Hi Korang,
Setengah orang cakap memasak ni hobi tapi bagi aku masak ni penting ooo
Kalau tak masak Mr Big balik nak makan ape? Tak kan nak makan makanan #DakUban kot, bengong punye Lily kan ek.
Kita kalau bab periuk belanga, kuali ni memang tak kisah apa brand pun kan asalkan masak. Ye betul tuh tapi bab membersihkan sakit hati tak? Kena kalau korang goreng ikan ke ayam ke kan, confirm-confirm melekat kat kuali dan it takes time untuk bersihkan semua tuh.
Kena plak kalau guna kuali non stick bagai ni, nak kene beli utensil special kan. Bukan apa takut bercalar plak kuali tercinta beli memahai ni ek.
Dah sekarang tak yah nak fikir calar-calar lagi.
Nin dia… revolusi terkini dalam bidang masakan.. ewah dah macam iklan tv plak ek hahahaha
Tak delah ni aku nak citer sket mengenai event yang aku attend last week, seronok siap ada masak-masak bagai tau.
Oasis Swiss, dengan kerjasama 11street (www.11street.my) telah melancarkan rangkaian Chefology Marble Ceramic Cookware yang baru di Starhill Culinary Studio bersama chef selebriti tempatan, Chef Zam. Ia menawarkan pelbagai variasi peralatan dapur aluminium die-cast yang diperbuat daripada salutan seramik marmar tahan lama.
Jaden Teoh, Pengarah Oasis Swiss yang menjalankan kedua-dua ujikaji tersebut berkata, “Kami di Chefology komited untuk menggalakkan masyarakat untuk meluangkan lebih banyak masa berharga bersama keluarga melalui tawaran produk yang menjanjikan proses memasak lebih mudah di samping mengurang masa di dapur. Dengan ini, kami bekerjasama dengan 11street untuk menjual Chefology Marble Ceramic Cookware pada harga yang sangat berpatutan.”
Turut hadir pada majlis itu, Bruce Lim, Naib Presiden Dagangan 11street berkata, “Dalam tempoh enam bulan lalu, kami mendapati peningkatan sebanyak 75% dalam penjualan peralatan dapur dan makan malam. Ini menunjukkan minat membeli peralatan dapur secara online semakin meningkat, dengan lebih ramai rakyat Malaysia telah menguasai pengalaman membeli-belah yang mudah ini. Hari ini, kami cukup gembira dengan Chefology, jenama peralatan memasak yang berkualiti tinggi sebagai sebahagian daripada rakan kongsi kami di 11street. Menawarkan produk-produk berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan, kami percaya akan wujud permintaan tinggi untuk Chefology Marble Ceramic Cookware”.
Ciri-ciri produk CHEFOLOGY Marble Ceramic Cookware :
• Salutan seramik marmar yang tahan lama dan tahan calar
• Tidak melekat dalam jangka masa lama
• Tombol cengkaman yang lembut untuk mudah pegang
• Dengan gelas lid untuk telus pandang
• Bahagian bawah dengan aluminium untuk pengedaran haba dengan kehilangan minimum
• Tiada PFOA, plumbum dan kadmium
• Sesuai untuk induksi, elektrik gas dan bahagian atas seramik
• Selamat dibasuh dengan apa saja
ketam mesti banyak ye..
hah Bruce, u tekan ni saja kasi blend itu cili ye
nampak tahan calar, sorry Chef Zam gambo gegau
Dengan sifatnya yang mudah mesra dan mencuit hati, Chef Zam telah menunjukkan beberapa aneka hidangan Asia yang mengiurkan menggunakan rangkaian produk Chefology Marble Ceramic Cookware.
“Mencari peralatan memasak tahan calar sentiasa menjadi cabaran untuk saya serta keluarga yang benar-benar menikmati keseronokan memasak. Rangkaian peralatan memasak Chefology ini ternyata cukup berharga bukan sahaja kerana prestasinya yang tidak melekat dan ciri tahan lamanya yang membolehkan pembersihan dilakukan dengan mudah, malah ia menjimatkan masa di dapur,” jelas Chef Zam.
Lepas demontrasi memasak, ktorang ada media challenge ermm apa lagi kena masak lah kan hahahaha. Aku ingat kena masak Spicy Kam Heong Crab yang Chef Zam demo tadi ermm bukanlah masak simple je iaitu Spanish Tortila With Salami.
goreng kentang dengan salami dulu then baru masukkan telur
eksyen je lebih ni, masak bukan reti pun kan hahahaha
Jadi aku partner dengan Afiqah dari Wanista. Aku as kitchen helper je so Afiqah jadi Chef, alah masak ikut resipi je so senang lah sket. Ktorang kena test kuali Chefology ni senang digunakan atau tidak ek. Nampak cam berat kualinya but ist actually ringan je. Yang penting tidak melekat dan tahan calar.
Settle 15 minit je masak, eleh telur dadar style Sepanyol tapi mencabar jugak time nak flip telur tu kebawah ek. Nasib baik Chef Zam tunjukkan cara ermm sonang by 2 hahahhah. Ntah apa rasa pun aku tak taulah, janji masak dan dapat siapkan task.
kami yang terrer masak telur
Team ktorang dapat no. 3 dalam cooking challenge tu dan dapatlah bawak balik kuali comel tu ek. Sebenarnya hadiah untuk 1st place je tapi Chefology dengan baik hatinya menambah hadiah so merasa aku kuali tu ek hehehehhe
Bagi memulakan pelancaran Chefology Marble Ceramic Cookware di 11street, satu promosi eksklusif akan diadakan bermula dari 8 Januari hingga 7 Febuari dengan tawaran diskaun sebanyak 30%. Selain itu, pembeli 11street yang membeli mana-mana produk Chefology dalam tempoh promosi layak untuk membeli Chefology 24cm Frying Pan dengan hanya RM11! Peralatan memasak terdiri dari 7 produk yang akan mulai dijual di AEON, AEON BIG, Aino Living, Isetan, Parkson dan Robinsons.
Chefology Marble Ceramic Cookware terdiri dari 7 produk:
• 18cm Saucepan with Lid
• 24cm Frying Pan
• 28cm Frying Pan
• 26cm Grill Pan
• 24cm Casserole with Lid (4.28L)
• 28cm Casserole with Lid (6.5L)
• 32cm Wok with Lid
Thanks Chefology for this special invite kan
Tak sabar nak guna nanti, nak try lagi sekali resipi Chef Zam Spanish Tortila with Salami hehehehhe. Sedap rupanya, sempat aku rasa masa on the way tuh.