah Alam adalah wajah kempen terbaru itu – hos, DJ radio dan pelakon, Nabil Ahmad. Terkenal dengan gaya hidup yang serba aktif dan juga seseorang yang telah pun berkeluarga, Nabil melambangkan sebuah personaliti seorang lelaki berjaya yang hidupnya telah pun seimbang dan sempurna, apa lagi beliau dikuasakan dengan Ca’ya™.

Ca’ya spokesperson, Nabil Ahmad

“Disokong dengan sains dan bahan semula jadi yang memang saya percaya dalam hidup saya, Ca’ya™ adalah sumber tenaga yang saya perlukan dan yakin mampu memberi saya daya hidup untuk kekal aktif dan juga membantu saya melengkapkan kewajipan dan tanggungjawab saya yang memainkan pelbagai peranan sebagai seorang lelaki, sambil menikmati kehidupan dengan lebih sempurna,” kata Nabil di majlis pelancaran tersebut.

Dijual dalam pek 6-botol (RM34.80) di semua pasar raya besar, pasar raya dan farmasi, Ca’ya™ juga akan dikeluarkan dalam pek individu di beberapa kedai serbaneka terpilih di Semenanjung Malaysia dengan harga RM5.80 sebotol. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai produk paling baru ini, layari laman web www.caya.com.my atau hubungi Talian Prihatin Pelanggan di 1 300 228 300.