Showing posts with label Dorsett Putrajaya. Show all posts
Showing posts with label Dorsett Putrajaya. Show all posts

Sunday, April 5, 2020

Buffet Ramadan 2020 '#Bismillah Bazar Ramadan' Di Dorsett Putrajaya Hotel

Hi Korang, 

See I told you, akak ko ni akan sambung lagi citer buffet Ramadan 2020 yang tak akan habis dalam bulan in kan hahaaha.. yer uolls banyak nau invite nyer nieh tapi sebelum musim PKP ni lah kan. Sekarang kan semua kena kuarantin

Ramadan yang akan datang ini, korang pasti tertarik dengan hidangan bufet tempatan, masakan Barat dan Timur Tengah yang eksklusif di Dorsett Putrajaya. 


Diketuai oleh Chef Eksekutif, Shamsul Rizal Bin Johari, bersama teamnya berbakat akan memenuhi keinginan para tetamu dengan ramuan Ramadhan #Bismillah Bazar Ramadan di restoran Citra Rasa yang menunya akan senantiasa di tukar setiap hari. 








Nikmatilah hidangan mewah seperti Kambing Golek dengan sos Barat dan tempatan, Udang Percik Mek Ayu, Nasi Lemak Delima Sambal Hijau, Kari Ketua Tandatangan Mango CR, Aneka Kuih Melayu, Sweets Timur Tengah, Bubur Lambuk, 6 jenis kerabu, hidangan tradisional dan banyak lagi! 








Baucer Early Bird 1000 yang berharga RM88 nett (dewasa) masing-masing untuk mendapatkan dari sekarang. Cepat! Promo Awal Awal bermula hingga 26 April 2020! 

Di samping itu untuk menyempurnakan rasa Ramadhan, kami juga menawarkan menu sahur istimewa untuk para tetamu. Sesudah sahur di Citra Rasa bolehlah terus menuju ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin juga terkenal sebagai Masjid Besi untuk menunaikan solat subuh. 





Pakej Bilik Ramadan khas yang bermula dari RM400 nett per bilik setiap malam dan seterusnya termasuk lftar and Sahur untuk 2 orang. Tempoh tempahan dari sekarang hingga 20hb Mei 2020, tempoh penginapan: 27 April 2020 hingga 21 Mei 2020. 

Untuk buffet Ramadhan 2020 ni, ianya bermula dari 27 April 2020 hingga 21 Mei 2020 dari 6.30petang hingga 10.00 malam. 

Harga buffet Ramadhan 2020 di Dorsett Putrajaya adalah 

RM108nett untuk dewasa 

RM88nett untuk kanak-kanak (7-12 tahun) dan warga emas 


Untuk pertanyaan atau tempahan, sila hubungi +603 8892 8388 atau Email ke: tempahan @ putrajaya @ dorsetthotels.com 

Jom kite ke: 

Dorsett Putrajaya 
Lot 3 (Lot 3C5) 
Precinct 3, 
Wilayah Persekutuan, 
62000 Bandar Putrajaya, Putrajaya 

Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Facebook : 
www.facebook.com/dorsettputrajaya

Website: 


Ok ini baru beberapa tempat buka puasa yang kak lily tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau. 

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai food review tahun 2020, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2020 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.

Wednesday, January 18, 2017

Dorsett Fun Ride di Dorsett Putrajaya

Hi Korang,

Hujung minggu lepas korang buat apa hari tuh ek



Sabtu lepas, selain dari melepak di rumah aku sempat ke Dorsett Fun Ride di Dorsett Putrajaya sempena ulangtahun mereka yang pertama di Putrajaya ini. Selain daripada menyambut ulangtahun, pihak Dorsett Putrajaya juga membuka langkah pertama mereka dengan mengambil anak angkat daripada Rumah Anak Yatim Rumah Nur Hikmah di Kajang bagi tahun 2017 sebagai salah satu program CSR bagi tahun tersebut.


Bekerjasama dengan Perbadanan Putrajaya dan Wakaf Holdings Berhad bagi menjayakan acara keluargaan ini, beberapa syarikat telah tampil bersama-sama bagi menaja pelbagai jenis barangan untuk hari bersejarah ini iaitu hadiah cabutan bertuah dan permainan Spin the Wheel Game.


Di rakan-rakan penaja adalah . Rakan-rakan kami adalah Aster Spring, Cycle Labz, Borders Bookstore, Go Lokal, SS Rich Legacy, Boutique Fur Mode, Beauty Rizqah Super Asia, The Face Shop, Profresh, Cafe Bene, SkyRide Putrajaya, Dorsett Hospitality International, Cosmo Hotel Kuala Lumpur, Dorsett Grand Subang, Dorsett Putrajaya, Silka Cheras, Diamond Resorts , Dorsett Tsuen Wan Hong Kong, Lan Kwai Fong Hotel Hong Kong and Dorsett Shepherd’s Bush London. Pemenang Hadiah Utama yang bertuah akan mendapat trip melancong untuk 2 orang ke salah satu hotel di bawah Dorsett di luar negara

Aktiviti-aktiviti lain ada jugaklah seperti bouncing castle untuk kanak-kanak, candy store, food trucks, gerai-gerai pameran oleh hotel dan pelbagai syarikat seperti kesihatan, fesyen, peralatan sukan dan sebagainya


Walaupun aku tak mengayuh basikal sebab takut jatuh tapi seronoklah dapat kenal dengan anak-anak yatim ni, para peserta dan yang penting dapat main spin the wheel tuh. Dapat jugaklah hadiah best-best ek hehehehe

Kalau korang nak tengok gambar-gambar event, korang boleh ke https://www.facebook.com/events/1290429277696493/


Tuesday, October 11, 2016

Belajar Memasak Sambil Menikmati Hidangan Hi Tea Di Dorsett Putrajaya

Hi Korang,

Belajar memasak di hotel? 

