Showing posts with label Concorde hotel. Show all posts
Showing posts with label Concorde hotel. Show all posts

Friday, July 20, 2012

Nuffnang Blogopolis 2012 Sememangnya Hidup Untuk Memberi

Hi Korang,

Memang lambat betul aku tulis pasal ni lah, cam ne nak jadi blogger of the year ni kan hakhakhakahk


Dah seminggu berlalu kisah mengenai Nuffnang Blogopolis 2012 ni yang conferencenya berlangsung di Concorde Hotel KL dan aku sendiri tak percaya yang aku boleh join get together sharing event seperti ni.

I dengan Sharidawati dan Cik Epal

I dengan Vivy Yusof dan Sharidawati

I dengan Xia xue dan Audrey fourfeetnine

Simon dan Diese

Rasanya RM180.00 seorang memang agak berbaloi bagi aku yang sering ketandusan ilmu dalam berblogging ni. Pelbagai ilmu yang dipelajari seperti finding blog post idea, top post types, social media sharing, keywords, blog design 101, build your brand, photography 101, finding your niche, sponsored post, future in blogging industry dan bermacam lagi yang terlalu panjang untuk aku tuliskan. 







Para speaker yang sangat hebat seperti kennysia, maria elena, sue anna joe, vivy yusof, ernest ng, carlos nizam, beautiful nara, firdy, eric cruz, lionel, ky speak, kenwooi dan ramai lain menceritakan pengalaman mereka berblogging tanpa rasa kedekut ilmu langsung. Semuanya secara santai dan rileks je.


Yang penting dalam berblogging ni ialah 'Be Yourself' tak yahlah nak tiru identiti blogger lain ye. Yang kat atas tuh dah ciptakan kita ini menjadi seseorang yang unik tau cuma kita kena kenalpasti dan explore apa yang keunikkan kita tu ye.



Hasil daripada conference selama satu hari ni, aku dapat salin note yang diorg ini kongsikan lebih daripada 15 mukasurat ye. Jangan tak caya, dah rasa cam student masa study dulu lah. 


Insyallah akan aku kongsikan segala ilmu yang aku dapat ni kat korang bila ada free ye. Maybe bulan puasa nanti, tak banyak event boleh jugak aku tulis mengenai tips blogging kan. So aku pinjam tagline denaihati.com iaitu hidup untuk memberi. 


Sememangnya good event walaupun ade kekurangan sana sini but i really enjoy it!

Hopefully kalau tahun depan ada lagi, harus aku join sekali lagi ye.

Siapa sokong kalau notes tu aku tulis kat blog sejemput aku nie ek, sila komen ye..




Saturday, November 27, 2010

B'day Supper @Concorde Hotel,KL

Hi Korang,

Pepagi nie terajin sket nak update blog plak. Bukan apa, aku x pegi keje ari nie coz sebab balik lambat sangat. Kul 3.00 pagi baru sampai umah.


Semalam lepas abis tengok Peter Pan The Musical kat Sunway Lagoon (nanti aku citer lagi tau, best ooo), aku terus ke KL. Mr Big ajak pi makan sekali. Aku ingatkan birthday dinner dah abis rupa2nya belum start lagi. Diorg ajak pi makan kat Concorde Hotel.Buffet for Supper.

Band In The House. Sedap ooo suara diorg nie.

Kononnya Glen Fredly lah sebelah aku nie kan. Ishk.. perasan

Mama yang kononnya baru pas pantang. Maklumlah Siti lahir 7.22pm kot.

Not bad jugak, makanannya ada steamboat lagi. Tapi aku terlupa nak amik gambo kat buffet area sebab dek penat nau drive tadi kan. Sampai2 terus makan. Semua bedal. Sambil makan sambil borak2. Not bad this place, Ramai jugak orang yang lapo dah malam2 cam nie kan. Di tambah lagi dengan hujan plak tu. So sedaplah aku menghirup kuah steamboat tu kan.


Tengah lepak2, datang plak in house band diorg nie kat meja. Rupanya untuk nyanyikan b'day song untuk si b'day girl. Jeng jeng jeng, b'day cake pun menyusul. Teperanjat gak lah si siti kan. Then, the band hiburkan ktorg dengan some of indonesian songs. Sedap2 jugak suara diorg nie.


Apa lagi, pas tu sambung makan lagi bedal b'day cake plak. Sedap cheesecake nie. Sedap lah. Sampai x boleh digambarkan.


Around 2.00am cam tu, ktorg kuar dari sini. Tapi sebelum tu sempat jugak check it out live band kat hotel lobby. Best2 jugak lagu yang diorg nyanyi. Tak ketinggalan jugak, ramai yang mabuk2 kat situ. Obviously malay. Agaknya nak release tension kot.

KLCC @2.00am. Cantik kan.

So that's it. Small celebration for the love one.