Showing posts with label Dermalogica. Show all posts
Showing posts with label Dermalogica. Show all posts

Monday, October 15, 2012

Holiday Gift Set Dermalogica Yang Sungguh Menawan Kalbu Hatiku


Hi Korang,

Kalau travel kemana jua pasti korang bawak skincare dan toiletries, tak kan nak pi beli plak semuanya haruslah kopak kocek seluar. 

malay lifestyle blogger yang perasan comey ehehehhe

So korang bawak yang botol-botol yang besar bangak tu ek? Aku haruslah tak, tahan aku pi cari kat Watson traveller set punye item. Senang sket, boleh sumbat kat mana ruang yang kosong.

Bila aku terpandang holiday gift set dari Dermalogica ni, memang hati aku tak keruan sungguh, mana taknya bukan main cantik lagi. Ada beso, ada sedang-sedang aje dan ada yang cute sangat. Suka lah.

Meh aku tunjuk sket kat korang ek


Set Carry All Bag
Essential Cleansing Solution (500ml), Daily Microfoliant (13gm), Multi-active Toner (250ml), Skin Smoothing Cream (100ml).
Price : RM520.00 (original price RM699.00)


Travel Pouch
Pre-cleanse (150ml), Multi-active Toner (50ml), Gentle Cream Exfoliant (10ml), Intensive Eye Repair (4ml), Solar Defense Booster SPF50 (10ml), Essential Cleansing Solution (50ml), Intensive Moisture Balance (22ml).
Price : RM298.00 (original price RM418.00)


Travel Mini Pouch
Conditioning Body Wash (75ml), Body Hydrating Cream (75ml), 2 duckies yang cute.
Price : 88.00


Dan semua ni didatangkan dengan beg-beg yang cukup comel  dengan warna-warna seperti oren ceria, magenta menawan dan hijau segar  yang dah pun menggegarkan hati aku yang berdegup kencang ni. Biasalah orang perempuan kan suka yang fancy-fancy, kata food blogger ni.

Set hadiah Perayaan Dermalogica 2012 yang fancy benau ni di jual di semua outlet AsterSpring Signature, AsterSpring dan Dermalogica Consultation Pod serta pengedar Dermalogica yang sah di seluruh negara while stock last ye. Kalau dah tak de jangan sibuk suruh aku pi tanya kat tokeh Dermalogica ni tau..


Aku dah ada pun yang travel pouch tuh. Sukerlah barangnya banyak dan begnya pun besar tau.

I heart U Dermalogica tau!!!...





Tuesday, October 2, 2012

Dermalogica AgeSmart Skin Perfect Primer SPF30 Media Launch

Hi Korang,

Suka sangat korang kan bila aku citer pasal cara awet muda kan? Yelah orang dah berumur sket cam aku ni tapi bukan senior citizen lagi ye kenalah jaga apa yang perlu. Mana tau ada rezeki boleh masuk TV lagi khakhaka.

Mimpi yang tak sudah sungguh!


Lagi seronok bila pi media launch of Dermologica AgeSmart Skin Perfect Primer SPF30 media launch kat Starbucks Taman Tun Dr Ismail. Simple occasion yang pernah aku join lah. Sambil makan sambil citer pasal product ni.


Aku rasa Dermalogica ni bijak dalam mereka sesuatu yang bersesuaian dengan kulit muka orang-orang bermasalah macam aku ni. Dengan berminyaknya, dah mula ada pigmentasi, fine lines dan memacam lagi. 

So ini dia


Dermalogica AgeSmart Skin Perfect Primer SPF30


Produk 2 dalam 1 ini melicinkan, melindungi dan mencantikkan kulit sambil memperbetulkan cela pada permukaan kulit dan menjadikan kulit kelihatan berseri. Mineral semula jadi mengurangkan cela kulit dan menambahkan seri pada kulit muka, manakala polimer menghasilkan permukaan yang sempurna dengna kesan lembut dan tidak berkilat.



Primer baru ini boleh dipakai begitu sahaja, macam make-up biasa atau sebagai basic bagi membuat penyamar noda atau bedak asas tahan lebih lama dan mudah dipakai.


Selain daripada menutupi cela yang nyata pada kulit, ianya turut membantu mengatasi faktor dalaman penuaan kulit. Campuran antioksidan White Tea yang berkesan, Peptida dan Sodium Hyaluronat melindungi kulit daripada kerosakan lain, sambil menggalakkan penghasilan kolagen dan melembapkan kulit. Tabir suria SPF30 yang terdiri daripada Zink oksida dan Titanium Dioksida yang melindungi kulit daripada penyebab utama penuaan ekstrinsik, iaitu pendedahan kepada sinar UV.


Dermalogica Skin Perfect Primer SPF30 ini boleh didapati dalam pakej tiub poly-foil bersaiz 22ml dengan harga RM242 (WM) dan RM250 (EM) dan di semua pusat AsterSpring dan Dermalogica bermula daripada bulan Oktober 2012.


Aku baru je cuba pakai pagi tadi, tengoklah hasilnya jeng jeng jeng. So far takde sangat nampak berminyak muka aku.  Tengahari ni pun still ok lagi.

Mehlah cuba ek!