Confirm korang cakap aku ni sewel cakap murah kan, hotel kot haruslah mahal.

Ermm itulah korang tak tau citer sebenarnya, meh ni aku story mory kat korang ek. 


Minggu lepas aku ke Dorsett Putrajaya untuk memenuhi jemputan makan-makan sambil memasak di Dorsett Hotel Putrajaya. Aku bett ramai yang tak nampak lagi hotel ni kat mane kan, alah betul-betul berhadapan dengan Masjid Besi di Presint 3 Putrajaya. Aku pun memula pusing 2-3 kali dan akhirnya nampak pun signboard Hotel Dorsett ni ek. 

Sementara menunggu kengkawan lain sampai, aku banjer korang view di sekitar hotel Dorsett Putrajaya ni ek 




Cantik tak? Of courselah cantik kan hehehehe.

Sedikit latarbelakang mengenai Dorsett Hotel Putrajaya

Dorsett Putrajaya, managed by Dorsett Hospitality International opened its doors on 16 January 2016. This urban midscale hotel with 218 rooms is conveniently located in the heart of Malaysia’s federal administrative capital in Precinct 3. This chic yet elegant hotel is within walking distance to key Malaysian government offices such as Perbadanan Putrajaya, National Registration Department, Customs Department, Ministry of Health, Ministry of Entrepreneurship and the Federal Court of Malaysia to name a few. For Leisure travellers, the hotel is close to several places of interest; Tuanku Mizan Zainal Abidin Mosque, Perdana Putra, Putrajaya Maritime Centre, Putrajaya Lake Club, Taman Pancarona, Taman Seri Empangan and adjacent to the soon-to-open Suria Mall. 

Oh baru betul hotel ini dibuka, patutlah cantik ek

Mari kita mulakan kelas memasak ye.


Untuk pertama kalinya Dorsett Putrajaya bakal menganjurkan kelas memasak secara mingguan bagi mereka yang ingin mempelajari resipi-resipi yang istimewa daripada chef di sini. 

Apa yang kitaorang dapat dalam pakej kelas memasak ini adalah:-

Hands-on bengkel memasak + hidangan Tea Time + goodies bag dan hadiah utama untuk hidangan yang menang pada hari tersebut.


Petang tuh, kitaorang belajar membuat nama Mexico Baked Apple Empanadas dari chef profesional Chef Shahril. Semua bahan memasak disediakan korang hanya datang bawa diri sahaja. 


Disebabkan kitaorang ni semua tak berapa skill sangat memasak so Chef Shahril cuba untuk menunjuk ajar sebaik mungkin. Nasib baik aku paham cara nak buat so ok lah, tak delah susah mana pun but utensil yang kitaorang gunakan tak sama macam kat umah itu yang jadi slow motion sket hahahaha.





Inilah hasil kerja keras tangan aku hahahahha


Mexico Baked Apple Empanadas Bentuk Matahari Yang Menyinar hahahahhaa

Walaupun tak menang tapi aku bangga tau sebab bertambah satu lagi ilmu masakan aku ek, terima kasih Chef Shahril.


Disamping itu bukan setakat kelas memasak tapi lepas habis kelas korang akan dihidangkan dengan minum petang hidangan mengikut tema kelas memasak korang. Cam kitaorang hari tuh, tema Mexican so Mexican Hi Tea lah gamaknya. 

Dalam hidangan itu pula ada banyak item-item minum petang yang unik. Korang boleh tengok sendiri dalam hidangan ini ada Nachos bersama 3 jenis sos, kemudian ada Chorrus bersama sos coklat, ada lagi iaitu Apple Empanadas yang masak mula-mula tadi juga ada kek dan prata salad. 


Ermm yum yum meh makan dulu ek


Semua ini akan datang dengan satu cawan kopi atau teh pilihan korang sendiri. Eh boleh refill punya minuman so don't worry. 

Untuk pengetahuan korang, promo pakej ini hanya pada harga RM30nett seorang yang aku rasa sememangnya sangat berbaloi. Pakej ini akan belangsung pada 19 Oktober 2016 ini dari jam 3.30petang di Cafe Citra Rasa Dorsett Putrajaya. 

Tunggu apa lagi ia adalah terhad untuk 20 orang terawal sahaja jadi boleh booking sekarang.

Tempahan dan pertanyaan hubungi :- 


Jom kita ke: 

Dorsett Putrajaya 
Lot 3 (Lot 3C5) 
Precinct 3, 
Wilayah Persekutuan, 
62000 Bandar Putrajaya, Putrajaya 

Phone: +60 3-8892 8388


So orang-orang Putrajaya dan sewaktu dengannya boleh singgah ke mari ek, belajar dengan Chef tuh kan best!!