Showing posts with label Cendol Penang. Show all posts
Showing posts with label Cendol Penang. Show all posts

Wednesday, July 12, 2017

Makan Tengahari Masakan Penang di Teochew Cendol

Hi Korang,

Kan aku cakap payah nowdays nak pi lunch kan sebab kedai makan tak do so sometimes kalau mood rajin aku ke The Mines, alah dekat bebenau shopping mall ni dengan office aku cuma nak balik je jauh sket dan kena bayar tol

Hari tuh sebab dah rasa bosan nak makan nasi ayam goreng kunyit tuh kitaorang berjalan ke The Mines ni, tak plan pun nampak je kedai cendol ni then terus masuk. 


Rupanya bukan setakat cendol je tau ada lagi menu-menu lain makanan orang Penang. Ya ampun tengok menu je dah pening tak tau nak makan yang mana sebab nampak sedap bebenau.

Sudahnya aku makan

Prawn Mee hoon

Kuahnya ringan sebab bukan bersantan pun, isinya banyak of courselah mesti ada udang , tak terlalu pedas, portionnya banyak sampai rasa tak larat nak abiskan tapi habis jugak sambil borak-borak. 

Si Anne kawan aku ni makan


Mee Kari

Memula aku ingatkan kuah putih mee kari ni, sekali nyonya tuh cakap gaulkan sambal kat sudu tuh nanti baru kuahnya bertukar warna ermm memang ye pun ko. Terus tukar warna, tak terlalu pekat, rasa cam masin sket maybe sebab pastenya pekat agaknya. Tapi still tak boleh lawan Mee Kari FoodCourt KLCC yang sedap bak hang tuh!! 

Dah sudah semestinya kena order cendol, barulah lengkap pi makan di Teochew Cendol ni.

Cendol Original

Ada jugak pelbagai jenis cendol yang boleh dipilih, durian ada, pulut ada, jagung ada ikut kesesuaian tekak korang lah kan. 

Ermm teringin nak makan?

Boleh je singgah di mana-mana outlet Teochew Cendol ni, kang kalau aku listkan penat pulak korang nak baca ek. 

Dah itu je



Kaki Bebel,


LILY