Showing posts with label Celebrations. Show all posts
Showing posts with label Celebrations. Show all posts

Thursday, December 24, 2015

Rupanya Dah 416 Minggu Kahwin Ek!

Hi Korang,

Pelik benau tajuk entry ni.

Citer pasal kahwin pulak kann..

La betullah dah 416 minggu kahwin ktorang berdua ni so bersamaan dengan 8 tahun.

Pejam celik pejam celik dah 8 tahun hidup bersama, susah senang tu dah tentu kan so semua harung bersama.

Dah nama pun 8 tahun, segala perangai pelik, perangai tak senonoh semua dalam tangan memasing especially Mr Big lah, sebab dia pengingat orangnya tak macam aku all the time pelupa. Sebab tu planner handphone tu penuh dengan notes, itu pun kekadang boleh lupa jugak kan.

Anniversary ni pun dia yang wish aku pepagi tadi, celik je mata terus wish kat telinga. Terus mengambur aku bangun sebab langsung tak ingat. Bengong punye Cik Lily ek, tu lah banyak benau tengok Running Man memalam sebelum tidur kan.

Hahahhaha

Apa pun


Sayangku Syaiful Ridzman… Happy 8th Anniversary…

Semoga di panjangkan usia perkahwinan kita dan tabah melayani kerenah isterimu yang sengal ni ek hahahahhaa.

Tahun ni tak berjalan kemana pun coz ktorang baru je balik dari roadtrip ke JB last 2 week, so rilek-rilek kat umah simpan duit untuk travel jauh sket awal bulan depan ek.

Tapi nanti beli kek ek, kita potong jelah. Celebrate berdua... 


Tuesday, April 1, 2014

Mari D.I.Y Deco Kek Di Cake Sense, TTDI



Hi Korang,

Aku memang boleh buat kek tapi bab decorate or menghias tu memang payah. Langsung tak tak de skill, keras tangan di buatnya.


Bila dapat invitation ke Cake Deco D.I.Y di Cake Sense ni rasa cam seronok plak. Yelah boleh perasan-perasan jadi Baker. 




Kedai yang aku pi ni kat TTDI, actually 12 outlet lagi di Lembah Klang ni dan selain daripada menjual kek, mereka juga menjual pelbagai jenis pastri dan roti.


Ok meh kita mulakan acara ‘Deco It Yourself’. Menghias kek menggunakan imaginasi dan impian korang sendiri ye.


Kita boleh membuat 2 jenis pilihan saiz kek iaitu saiz 5" berharga RM35 dan saiz 7" berharga RM50, boleh juga buat pilhan 3 jenis condiments / toppings. Kalau korang nak kek korang cantik lah boleh je tambah lagi toppings tu dalam RM1.50 je

Untuk special toppers,lingkungan harga dari RM2.50 hingga RM15 bergantung pada saiz dan jenis.

Pom poms - RM2.50
Flags (Small) - RM2.50
Flags (Big) - RM4.00
Sunflower - RM9.00
Ballerina - RM12.50
Banner - RM15.00

Cepat lah mula, terhegeh-hegeh betul.

Ada 4 cara mudah untuk mendeco kek impian korang


Langkah 1: Pilih kek korang

Nak saiz 5” ke 7”






Langkah 2 : Pilih 3 toppings

Ada 24 jenis toppings yang telah pun disediakan. Korang boleh pilih mengikut hati korang. Nak yang warna ke tak de warna ke, bentuk love ke kan.


Langkah 3 : Boleh tulis/lukis dengan pilihan 3 jenis krim berwarna

Dengan krim ni korang boleh, tulis ke nak lukis ke apa yang korang suka. Nak lukis muka orang lagi best kan


Langkah 4 : Tambahkan special toppers

Ini untuk mencantikkan lagi kek korang. Nak letak bendera ke, bunga ke alah ikut kreativiti memasing.

Siap dah pun.

Ok kacau bebudak lain plak kan.




Meh lah tengok hasil kerja aku.




Ok ok inilah hasil keras tangan ktorang berlima hari tuh. Semuanya cantik-cantik belaka kan. Aku punye je simple sangat.



Selain daripada tu, kek yang dah siap dihias mestilah ada di jual. Kitaorang dapat rasa Lemon Sky Ruffle (RM80) yang disediakan oleh chef pastri di Cake Sense ni.



Cantik kan designnya, beropol-ropol tu yang mahal tuh. Esklusif sungguh dan sedap plak tuh. Lemonnya memang terasa.


Ni kalau ada birthday celebration ni, boleh korang dating hias kek kat sini. Tak kira untuk siapa pun, yang tersayang ke, tercinta ke, terkasih ke, terbenci ke, tergaduh ke, apa jua sambutan lah. Nanti sambutan Hari Ibu bulan Mei nanti, tak yah susah nak fikir kan.

Meh la korang ke sini ek:-


Cake Sense TTDI
26, Jalan Tun Mohd Fuad,
Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur.
Contact No.: 603-7727 0176
Facebook: fb.com/cakesense
Instagram: #cakesense


Tapi kek kat sini memang sedap tau, kek yang aku dapat tuh still sedap rasanya walaupun dah seharian dalam fridge kan. Rasa coklat awesome..