Showing posts with label Chakri Palace. Show all posts
Showing posts with label Chakri Palace. Show all posts

Tuesday, November 4, 2014

Diskaun 15% Makan Di Chakri Palace Dengan OFFPEAK.MY

Hi Korang,


Nak makan makanan Thai, ermm alah berlambak-lambak kedai tomyam di area rumah aku ni tapi yang cari yang betul-betul authentic Thai Food ni memang payah sket.


Kan aku pernah berbuka puasa di Chakri Palace Pavilion hari tuh, so why not pi cuba lagi sekali makan di sini. Kali ni nak cuba yang betul-betul menu Thailand.


Macam biasa aku haruslah pi dengan bebudak kaki makan ni macam shakiddo, tuan punye explorasa, food blogger terbilang dan blogger suka masak-masak makan ni.


Meh aku citer sket pasal restoran Thai ni ye

Since Imperial Chakri Palace first opened its doors in 1999, we have been providing the best experience of authentic fine Thai cuisine in KL with highly skilled Thai chef who are personally hand-picked from Thailand. We also have a sister outlet Chakri Express which caters to customers who prefer quicker meals without compromising quality.

Jom tengok apa yang ktorang makan pada malam tu ek

Mieang Kam (RM24.90)

Macam sirih gituh, tapi bahan-bahannya sedap-sedap ada kacang, sos pedas, limau, cili api, kelapa goreng.

Chakri Tom Yam King Prawn (RM24.90)

Tom yam menggunakan besar galah besar gituh, tak berapa pedas walaupun nampak cam pedas.

Chakri Tom Yam Seafood (RM15.90)

Tom yam santan yang enak dengan campuran makanan laut segar.

Yum Pla Duk Foo 
Signature Catfish Mango Salad (RM22.90)

Kerabu manga yang di campurkan sekali dengan ikan keli goreng yang di hancurkan. Sangat crispy bila di makan bersama

Pla Krapong Neung Ma Now 
Seabass Steamed with Lime and Chili (RM79.90)

Sangat-sangat pedas, walaupun nampak cam biasa je tapi sekali hirup hehehehe melolong pedas. Orang lain rileks je makan, cuma aku yang over je plak rasanya

Neua Kratha'ront/Phad Prig Tai Dum
Sizzling Stir Fried BlackPepper Beef (RM34.90)

Ini pilihan ramai, sebab di hidangkan di atas sizzling plate tu so senantiasa panas je lah kan.

Gaeng Kaew Wan 
Green Chili Chicken (RM29.90)

Hah memang tersandar lepas makan tuh, walaupun nampak macam sket je tapi bila penuh satu pinggan tak larat jugak nak abis kan. Tapi sememangnya sedap!


Nasib baik bebudak ni pandai, diorang dah siap-siap print diskaun voucher sebanyak 15% dari offpeak.my ni. Kira murah lah sket masa bayar tu ek.

Korang pun, nak jugaklah kan. Ni ni caranya:-

Cari website link OFFPEAK.MY ni kat google


Register dulu kalau boleh, sebab bukan setakat kedai makanan Thai je, malah pelbagai jenis menu makanan yang korang boleh pilih dan dapat diskaun.


Pilih tarikh, berapa orang dan masa yang sesuai nak pi.

Dah dapat confirmation email, apa lagi terus print dan redeem lah ye. Jangan plak korang lupa nak bawak masa korang nak pi makan tuh. 15% diskaun tuh, banyak tuh bagi aku kan.

Jom kita ke :-


Chakri Palace Royal Thai Cuisine
Lot C4.06.01, Level 4,
Pavilion,
168, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur.

Tel : 03-21431141


Sekali sekala tukar selera berbuka ala Thai pun not bad jugak, rasa macam sihat je bila makan banyak kerabu sayuran tu kan.

Nak tau pasal offpeak lebih lanjut, korang boleh ke:-