Monday, June 25, 2012

Lets 'Get Naked' With Dermalogica

Hi Korang,

Aku kalau event pasal kecantikan ni, aku memang teruja sangat nak pergi. Orang perempuan kan, naluri nak cantik tu memang sentiasa tak pernah padam. So baru-baru ni aku sempat ke event dari Dermalogica di  Map Publika.


Kulit Sihat Tidak Perlu Lagi Disembunyikan
Kulit yang menawan kini dapat diserlahkan dengan kempen 'Get Naked bersama Dermalogica'

Kempen 'Get Naked' ni bertujuan untuk mencabar para pengguna untuk tidak bersolek dengan bermatlamatkan untuk menjadikan mereka tidak terlalu bergantung kepada produk kosmetik semata-mata tapi disebaliknya menyerlahkan keyakinan melalui kulit yanG cantik tanpa solekan.


Bagi nak memberi kesedaran pada ktorg media dan bloggers ni, ktorg dikehendaki mencuba aktiviti di Skin Bar. Best je nama dia, suker plak aku. JMeh aku citer kan sket ye


Face Mapping
Pakar kulit Dermalogica akan menjalankan analisis kulit dengan membahagikan muka kepada 14 zon kulit bagi mengenalpasti bahagian kulit muka yang perlu dirawat. Kemudian mereka akan menyarankan penyelesaian yang sesuai untuk hasil yang optimum
Aku : kulit aku berminyak dan ada bahagian yang kering dan keluar pigmen plak



Rawatan Microzone
Ka sini aku diajar cara merawat kulit muka dengan terperinci dan betul. Cuba dari start cuci muka hingga ke pakai moisturizer menggunakan produk yang sesuai dengan aku 
Aku : memang rasa segarlah bila dah bersihkan muka dan guna segala jenis pelembap tu kan



Beauty Zone
Lepas muka dah bersih so haruslah bermake-up plak coz ada photoshoot kan. Seronok tu dapat jugak merasa dimake-upkan cam macam artis dibuatnya.  
Aku : Make up nipis je langsung nampak cam tak pakai make-up, natural sungguh dibuatnya



‘Memandangkan setiap individu mempunyai keperluan kulit yang berbeza, kami menjemput semua untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma dari pakar yang berpengalaman dari Dermalogica di Naked Wheels Skin Bar kami bagi mendapatkan penyelesaian khas buat diri anda yang tertumpu kepada masalah kulit yang spesifik’ jelas Roderick Chieng, Ketua Pegawai Eksekutif bagi EIG Bhd, yang mengedarkan dan memasarkan produk Dermalogica di Malaysia, Asia Tenggara, Hong Kong  dan China Selatan dalam ucapannya pada pelancaran kempen tersebut.


Bagi para selebriti seperti Farah Nabilah, Steve Yap, Joanne Yew dan Ratu Cantik Thanuja Ananthan, mereka sememangnya menyukai rangkaian produk dari Dermalogica ini kerana ianya dihasilkan mengikut syarat yang ketat berdasarkan ‘7-No’, tanpa warna tiruan, tanpa wangian sintetik, tanpa alcohol SD, tanpa lanolin, tanpa mineral, tanpa formaldehid dan tanpa ramuan bukan komedogenik (yang menyumbat pori) dan yang penting sekali ianya amat bersesuai dengan keperluan kulit mereka yang senantiasa sibuk tanpa kira waktu.

WitH Fatin NabilaH

We are celebrity tooo....


WitH Thanuja AnantHan (MasterChef Selebriti)


Bila dengar para selebriti ni bercerita mengenai pengalaman mereka, aku pun dah mula sukakan dan telah pun mencuba produk Dermalogica ini dan rasanya memang sesuai dengan keperluan kulit aku yang sibuk sepanjang waktu.


Korang kalau nak mencuba produk Dermalogica ini sertai gerakan Dermalogica ‘Get Naked’ bagi kesihatan kulit secara keseluruhan yang tidak perlu solekan!



Layari laman www.facebook.com/dermalogica.malaysia untuk jadual lawatan Naked Wheels ke kawasan berhampiran korang untuk mendapatkan bimbingan penjagaan kulit khas untuk korang.

CLP notes : Suka plak tenGok muka aku cam bersiH je kan







Thursday, June 21, 2012

Thanuja Masterchef Selebriti Yang Cantik

Hi Korang,

Dapat jugak aku bergambo dengan Miss Malaysia Thanuja Anathan ni masa event Dermalogica hari tuh kat Publika. Cantik orangnya. Kurus dan sesangat tinggi.

Bagai langit dengan bumi kan, beza sangat

Dek sebab terlalu tinggi itu yang sampai tukang ambil gambar aku ni terpotong rambut dia.

Sempat jugak aku tanya dia siapa jadi juara Masterchef Selebriti nanti. Dia cakap tak tau lagi sebab shooting pun belum abis lagi sambil dia senyum2 rahsia gituh.

So korang, sila maafkan photographer blogger aku ni dah macam cacat gambo aku ni kan. Iskk even K Ina KL pun pandai ambil gambo tau.

CLP notes : mood sedeyyyy.. baru nak jadikan FB picture profile ermm tak per la