Showing posts with label Dikejar pesawat DRON. Show all posts
Showing posts with label Dikejar pesawat DRON. Show all posts

Monday, January 26, 2015

Dikejar DRON Dalam Acara Larian 100Plus Outrunner

Hi Korang,

Comel je tajuk entry ni kan.

Aku pun nak tergelak membacanya. ishkk tak baik sungguhlah ko ni la kan Cik Lily Putih oit. 

Dah meh baca je berita last week ni ek...


100PLUS, jenama minuman isotonik no. 1 di negara ini, mencipta sejarah pertama di Putrajaya dengan kempen barunya, 100PLUS Outrunner, iaitu acara larian yang merangkumi tiga perlumbaan dan dipromosikan melalui landasan platform digital. Seramai 10,000 peserta telah mendaftar untuk tiga perlumbaan.

100PLUS Outrunner dalam jangka masa yang singkat, iaitu dua minggu – 7,000 peserta untuk acara lumba lari 9km dan 12km dan 3,000 untuk larian Race Against the Machines (RATM). Sambutan yang memberangsangkan ini menyebabkan pendaftaran ditutup lebih awal daripada tempoh satu bulan yang diberikan. 


Larian jarak jauh sentiasa mencabar daya ketahanan fizikal pelari dan 100PLUS telah membawa cabaran ini ke satu lagi tahap baru dengan mempertarungkan manusia dengan mesin dalam satu acara larian yang unik. Larian RATM sejauh 6km adalah acara larian pertama di dunia yang membabitkan pesawat dron secara aktif dalam perlumbaan. Ia adalah seperti permainan video dalam persekitaran hidup sebenar – para peserta terpaksa mengelak, menyembunyikan diri dan menewaskan pesawat dron kawalan jauh yang dilepaskan untuk “memburu” mereka dalam kegelapan malam. 

Larian RATM yang menjanjikan keseronokan, bersama larian 9km dan 12km dalam segmen perlumbaan, dilepaskan dari Istana Keadilan di Presint 3, yang diselubungi suasana karnival. 


Pelari yang mendaftar untuk larian sejauh 6km ini diberi kod bar untuk dipaparkan pada bib perlumbaan masing-­‐masing, dan tiga “Nyawa”. Objektif mereka adalah untuk sampai ke garisan penamat dengan baki sekurang-­‐kurang satu Nyawa. Dengan empat pesawat dron mengejar mereka, larian untuk menyelamatkan diri bukan satu tugas yang mudah. 

Setiap pesawat dron dilengkapi lampu sorot dan kamera video definisi tinggi, dengan enam kipas atau berkuasa elektrik untuk membantunya terbang hingga 57km/j. Pelari akan kehilangan satu Nyawa setiap kali kod bar mereka diimbas atau “dirakam” semasa perlumbaan manakala mereka yang membawa 100PLUS botol baru lebih cengkaman sepanjang perlumbaan diberi satu Nyawa sebagai bonus. 

Drone Master diberi peluang untuk mengendalikan kamera pesawat dron di Putrajaya dalam keselesaan rumah mereka sendiri. Setiap Drone Master mempunyai 25 peluang untuk melepaskan “tembakan” kamera atau pengimbas ke arah pelari dan mengambil sebanyak mungkin gambar kod bar tercetak pada baju pelari. 


Seramai 100 pelari pertama yang sampai ke garisan penamat dalam keadaan masih “hidup” menerima hadiah misteri, pingat dan sijil manakala 30 Drone Master terbaik juga akan menerima hadiah.    

100PLUS adalah satu daripada jenama terkenal di bawah naungan F&N di Malaysia. Ia dikeluar dan diedarkan oleh F&N Beverages Marketing Sdn Bhd, pengeluar dan pengedar minuman ringan yang terbesar di Malaysia. Untuk maklumat lanjut tentang acara 100PLUS Outrunner dan Race Against the Machines, sila ke laman web http://www.100plus.com.my/ratm

Oh gitu rupanya citer, ingatkan apa lah tadi kan. Tak sempat nak join hari tuh, ermm kalau tak aku pun sama duk berlari jugak lah kan hehehehe