Hi Korang,
Tengahari kalau tak de apa plan or job luar aku duk je dalam opis ni.
Baik tapau kat mamak tepi tasik, dan makan sambil layan movies kat youtube kan. Lagi banyak faedahnya daripada jalan tak tentu hala..
Hari tu, masa nak pi collect kereta merah baru tuh kat Bangsar aku tumpang budak office ni keluar pi solat Jumaat. Jimat sket duit dan masa sekaligus. Di sebabkan awal lagi, so dia ajak pi makan kat Nasi Ayam Chee Meng ni.
Eh bukanlah ktorang pi yang outlet Bukit Bintang tuh ek, alah pi yang kat Jalan Klang Lama, sebelah Scott Garden. Alah blogger Yana MIB taulah tempat ni kan, sebelah opis baru dia tuh.
Aduiyai nak parking kat sini, memang tricky dan bergantung pada nasib. Kebetulan masa ktorang keluar tu belum sampai time lunch hour agaknya so just nice dapat parking kat depan kedai haiwan tuh. Tapi kalau tak de jugak dan teringin nak makan, baiklah korang parking kat Scott Garden jelah ek.
Nama pun kedai nasi ayam so haruslah order nasi ayam, rasa signature dish diorang. Ada 2 pilihan samaada nak ayam steamed ataupun pun roasted. Mestilah mak pilih roasted, yang steamed tu macam tak berapa gemar lah.
Malas nak order yang lain, perhaps next time datang nantilah ek.
Simple je menu kitaorang tengahari tu, nasi ayam roasted sorang sepinggan, siap tambah nasi semangkuk kecil ek.
Letak halia blend dengan cili hijau ni lepas tu campur sket dengan sos cili yang diorang sediakan tuh. ermm memang terangkat tahap kepedasannya..
Unik kan, kuah sup letak kacang tanah, kedai nasi ayam lain tak de letak menda alah ni.
Dah jangan bimbang kedai nasi ayam Chee Meng ni 100% Halal dapat certified daripada JAKIM ye. Amboi bukan main besar lagi signboard halal tu terpampang. Kalau tak nampak jugak, memang korang pi check mata tu ek.
Ini hah alamatnya,
Nasi Ayam Chee Meng (Old Klang Road)
Sub Lot A1,
Batu 4 1/4, Jalan Kelang Lama,
58000 Kuala Lumpur.
Selain daripada nasi ayam, ada gak menu fusion lain. Nantilah aku datang order yang lain plak. Sabar tau..