Showing posts with label California Raisins. Show all posts
Showing posts with label California Raisins. Show all posts

Thursday, May 21, 2020

Jom Raya Secara Sihat Dengan Kismis California

Hi Korang,

Pengambilan makanan yang tidak terkawal dan berlebihan boleh menyebabkan kenaikkan berat badan secara mendadak di musim perayaan ini. 


Ianya juga boleh meningkatkan risiko kepada penyakit kronik untuk jangka masa panjang. Oleh itu, adalah disarankan agar amalan pemakanan yang sihat semasa bulan Ramadhan boleh diteruskan di sepanjang bulan Syawal ini. 

Antara garis panduan yang boleh diamalkan adalah seperti berikut : 

1. Makan dalam saiz hidangan atau kuantiti yang kecil 

2. Pilih makanan yang sihat. 

3. Pilih makanan yang tinggi serat 

4. Hadkan pengambilan makanan yang manis dan berlemak 

5. Pilih buah-buahan segar sebagai snek atau pencuci mulut 

6. Hadkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam 

7. Minum air kosong berbanding minuman berperisa seperti berkarbonat atau minuman yang manis-gula 

Perancangan menu untuk tetamu yang bakal hadir rumah juga hendaklah diberikan perhatian untuk memastikan keseimbangan pengambilan makanan dan penggunaan tenaga. Pelbagaikan menu dengan menyediakan pelbagai pilihan buah-buahan segar dan salad sayur-sayuran atau buah kering secara semulajadi seperti Kismis California untuk hidangan menu yang lebih sihat. Menu yang sihat adalah daripada kaedah masakan seperti bakar, panggang, kukus dan rebus. 

Kismis California adalah sejenis bahan yang sangat serba boleh digunakan di dapur. Ianya boleh digunakan dalam pelbagai sajian makanan pastri, manisan dan minuman. Kismis California adalah sumber makanan segera yang mudah dan boleh menjimatkan masa untuk para ibu suri rumah & profesional yang mahukan kaedah cepat & mudah untuk membuat sendiri juadah makanan 

Antara sumber pilihan makanan sihat yang boleh disediakan untuk juadah Hari Raya adalah daripada buah-buahan kering seperti Kismis California. Kismis California merupakan sumber makanan yang manis secara semulajadi. Seperti yang ditekankan melalui slogan “Sweet Naturally”, Kismis California tiada gula tambahan dan ianya merupakan antara kismis terbaik di dunia kerana kualitinya yang bermutu dan mematuhi standard penghasilan yang tinggi. 

Menjadi makanan ringan yang sihat dengan kemanisan semula jadi bermakna Kismis California dapat digunakan sebagai pengganti gula untuk banyak resipi termasuk roti dan kek. 

Kismis California adalah contoh snek sihat, menjimatkan dan senang untuk kita perolehi. Ianya di pek dalam bungkusan kecil yang mudah dan muat untuk dibawa ke dalam beg tangan menjadikan-nya pilihan snek yang sangat mudah untuk dinikmati. 

Rancang pemakanan harian anda mengikut panduan piramid makanan. Ini akan membantu mengimbangkan antara snek dan menu utama anda. Oleh itu, anda harus menikmati pelbagai jenis makanan berdasarkan pengambilan harian yang disarankan. 

Untuk maklumat lebih lanjut mengenaifakta pemakanan dan petua resipi mengenai Kismis California, sila lawati laman web https://www.raisins.org

Cik Nurul Aziah Musa.

Di sini kak lily sertakan 2 resipi istimewa daripada Pakar Pemakanan, Cik Nurul Aziah Musa.

