Showing posts with label Chef Nik Michael Imran. Show all posts
Showing posts with label Chef Nik Michael Imran. Show all posts

Thursday, September 24, 2015

‘Rasa-vaganza’ di Foodie Fest the Curve

Hi Korang,

Berita baik untuk semua pencinta makanan! Bersiap sedia untuk pesta makanan terunggul bertempat di tengah-tengah Mutiara Damansara anjuran the Curve yang menjanjikan nikmat kelazatan dan kepelbagaian jenis makanan kepada anda.

sumber : google.com

Berlangsung dari 2 hingga 4 Oktober 2015, Foodie Fest selama tiga hari ini merupakan pesta aneka jenis makanan yang menampilkan 18 gerai yang menawarkan pelbagai jenis makanan ringan, minuman, pencuci mulut, pastri, kuih muih lazat dan banyak lagi! Pengunjung pastinya akan rambang mata dengan segala pilihan kulinari yang disediakan sambil bersiar-siar di Centre Court the Curve sambil menikmati makanan di gerai makan ala jalanan yang didirikan.

Daripada ais krim kelapa Thai, pelbagai jenis teh tempatan yang unik, makanan berkonsepkan ‘fusion’ yang cukup meliurkan, pai-pai enak, kek dan aneka waffle, kepada kopi yang dipaketkan khas, keropok lekor dan banyak lagi, Foodie Fest pastinya akan menjadikan hujung minggu anda cukup menyelerakan.

sumber : google.com

Namun, semua keseronokan untuk pembeli-belah tidak terbatas hanya kepada makanan yang lazat! Chef-chef amatur juga berpeluang menyaksikan bakat yang akan ditonjolkan oleh dua chef terkemuka Malaysia. Mereka bukan sahaja akan berkongsi kepakaran dan bakat dalam demonstrasi memasak, malahan akan turut meluangkan masa bersama peminat dalam sesi Meet-and-Greet.

Finalis MasterChef Malaysia 2011, Chef Nik Michael Imran akan turut serta dan menyediakan Caesar Salad, Kari Kapitan Ayam dan Crème Brulee Pandan pada hari Sabtu pada jam 5.30 petang. Di samping itu, personaliti TV antarabangsa yang serba berbakat, Chef Sherson Lian akan berada di atas pentas pada hari Ahad pada jam 5.00 petang dalam sesi demonstrasi masakan menampilkan Kacang Pool dengan Telur Rebus, Roti Goreng dan Pan Fried Miso Orange Cod dengan Asparagus Putih.

Pengurus Besar the Curve, Jazmi Kamaruddin, berkata, “Dengan senarai pilihan destinasi makanan yang sentiasa bertambah termasuk restoran-restoran terkenal, kafe, pub dan bistro, dan tidak ketinggalan ruang makan al-fresco kami sepanjang The Street, makanan sentiasa menjadi satu aspek utama di the Curve. Foodie Fest merupakan satu inisiatif kami untuk meraikan minat rakyat Malaysia terhadap makanan ala gerai jalanan yang unik lagi enak, dan kami berharap semua pengunjung akan menikmati masa yang hebat sepanjang hujung minggu ini!”

Tambahan pula, apa yang lebih seronok ketika menikmati makanan enak selain disertakan sajian hiburan yang mengasyikkan? Pesonaliti sensasi Youtube Malaysia, Elizabeth Tan yang telah menarik ramai peminat menerusi bakatnya akan mengadakan penampilan istimewa di Foodie Fest dan akan mempersembahkan beberapa lagu secara langsung di atas pentas pada hari Ahad, jam 2.00 petang.


Chef Nik Michael Imran menambah, “Tiada apa yang lebih baik selain menikmati hidangan makanan yang lazat bersama rakan-rakan dan Foodie Fest merupakan satu kesempatan unik untuk kita berbuat demikian. Setelah melalui satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan bersama MasterChef Malaysia, saya amat teruja untuk berkongsi beberapa tip kegemaran yang telah saya pelajari. Saya juga berharap semua pencinta makanan akan turut sama menyertai kami di the Curve!”


Chef Sherson Lian turut memuji idea kreatif di sebalik Foodie Fest dengan menyatakan kegembiraannya dengan acara tersebut. “Saya gembira kerana telah dijemput oleh the Curve untuk mengambil bahagian dalam pesta ekstravaganza makanan selama tiga hari ini! Saya telah mewarisi semangat cinta akan masakan dari ibu saya dan amat gembira kerana berkesempatan untuk berkongsi minat akan makanan bersama semua menerusi acara ini. Saya benar-benar teruja untuk berjumpa dengan semua peminat dan pencinta makanan di demonstrasi masakan ini,” ujarnya.

Pembeli-belah boleh bersiap sedia menunggu ketibaan Foodie Fest dengan Apron Masterculinary ekslusif yang disediakan untuk penebusan seminggu lebih awal! Daripada 28 September sehingga 4 Oktober 2015, pelanggan hanya perlu berbelanja dengan jumlah minimum RM150 dalam dua resit terkumpul pada hari yang sama dari mana-mana kedai di the Curve untuk menebus dua set apron yang ditempah khas ini. Penebusan adalah tertakluk kepada terma dan syarat.


Sebarang soalan tentang Foodie Fest? 

Sila hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan the Curve di talian 03 7710 6868 
atau 
atau 
laman Facebook the Curve di www.facebook.com/theCurveShoppingMall