Showing posts with label Cherita Di Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Cherita Di Hari Raya. Show all posts

Tuesday, July 22, 2014

'CHERITA DI HARI RAYA" Bersama Koleksi HABIB JEWELS

Hi Korang,

Ermm bila nak raya ni, haruslah kita nak pasang badan sket.


Baju siap, kasut siap, beg tangan siap tapi perhiasan diri dah siap ke? Ermm garuk kepala jap ek


Sudah jangan nak pening, ni aku nak citer pasal koleksi terbaru Habib Jewels bertemakan suasana tahun 60an dengan Cherita Di Hari Raya merupakan kesinambungan daripada kempen Raya tahun lepas yang bertemakan "Cherita Di Pagi Raya". Majlis hari ini menyaksikan pelancaran koleksi barang kemas terkini yang berinspirasikan renda.


Kempen Raya tahunan HABIB Jewels telah diserikan dengan kehadiran selebriti tempatan Fizz Fairuz, Almy Nadia, Raja Azura, Vanida Imram, Hazama, Anzalna dan adik Kaseh Azri, anak kepada pelakon Zila Bakarin. Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran model-model profesional yang memperagakan barang kemas eksklusifHABIB daripada koleksi Rantaian Kasih 2014.


" Renda, kerawang halus kain yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas sebenarnya adalah hasil daripada setiap kaitan yang ditenun indah. Seumpama Rantaian Kasih yang terhasil daripada rekacipta halus berinspirasi renda yang melambangkan ikatan kasih sesama keluarga dan orang yang tersayang. Ia merupakan citarasa fesyen yang popular tahun ini dan pasti menyerlahkan ketrampilan si pemakai semasa Hari Raya" ujar Dato' Meer.


Ujar beliau lagi "Tema ini juga merakamkan penghargaan kami kepada para pelanggan setia HABIB yang menyokong kami sekian lama dan kepada mereka yang kehidupannya menjadi lebih indah dengan barang kemas HABIB. Hari Raya memberi kita peluang untuk mempererat ikatan dengan para pelanggan kami dengan menawarkan hanya rekacipta yang terbaik dengan nilai dan kualiti yang tinggi yang pasti mencatatkan kenangan istimewa di hati mereka".

anzalna nasir

vanidah imran

hazama

almy nadia

fizz fairuz

Bergaya dengan rekaan Rizman Ruzaini, koleksi 'Highness': Eidulfitri 2014 dan koleksi Aidilfitri dari JAKEL oleh para selebriti dan model professional tanahair memperagakan Koleksi Aura yang sangat dinanti-nantikan pelanggan. Koleksi Aura memperindah pemakaian Hijab dengan kerongsang berlian dan permata berwarna, rantai panjang beserta loket dan gelang yang sungguh menarik.


HABIB sebagai pembuat barang kemas yang memulakan perniagaan ini daripada permulaan yang sederhana sentiasa memastikan setiap pelanggannya boleh memiliki barang kemas untuk seisi keluarga dengan adanya koleksi jejaka dan kanak-kanak. Butang Baju Melayu HABIB direkabentuk daripada Palladium dan diperhiasi dengan batu permata yang pelbagai warna dan stail yang merupakan aksesori wajib untuk kaum jejaka raya ini. Untuk si kecil yang comel, pelbagai rekabentuk rantai emas 916 dan loket selain gelang dan gelang kaki yang akan menambah suasana ceria Hari Raya.

Kempen HABIB Cherita Di Hari Raya ini berlangsung selama sebulan bermula dari 27 Jun sehingga 29 July di semua 32 bilik pameran HABIB di seluruh negara. Pelanggan ditawarkan dengan potongan harga sehingga 70% untuk berlian dan permata dan untuk barangan emas 916, diskaun sehingga RM15 segram. Ini merupakan satu penjimatan terbaik di pasaran dan harga yang ditawarkan adalah yang terbaik untuk tahun ini.


Kempen 11 Cherita Di Hari Raya 11 adalah aturcara yang paling mengujakan untuk tahun ini. Aktiviti perayaan dengan tawaran menarik juga diadakan di pameran barang kemas HABIB di Alamanda Side Court di Alamanda, Putrajaya dari 4 hingga 27 July dan Suria KLCC Side Court di KLCC dari 5 hingga 27 July 2014.

Untuk keterangan lanjut tentang kempen Cherita Di Hari Raya HABIB dan promosi yang ditawarkan, sila hubungi Jabatan Komukasi Pemasaran di talian 03-4252 7777