Resipi Puding Roti Kismis California dan Sos Kastad 

Bahan-bahan Puding Roti 

4 sudu besar Kismis California 
2 sudu makan mentega dicairkan 
8 keping roti sandwich 
500 ml susu segar 
3 biji telur 
1 sudu teh esen vanilla 

Sos Kastard 

Susu segar 400 ml 
Air 50 ml 
1 sudu makan gula perang 
2 sudu makan tepung kastard 

Cara Penyediaan Puding Roti 

1) Masukkan 500 ml susu segar dalam bekas 
2) Tambah 3 biji telur 
4) Masukkan mentega yang dicairkan 
5) Masukkan 1 sudu teh esen vanilla 
6) Kacau semua bahan yang dicampurkan sehingga sebati 
7) Carik, potong 8 keping roti sandwich dan tuang bahan yang dikacau tadi ke atas roti 
8) Biarkan selama 10 minit supaya adunan terendam sebati. 
9) Sapukan sedikit minyak pada loyang dan tuangkan adunan roti tadi 
10) Taburkan Kismis California 
10) Bakar selama 30 – 35minit, pada suhu 160 Celcius 

Cara Penyediaan Sos Kastard 

1) Tuangkan susu segar 
2) Masukkan air 
3) Tambah gula 
4) Tambah tepung kastard dan kacau sebati untuk mengelakkan berketul 
5) Masa atas api sederhana sehingga kuah menjadi pekat dan tutup api 


Puding roti dan sos kastard yang sejuk boleh dihidangkan sebagai snek minum petang yang sihat dan berkhasiat. 


Dadih Dengan Sos Mangga dan Kismis California 



Sos Buah Mangga dan Kismis California 

3 sudu besar Kismis California 
1 biji mangga dipotong kiub 
½ biji mangga pureed 

Bahan Dadih 

2 cawan air 
10 g serbuk agar-agar 
1 litre susu segar 
3 sudu makan gula perang 

Cara Penyediaan Dadih 

1. Panaskan air dan masukkan serbuk agar2 hingga larut dan mendidih 
2. Masukkan susu segar dan gula 
3. Apabila sudah mendidih tutup api 
4. Letakkan di dalam bekas dan biarkan sejuk 
5. Masukkan ke dalam peti ais 

Cara Penyediaan Sos Buah Mangga 

1. Kisar mangga hingga menjadi pureed 
2. Letak dalam bekas dan campurkan bersama mangga yang dipotong kuib 

Dadih yang sudah mengeras dan sejuk sedia dihidangkan. Tuang sos mangga di atasnya bersama Kismis California. Sedap dinikmati sebagai juadah manisan yang sihat dan menggunakan manisan buah semulajadi. 


Makan Secara Sihat, Resepi Kehidupan Sihat.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai fakta pemakanan dan petua resipi mengenai Kismis California, sila lawati laman web https://www.raisins.org dan juga www.caraisins.com .


Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW FB https://www.facebook.com/RACASEAN untuk lebih info

Thursday, May 12, 2016

California Raisins ‘Raya Fiesta’ Blogger Bake Off

Hi Korang, 

Main masak-masak lagi 

Lately ni suker nau mencuba resipi-resipi baru ni kan, rasa cam seronok plak.


Kali ni aku sertai California Raisins ‘Raya Fiesta’ Blogger Cook Off bersama dengan blogger Ayu Rafikah satu team. Dia kan pandai masak so aku ajak ler dia join kan. 

Nak layan intipati event tersebut.



Raisin Administrative Committee (RAC) menganjurkan satu acara media "Fiesta Raya California Raisins" yang menampilkan Chef Selebriti Anuar Draman dan barisan ciptaan bakeri dan pencuci mulut California Raisins yang enak menjelang Hari Raya ini.

Diadakan di Berjaya University College of Hospitality, wakil media dan blogger diperkenalkan kepada Chef Anuar yang berpengalaman dalam menyediakan resipi buatan tangan untuk musim perayaan menggunakan California Raisins termasuklah kek kukus, biskut, paf dan tart. Chef turut berkongsi tip dan resipi untuk memberi ilham menghasilkan sentuhan sendiri buat surirumah sepanjang Raya.


Acara tersebut bertujuan untuk mencetus kesedaran mengenai penggunaan California Raisins, khasiat dan sifatnya yang serba guna dalam masakan, pastri dan pencuci mulut. Malah, kismis lazim digunakan oleh surirumah sepanjang musim perayaan seperti Hari Raya - menerusi sajian pelbagai hasil kulinari yang lazat dan menarik.


Pengarah Promosi Raisin Administrative Committee (RAC) untuk Malaysia, Richard Lieu menjelaskan, kebanyakan kita menikmati kismis sebagai snek sepanjang hari dan kita jarang memikirkannya sebagai bahan untuk hidangan Asia. 

"Kismis sebenarnya umpama mutiara kecil yang serba guna, enak dan menyihatkan yang boleh digunakan dalam pelbagai hidangan kulinari berbeza. Untuk kebanyakan pengguna terutama kanak-kanak, kismis memang sedap dikunyah atau dijadikan snek. Buah-buahan kecil ini yang digunakan untuk menyediakan masakan, kek dan pastri ini semakin popular apabila pengguna kian meneroka pelbagai eksperimen kulinari mereka". 


Pakar Pemakanan Klinikal daripada Tropicana Medical Centre Cik Tan Yen Sing turut berkongsi kebaikan kismis pada acara ini.

Menurut Tan, pada 2005, 17.5 juta orang meninggal dunia akibat penyakit jantung,

30% daripada kematian seluruh dunia. Kajian menunjukkan bahawa peningkatan pengambilan buah-buahan & sayur-sayuran lebih daripada 5 sajian setiap hari berkait dengan penurunan 17% dalam penyakit jantung koronari.


"Khasiat yang baik merupakan pendekatan terbaik untuk mencegah penyakit dan menjadi sihat. Khasiat adalah bahan menyihatkan yang diperoleh daripada makanan. Bahan yang diperlukan ini penting untuk pertumbuhan dan penjagaan tubuh yang sihat sepanjang hayat," kata Tan.

Di samping resipi Chef, cabaran memasak blogger diadakan untuk membuktikan sifat serba guna California Raisins ini sebagai bahan masakan di musim perayaan. Cabaran kulinari selama satu jam menyaksikan blogger berkenaan iaitu dua orang sepasukan menghasilkan resipi memasak mereka sendiri menggunakan California Raisins.

Ktorang team Raisinlicious iaitu Team 1.


Di sebabkan tema Hari Raya of courselah buat biskut raya kan, barulah kena dengan tema. Bahan-bahan asas disediakan oleh pihak penganjur je, ktorang just bawak bahan-bahan kecik-kecik di samping bahan-bahan untuk menghias biskut ktorang ni nanti.



Masa di berikan selama 1 jam, sebab busy membakar so tak de gambar ye. Sibuk katanya memasing. Nasib baik ada resipi so refer to resipi dan buat satu per satu daripada bahan-bahan biasa di campurkan menjadi adunan dan di bakar dan kemudiannya di hias. Nasib baik sempat siap semua kerja termasuklah siap bersihkan singki sekali huahauahau

nampak hasil air tangan team Raisinlicious, sempoi je

Ni aku tunjukkan hasil masakan diorang








Semua cantik-cantik belaka kan.

Kitorang je buat sesimple yang mungkin, dah nama pun cookies kan ikut tema Hari Raya.


Tahniah kepada Baker Babe menjadi juara untuk Blogger Cook Off ni. Cantik sungguh deconya. Kreatiflah diorang ni ek, siap segala bagai, tabikklah.

Tapi aku rasa:-

Memang patutlah diorang menang tapi yang aku musykil ni kan tema Hari Raya, tapi kenapa bread pudding yang menang? Ada orang masak bread pudding ke time hari raya, even kalau raya open house pun jarang orang tempah bread pudding kan sebab cookies melambak-lambak diorang sediakan. 

Sepatutnya penganjur patut tukar tema tuh kepada menu minum petang or menu jamuan hari raya so barulah kena dengan tema dan hidangan yang disediakan. 

Itu pendapat aku lah, pendapat orang lain itu aku tak tau.

tak dapat pun yang ni, dapat tengok jelah

Anyway terima kasih pada California Raisins yang sudi anjurkan Bloggers Bake-Off ni kan, banyak jugak pengalaman yang aku timba sepanjang event ni. 

Ingatkan dapat raisins 2-3 kotak tapi dapat sekotak je ermm memang tak sempat nak tunggu raya untuk letak kat kuih raya kan, on the way balik umah tuh dalam train aku dah makan separuh kotak hehhehe