Showing posts with label China Treasures Restaurant. Show all posts
Showing posts with label China Treasures Restaurant. Show all posts

Tuesday, September 3, 2019

Promosi Buffet ‘ALL YOU CAN EAT’ Di China Treasures Sime Darby Convention Centre

Hi Korang, 

Citer makan-makan lagi yeahhh 

Ye dimsum memang one of my favourite food, kalau depan mata ada dimsum dan mee goring haruslah dimsum yang kak lily pilih ye, even kalau hari-hari makan dimsum pun I like wokeh. 


Sempena bulan kemerdekaan ni, Restoran China Treasure di Sime Darby Convention Centre menawarkan promosi ALL YOU CAN EAT dimana ianya menawarkan 64 jenis dimsum dan 15 jenis makanan jepun yang kak lily rasa mampun membangkitkan selera korang. 

Kebetulan minggu lepas, tak de apa-apa plan for dinner bebudak blogger ni ajaklah makan ke sini. Selalu ke sini untuk buffet ramadan jer, ni buffet dimsum plak so janganlah di lepaskan peluang huahuahuahuahua. 

Lepas kerja, amik Mr Big then terus gerak ke Sime Darby Convention Centre ni. 





Restoran China Treasures ni terletak di tingkat 1 dan mempunyai keluasan yang boleh menempatkan banyak meja serta ada beberapa bilik khas bagi mereka yang inginkan privacy. Ditawarkan pada 2 sesi setiap hari kecuali hujung minggu dan cuti umum, iaitu pada jam 12pm-2.30pm dan 6pm-8.30pm. 

geng makan-makan malam tuh dengan Ayu, Nazlan & Faries

Di sebabkan kami ramai so masa buat tempahan tuh, kami mintak bilik so tak delah mengganggu pelanggan lain yang makan di situ. Yelah kita kan species sembang kuat-kuat to better duduk dalam bilik jer senang. 




Ermm 64 jenis dimsum dan 15 jenis makanan jepun terlalu extreme untuk ktorang makan semua kan so pilih jer mana berkenan di hati dan tekak then order sajor hauhauhaua. 


Hah amik ko penuh meja di buatnya. 

So haruslah makan sambil sembang-sembang barulah masyukkan. Cerita pasal keluarga, pasal kerja, pasal isu semasa dan memacam lagi 

Macam-macam jenis dimsum dan makanan jepun sampai kak lily tak tau nama ek hehhhee 


Habis satu round makanan, kita order lagi untuk kali kedua dan order dan order dan order. Sudahnya mau 5 kali order kan, sejenis perangai yang kuat makan dan tak pernah puas makan. 










ini durian crepe, ya ampun kemain kuat baunyer. tapi memang isi semata-mata lah

Tapi kak lily nak pesan sket, ianya juga datang dengan bersyarat. Semua hidangan yang ditempah perlu habis, jika tidak korang akan kena denda kerana membazirkan makanan. 

Bersempena dengan bulan kemerdekaan yang ke-62 tahun ini, Restoran China Treasures turut menawarkan promosi hebat kepada pelanggan-pelanggannya. Promosi "All You Can Eat" yang menawarkan 64 jenis dimsum dan 15 jenis makanan jepun ini pastinya mampu membuka selera. 


Harga yang ditawarkan RM89++ (seorang) dan menariknya jika korang datang berpakaian yang mempunyai warna jalur gemilang seperti merah, biru, kuning dan putih akan diberi tambahan 31% diskaun

Hubungi 03-2089 3788 atau emel ke chinatreasures.sdcc@simedarbyproperty.com  untuk sebarang pertanyaan dan tempahan. 

Ni alamatnya

China Treasures 
Sime Darby Convention Centre, 
1a, Jalan Bukit Kiara 1, 
Bukit Kiara, 60000 
Kuala Lumpur, 
Tel : 03-2089 3688


Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 

Facebook: 

Instagram: